Ahli PAN bakal pulang semula ke pangkuan Pas

KOTA BHARU 9 Feb. – Parti Amanah Negara (PAN) dijangka menerima tamparan hebat apabila Pas hari ini mengesahkan kebanyakan ahli PAN akan pulang semula ke pangkuan parti itu dalam tempoh terdekat.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata, rata-rata ahli Pas yang sebelum ini keliru de­ngan condong kepada PAN akan menyertai semula Pas secara berperingkat dalam tempoh enam bulan.


"Kita tidak mahu mengumumkan perkara ini secara besar-besaran, apa yang pasti mereka akan balik semula kepada Pas. Kita juga masih memberi peluang kepada ahli-ahli PAN yang mula sedar akan kesilapan mereka itu menyertai Pas.


"Pada masa sama, Pas juga bakal menerima penyertaan bekas tokoh negara termasuk bekas pemimpin Kabinet dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan di sini, hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tiong Hwa Kelantan, Datuk Chan Chia Ling dan Penasihat gabungan tersebut, Datuk Chan Farn Kheang.


Sementara itu Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Pas mengalu-alukan PAN bertanding menentang parti itu pada pilihan raya umum akan datang.


Sambil menyifatkan PAN bukan ancaman besar kepada parti itu, beliau menegaskan, Pas sama sekali tidak akan memberi ruang atau laluan kepada PAN untuk bertanding pada pilihan raya.


"PAN tidak ada kaitan dengan Pas, jadi kalau hendak bertan­ding dalam pilihan raya, dia punya pasal. PAN hendak bertanding kita alu-alukan, tetapi jangan harap kita akan beri laluan, Pas akan lawan," tegasnya.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Takiyuddin berkata, pihaknya mengesahkan telah menerima aduan mengenai tindakan bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang berterusan mengkritik parti sendiri.


"Kita akan proses aduan tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap Husam. Aduan mengenai tingkah laku Husam ini telah diterima sejak daripada tahun lalu lagi dan kenyataan-kenyataan Husam ini dilihat mencabar Pas," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Happy Chinese New Year - PM DS Najib Razak

Salam 1 Malaysia.

I would like to take this opportunity to wish all Chinese Malaysians a Happy and Prosperous New Year.

Malaysia is home to people from many cultures, ethnicities and backgrounds – and all have played an important role in building this great nation of ours.

This is very true of our Chinese brothers and sisters who have made a tremendous contribution to Malaysian culture, society and economy.

The results of their hard work and sacrifice is evident in every part of our country.

They have done so hand-in-hand with their fellow citizens, including those from other races, who call Malaysia home.

This culture of friendship, camaraderie and harmonious co-existence has always been our way of life in Malaysia.

Indeed, it symbolizes what I believe to be the true spirit of 1Malaysia.

If we follow the core values that embody this – a culture of excellence, perseverance, humility, acceptance, loyalty, education and integrity – I believe that our future, and the future of generations to come, is secure.

As Prime Minister, I am committed to these values, and resolute in my desire to ensure that the future of our children and our children's children will be better than ours.

Indeed, as we celebrate the start of the Chinese New Year, I hope that all of us take a moment to appreciate the contribution of those who came before us, and commit to leaving our own mark on our society.

Over the course of the coming days, I look forward to joining my fellow citizens from the Chinese Malaysian community at their open houses.

It is one of the most endearing, and personally one of my favourite, Malaysian traditions.

I hope that the Year of the Monkey brings happiness and good health to us all.

Xin Nian Kuai Le!

Pewaris Melayu says : Happy Chinese New Year to all Chinese friends! 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

UMNO sedang diuji - MB Johor

Dipetik dari Utusan Malaysia

"Kami anggap ini sebagai proses yang mendewasakan. Parti dan pemimpin tidak boleh lari daripada berhadapan dengan ujian sebegini yang akan dihakimi rakyat adalah bagaimana kita mendepaninya dengan berani telus dan profesional"


Pewaris Melayu kata : 


Semua parti ada masalah yang tersendiri, sama ada ia terdedah kepada media ataupun tidak. Apa apa pun, terselah kepada ahli UMNO dan Presiden UMNO untuk mengawal dan mengatasi semua masalah ini agar ia tidak menjadi barah dan masalah besar seperti tahun 1988. Harap semua akan selesai sebelum PRU14. 

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Timbang pinda Akta Rahsia Rasmi - Peguam Negara

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pejabat Peguam Negara sedang mengkaji cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1971 agar hukuman lebih berat boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang membocorkan rahsia negara.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, pindaan tersebut antara lain mencadangkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan dikenakan ke atas pesalah.


"Di sesetengah negara, membocorkan rahsia rasmi adalah satu kesalahan yang serius, seperti di China di mana ia membawa hukuman mati," katanya dipetik berdasarkan wawancara eksklusif yang disiarkan Sinchew Daily hari ini.


Beliau menambah, tindakan pendakwaan juga boleh diambil terhadap mana-mana pengamal media yang enggan mendedahkan sumber dengan berselindung di sebalik alasan menjaga etika kewartawanan.


Menurut Mohamed Apandi, sikap enggan mendedahkan sumber boleh dianggap bekerjasama dengan pihak yang mensabotaj kerajaan.

"Saya tidak bergurau. Jika saya mempunyai 90 peratus bukti, saya akan dakwa wartawan, editor, penolong editor dan ketua editor.


"Saya serius, bukan main-main. Berlaku terlalu banyak kebocoran rahsia di Malaysia," jelasnya.


Pada masa ini, Akta Rahsia Rasmi memperuntukkan hukuman antara setahun hingga tujuh tahun penjara ke atas mana-mana individu yang didapati membocorkan dan menyebarkan rahsia rasmi kerajaan.


Hukuman serupa juga boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang melindungi pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.


Pewaris Melayu kata : Memang patut pun kerajaan buat tindakan ni, kena bendung dari nanti melarat. Dah hilang kuasa baru menyesal. 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .