Amaran jual RON 95 kepada kenderaan asing

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menarik lesen pengusaha stesen minyak yang didapati menjual petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan asing mulai 1 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan meningkatkan pemantauan di stesen-stesen minyak bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

"Kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha stesen minyak bagi memaklumkan peraturan dan tindakan yang bakal diambil ke atas mereka jika melanggarnya.

"Kempen juga akan dijalankan dengan mempamerkan notis atau poster di setiap stesen minyak bagi memaklumkan perkara ini kepada pemilik kenderaan asing.

"Malah maklumat itu akan dihasilkan dalam pelbagai bahasa agar mereka memahaminya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

'Melayu bukan pendatang'

Artifak di 100 tapak tamadun bukti Melayu penduduk asal
 
KUALA LUMPUR: Rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak 40,000 tahun lalu dan bukannya berhijrah dari tanah besar utara di China, demikian menurut hasil kajian arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Pakar Arkeologi UKM, Prof Dr Nik Hassan Shuhaimi, berkata artifak yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi adalah berbentuk tempatan dan bukannya dibawa dari luar.

Katanya, artifak terbabit ditemui di kawasan ekskavasi di Pulau Kalumpang dan Beruas di Perak; Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang, dan Muar di Johor; Kota Melaka di Melaka; Kota Lukut di Negeri Sembilan, serta beberapa tapak di Tasik Kenyir di Terengganu.

“Perkara ini turut dibuktikan dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Kurator Museum Sarawak, Tom Harrison dan isterinya, Barbara pada 1958.

“Penemuan itu dan kajian yang dijalankan ahli arkeologi UKM menolak teori migrasi oleh Heine-Geldern dan penyelidik dari Vienna School of Thought yang dikemukakan pada 1930-an,” katanya.
Beliau mengemukakan teori itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Tiga Puluh Lapan Tahun Arkeologi di UKM’ di Seminar Penanda Arasan Arkeologi di UKM, kelmarin.

Nik Hassan yang juga Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) berkata, teori itu menyatakan penemuan kapak batu di Malaysia dikatakan mempunyai ciri sama dengan kapak batu dari sebelah utara yang menunjukkan bahawa orang Melayu berpindah dari tanah besar utara.

Bagaimanapun, katanya, penemuan kapak itu tidak bermakna orang Melayu
berhijrah dari sebelah utara kerana ia membuktikan orang Melayu juga pan-
dai membuat alatan berkenaan.

“Kajian arkeologi UKM turut berjaya menemui data baru mengenai asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu Kataha atau Kedah Tua di kawasan ekskavasi di Sungai Mas, Kedah,” katanya.

Beliau turut menyatakan proses Indianisasi adalah isu penting dalam zaman kerajaan awal kerana proses itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India.

“Kebudayaan India di Alam Melayu bukan dibawa melalui proses penaklukan, tetapi dipanggil oleh masyarakat tempatan dan disesuaikan dengan kebudayaan tempatan,” katanya.

SUMBER : BERITA HARIAN

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Program kenang jasa Tun Razak 28 Julai

KUALA LUMPUR 14 Julai - Jika membicarakan tentang individu yang bergelar Bapa Pembangunan negara, Tun Abdul Razak Hussein, pasti imej yang sinonim dengan Allahyarham ialah kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

Namun, sayang jika hanya itu yang diingati sedangkan jasa beliau sebenarnya tidak terkira sehingga membolehkan negara mencapai keamanan dan kejayaan sehingga kini.

Bagi memperingati jasa serta perjuangan Allahyarham, satu program yang bertajuk 'Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan-Suatu Pengkisahan' akan diadakan pada 28 Julai ini bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil berkata, program sehari itu diharap mampu menarik minat masyarakat,'' katanya selepas merasmikan prapelancaran program tersebut di sini hari ini.

Tun Abdul Razak dikenang berikutan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 bertujuan mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman di negara ini.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Nik Aziz nak jumpa Muhyiddin Bincang Pasal Kerjasama UMNO - PAS?


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata UMNO sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. - BERNAMA

Komen Pewaris Melayu :


Nicky Aziz dah serabut kepala dek Anwar Ibrahim, harapan kat AI dah kabur dengan bermacam - macam berita buruk yang kita dengar hari - hari. Sebab tu la Nicky Aziz nak berdamai dengan UMNO. Biasalah, orang terdesak! Pas pon terdesak!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .