Saya tak mungkin jadi Menteri Besar Negeri Sembilan - DAP / Anthony Loke

DALAM ucapannya semasa Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke menegaskan beliau tidak mungkin jadi Menteri Besar sekiranya pakatan menang di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, tak perlu bimbang kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri menetapkan Menteri Besar mesti dalam kalangan orang Melayu beragama Islam. Ahli Parlimen Seremban itu sedar dan faham perkara berkenaan.

Di sebalik pengakuan itu, bukan sukar untuk meramalkan sekiranya pakatan pembangkang merampas negeri ini daripada Barisan Nasional (BN), DAP akan menjadi parti paling berkuasa. Anthony Loke bakal muncul individu paling berpengaruh.

Berdasarkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PH Negeri Sembilan yang diumumkan hari ini, PKR menerima 12 kerusi, DAP mendapat 11 kerusi, PAN (7) dan enam diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Di atas kertas, memang tidak nampak DAP seperti terlalu dominan, namun hakikatnya kesemua 11 kerusi itu dimenangi mereka pada PRU-13 lalu dan hampir pasti mampu dikekalkan kali ini.

Hanya 19 kerusi diperlukan untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan negeri. Justeru, sekiranya pakatan menang dan DAP pula membolot semua kerusi ditandinginya, sudah hampir pasti wakil parti itu paling ramai dalam kerajaan negeri.

Realiti itu sudahpun dilihat dalam barisan pembangkang di Negeri Sembilan ketika ini. Daripada 14 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dalam kalangan pembangkang, hanya seorang iaitu Aminuddin Harun (PKR-Sikamat) Melayu dan beragama Islam.

Bayangkan, jika pakatan menang, sudah hampir pasti majoriti barisan exco dalam kerajaan negeri dimonopoli oleh waki rakyat DAP. Impaknya, Menteri Besar ketika itu sukar membuat keputusan kerana terikat dengan suara majoriti parti berkenaan.

Seandainya itu berlaku, ia akan mengulangi situasi menimpa kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dikuasai DAP selepas Pakatan Rakyat menang di negeri itu pada PRU-12.

Tidak mustahil Negeri Sembilan boleh mengalami nasib sama sekiranya pengundi membuat pilihan mengikut emosi dan tanpa berfikir panjang pada PRU-14.

Secara ringkasnya, undi kepada PH bermakna memberi kemenangan kepada DAP. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Trump hina pendatang negara-negara Afrika, Haiti

(UTUSAN) WASHINGTON 12 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan kontroversi baharu apabila membatalkan lawatannya ke London atas alasan kecewa dengan tindakan pentadbiran Barack Obama menjual kedutaan AS sedia ada yang terletak di ibu negara Britain itu.

Tidak cukup dengan itu, Trump yang bermulut celupar sebelum itu menghina negara-negara Afrika dan Haiti berhubung isu pendatang dari negara-negara tersebut dengan gelaran 'shithole countries' yang mengundang kecaman bukan sahaja daripada anggota parti Demokrat malah daripada parti Republikan sendiri.

"Sebab saya membatalkan lawatan London kerana saya bukan seorang peminat pentadbiran Obama yang menjual kedutaan AS (di lokasi terbaik) di London terlalu murah dan membina pula bangunan baharu di lokasi lain dengan harga AS$1.2 bi­lion (RM4.7 bilion)," tulis Trump dalam tweet beliau.

Bagaimanapun, laman sesawang kedutaan menunjukkan keputusan untuk memindahkan lokasi bangunan itu dibuat beberapa bulan sebelum Obama menjadi Presiden pada bulan Januari 2009.

Konsulat dan Kedutaan AS di United Kingdom pada tahun 2008 men­jelaskan, pejabat kedutaan dipindahkan semula atas sebab ke­selamatan.

"Perjanjian yang te­ruk. Mahu saya potong reben - TIDAK!," kata Trump.

Dalam perkembangan ber­kait­an, Trump mempersoalkan kewajaran Amerika untuk me­ngambil pendatang dari Haiti dan negara Afrika.

Kata dua sumber yang tahu akan perkara itu, Trump membuat kenyataan berkenaan di White House ketika Senator Demokrat, Dick Durbin dan Senator Republikan, Lindsey Graham membentangkan taklimat kepada Presiden tentang draf baharu rang undang-undang imigresen yang baru digubal.

Kata sumber itu, beberapa pegawai kerajaan lain turut hadir semasa perbualan terbabit berlaku.

Seorang sumber memetik Trump sebagai berkata: "Menga­pa kami mahu mengambil kese­mua orang dari Afrika ke sini? Mereka adalah negara yang menjijikkan (shithole), kita sepatutnya ada ramai orang dari Norway."

Menurut sumber kedua, Trump yang berikrar untuk me­ngetatkan penguatkuasaan ke atas pendatang asing juga mempersoalkan akan keperluan rak­yat dari Haiti di Amerika.

Ekoran pendedahan itu, kebanyakan anggota penggubal undang-undang dari parti Demokrat dan Republikan membidas Trump kerana mengeluarkan kata-kata tersebut.

Sementara itu, Pertubuhan Ba­­ngsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam kenyataan Trump itu sambil menyifatkan sebagai 'mengejutkan', 'memalukan", dan 'perkauman'.

"Jika disahkan, ini adalah komen yang mengejutkan dan memalukan dari Presiden AS," kata Jurucakap Pejabat Hak Asasi Manusia PBB Rupert Colville kepada pemberita di Geneva. – AFP/REUTERS

1 Comment
Jom komen di Facebook!

tidak timbul lagi soal Permatang Pauh sebagai kawasan ‘Dinasti Anwar’ yang mustahil untuk dirobohkan - Zaidi

PULAU PINANG, 22 Jan – Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Zaidi Mohd Said berkata tidak timbul lagi soal Permatang Pauh sebagai kawasan 'Dinasti Anwar' yang mustahil untuk dirobohkan.

Jelasnya pilihan raya umum akan datang merupakan peluang yang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengajak rakyat di kawasan ini untuk melakukan perubahan memandangkan wujud lompong-lompong kekecewaan yang semakin besar di kalangan pengundi.

"Tidak timbul bahawa UMNO dan BN tidak berkemampuan untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh ini dari 'Disnasti Anwar', kerana sememangnya selama ini semua pihak termasuk dalam BN sendiri yang melihat Permatang Pauh ini kubu kuat Anwar Ibrahim yang tidak boleh digoyangkan.

"Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO Permatang Pauh pada 2013, saya menyedari hakikat tersebut dan saya telah meletakkan sasaran untuk mengubah apa yang ada dalam pemikiran orang mengenai Permatang Pauh ini," ujarnya yang juga Pengerusi BN Permatang Pauh.

Tambahnya, Anwar hanya memberikan khidmat baktinya ketika dia bersama dalam kepimpinan UMNO dan BN, selepas itu dia tidak mengendahkan dan mengabaikan tanggungjawabnya di Permatang Pauh ini.

Kini rakyat di Permatang Pauh ini tegas beliau perlu disedarkan bahawa ruginya mereka tidak mempunyai wakil rakyat parlimen dari BN kerana tidak ada peruntukan malah pembangunan di kawasan parlimen ini terencat kerana tidak ada ahli parlimen baru yang mengambil berat hal ehwal di kawasan tersebut.

"Saya memperjuangkan perubahan demi anak bangsa di sini, kerana saya percaya dan semua orang tahu bahawa Permatang Pauh ini satu-satunya parlimen dalam kawasan Seberang Perai Tengah ini yang tidak mempunyai Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Agama Berasrama Penuh.

"Jadi, saya perlu perjuangkan agar di kawasan kita ada sekolah yang saya maksudkan ini dan untuk merealisasikan perjuangan ini, rakyat Permatang Pauh ini perlu menyokong perjuangan BN dalam PRU14 agar hasrat dan impiam kita bersama ini boleh kita perolehi.

"Kita telah pun mengerakkan jentera pilihan raya kita, saya yakin keputusan di sini boleh berubah secara drastik dan kita percaya boleh membuktikan kemampuan kita membuat perubahan dalam PRU14 kelak," tambahnya.

Pewaris Melayu : Harap jangan terlalu konfiden, kena kerja kuat untuk pastikan kemenangan UMNO/BN di P.44 Permatang Pauh!

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dong Zong mahu 34 sekolah rendah Cina baru

Sekurang-kurangnya 34 sekolah rendah Cina baru diperlukan bagi memenuhi permintaan rakyat, khususnya masyarakat Cina, kata Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong).

Presidennya Datuk Vincent Lau berkata, walaupun kerajaan telah meluluskan 10 sekolah rendah Cina baru dan pemindahan enam sekolah rendah Cina, jumlah itu masih tidak cukup, lapor Sinar Harian yang memetik Oriental Daily.

"Dong Zong sentiasa mengharapkan kerajaan agar dapat membina sekolah rendah Cina dengan lebih bersistematik.

"Apabila PRU hampir menjelang tiba, kerajaan pun terus umum bina sekolah rendah Cina.

"Jangan biarkan rancangan bina sekolah ini dijadikan sebagai isu politik," beliau dipetik sebagai berkata.

Vincent berkata masih banyak kawasan tidak mempunyai sekolah rendah Cina dan sekolah sedia ada mengalami masalah lebihan murid.

Sementara itu, Lau juga berkata kebanyakan sekolah baru dibina di kawasan pembangunan baru, walaupun kesemua lokasi itu bukanlah kawasan yang memerlukannya.

"Dong Zong berharap kerajaan dapat membina sekolah rendah Cina di kawasan yang padat dengan penduduk serta membina sekolah baharu berhampiran dengan sekolah yang menghadapi masalah kepadatan murid," kata Vincent lagi.

Pewaris Melayu : Melampau!

16 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .