Memaparkan catatan dengan label permuafakatan melayu. Papar semua catatan

Setiausaha Agung UMNO : PAS tak perlu beri komentar kosong nak gabung Umno


Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyarankan mana-mana pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan seolah-olah parti itu pernah membuat keputusan untuk bergabung dengan PAS atau mana-mana parti.

Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengatakan parti Islam itu tidak akan bergabung dengan Umno yang diibaratkan seperti bahtera yang telah bocor.

"Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan Umno..Umno sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.

"Umno akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Bekerjasama di mana perlu," katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bangkitlah wahai Melayu!



MT Editorial Team

Pakatan Harapan berada didalam keadaan yang sangat kucar-kacir. Di mata rakyat Malaysia, mereka adalah gabungan yang bersatu hati, realitinya mereka sangat benci antara satu sama lain. Kesimpulannya, Pakatan Harapan tidur satu bantal, mimpi lain-lain. DAP, PKR dan PPBM bergaduh sesama mereka sendiri. Disebabkan kebencian mereka yang sangat tinggi antara satu sama lain ini, mereka tidak dapat lagi menyorok dimata rakyat Malaysia.

Apabila Kit Siang memecahkan PAS dan mewujudkan Amanah, ianya bertujuan untuk mencuri bukan sahaja pemimpin PAS malah penyokongnya sekali agar dapat menjadikan Amanah ini sebagai ‘PAS Baru’. Kita mengetahui bahawa PAS memperjuangkan dan mempertahankan Islam, tetapi ianya tidak pada Amanah. Mereka hanya bertopengkan sebagai ‘PAS Baru’ dimana mereka tidak memperjuangkan islam dan mempertahankan islam. Jadi, Amanah adalah bapa kepada segala munafik apabila bercakap berkaitan Islam kepada muslim dan bercakap tentang liberlisma kepada yang bukan Islam.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .