Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyarankan mana-mana pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan seolah-olah parti itu pernah membuat keputusan untuk bergabung dengan PAS atau mana-mana parti.
Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengatakan parti Islam itu tidak akan bergabung dengan Umno yang diibaratkan seperti bahtera yang telah bocor.
"Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan Umno..Umno sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.
"Umno akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Bekerjasama di mana perlu," katanya menerusi Twitter beliau hari ini.
"Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang nak bergabung dengan Umno. Umno sendiri tidak pernah buat keputusan untuk bergabung dengan mana-mana pihak.
"Umno akan terus memperkasa dirinya sebagai sebuah parti yang berwibawa. Bekerjasama di mana perlu," katanya menerusi Twitter beliau hari ini.
Saya harap pihak luar termasuk PAS tidak perlu lagi beri komentar kosong tentang NAK BERGABUNG DGN UMNO..umno sendiri tidak pernah buat keputusan utk BERGABUNG dgn mana mana pihak.UMNO AKAN TERUS MEMPERKASA DIRINYA SEBAGAI SEBUAH PARTI YG BERWIBAWA..bekerjasama di mana perlu...— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 26, 2018
Adalah hak mereka,sebagai pemimpin parti politik,utk “bercakap besar”dan berlagak sombong.Sememangnya kuasa itu melalaikan...mereka boleh saja menghina UMNO.Insyaallah semua itu kita terima sebagai cabaran dan terus berusaha memperbaiki kelemahan.ROH PERJUANGAN KITA SEMARAKKAN— Annuar Musa (@AnnuarMusa) December 26, 2018
Hadi dipercayai berkata demikian berikutan tindakan anggota dan wakil rakyat Umno yang keluar parti selepas kekalahan teruk pada pilihan raya umum 14 (PRU14).
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Shamsul Anuar Nasarah membalas kenyataan Hadi itu dengan menyeru supaya PAS tidak bimbang dengan situasi Umno ketika ini.
Kata Shamsul, keadaan itu lebih kurang sama apabila anggota dan wakil rakyat PAS keluar parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).
Hubungan politik antara PAS dan Umno telah diperkatakan sejak sebelum PRU14 lagi.