Memaparkan catatan dengan label muzakarah. Papar semua catatan

Muzakarah UMNO-PAS : Nik Aziz GILA dan NYANYUK!


Salam to all,

Jelas, tembelang Pas dah pecah untuk bermuzakarah dengan UMNO. Apa celup ni. Pas dah betul - betul nazak, Dulu Nik Aziz cakap UMNO dah nak karam dan patut ditenggalamkan masa cakap - cakap muzakarah UMNO - Pas selepas PRU 12.

Kini, UMNO harus cakap benda yang sama kepada Pas. Dah nazak, dah teruk baru nak terhegeh - hegeh nak cari UMNO, baik pegi berambus. Pergi kawan dengan DAP laknatullah dan teruskan zikir harian nak ke Putrajaya tu.

SUMBER

Posted in , , , , | 13 Comments
Jom komen di Facebook!

Muzakarah UMNO - Pas hanya nak cover Hudud Pas dalam Pakatan!


SHAH ALAM - Kesediaan Pas bermuzakarah dengan mana-mana pihak seperti disuarakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gimik politik bagi meraih sokongan rakyat.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perkara itu pernah disuarakan oleh parti berkenaan pada 2008 tetapi tidak dipersetujui oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, tindakan Nik Aziz membuatkan isu berkenaan senyap dan tidak dipertikaikan oleh ahli parti berkenaan termasuk Abdul Hadi sendiri.

Menurutnya, jika dilihat rakyat kini lebih cenderung kepada Barisan Nasional (BN), berbanding Pakatan Rakyat, dan ini menimbulkan kebimbangan kepada parti itu.

“Oleh itu, Pas mula ambil langkah, maka timbul semula isu bermuzakarah, Ia seperti menggambarkan Pas sanggup bekerjasama dengan mana-mana pihak demi perpaduan umat Islam,” katanya. SUMBER 


Pewaris Melayu kata : Penulis setuju benar dengan kenyataan Prof Dr Ahmad Atory, dulu masa paklah Pas main tarik tali dengan UMNO. Bila dah setuju, tetiba je Pas nak batalkan muzakarah sebab DAP marah. Dari Muzakarah jadi perbincangan. Sampai tera tu takutnya Pas dekat DAP.
Alahai Pas.. Bila dah isu Hudud kantoi dengan DAP, bawak pulak nak damai dengan UMNO. Percayalah, esok lusa Karpal sergah Pas lagi. Goyang kepala lutut Haji Hadi. Goyang sebab tak dapat ke Putrajaya!!

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Nik Aziz nak jumpa Muhyiddin Bincang Pasal Kerjasama UMNO - PAS?


KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai "apa juga perkara".

Ketika ditemui pemberita hari ini, Menteri Besar Kelantan itu berkata tiada halangan untuknya bersua muka dengan Muhyiddin tetapi perjumpaan itu biarlah tanpa diatur mana-mana pihak ketiga sebagai orang tengah

"Yang moleknya tak payah orang (tengah). Kalau nak jumpa secara peribadi pun tak apa, boleh sangat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Muhyiddin, yang dijadual melawat Kelantan esok, semalam dilaporkan berkata UMNO sedia menjalin kerjasama dengan PAS dalam pelbagai bidang termasuk usaha untuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu di negara ini. - BERNAMA

Komen Pewaris Melayu :


Nicky Aziz dah serabut kepala dek Anwar Ibrahim, harapan kat AI dah kabur dengan bermacam - macam berita buruk yang kita dengar hari - hari. Sebab tu la Nicky Aziz nak berdamai dengan UMNO. Biasalah, orang terdesak! Pas pon terdesak!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Tiada kerajaan campuran BN-PAS


KUALA LUMPUR 31 Julai – Pas menolak sebarang kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan campuran sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun berkata, Pas bersedia menemui mana-mana pihak termasuk UMNO untuk mengadakan perbincangan demi kepentingan negara.

berita selanjutnya disini

Komen ڤواريس ملايو:

  1. PAS tidak ikhlas dalam perjuangannya dalam menegakkan agama Islam dan membela bangsa Melayu. Buktinya, Kenyataan Nik Aziz semalam, memberi pelbagai syarat untuk bekerjasama dengan UMNO untuk mempertahankan kedaulatan Melayu dan agama Islam di Perak dan Selangor. Kenapa Nik Aziz memberi banyak syarat untuk kepentingan bangsa dan agama sendiri?
  2. PAS memang takutkan DAP. Ternyata PAS tunggangan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. PAS lebih sayangkan DAP dari sayangkan bangsa dan agama sendiri.
  3. Ketuanan DAP bermaharajalela dalam Pakatan Rakyat. DAP menjadi tunjang Pakatan Rakyat.
  4. PAS tidak mempunyai pendirian yang teguh. Perjuangannya yang makin lama makin kabur menyebabkan kerugian kepada PAS sendiri.


Posted in , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .