Nazri mohon maaf kesilapan kenyataan berhubung Parlimen baru

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, memohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung kesilapan kenyataannya bahawa Bangunan Parlimen baru akan dibina di Putrajaya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pelantikan Azmin tiada agenda tersembunyi: Anwar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali, mengambil alih jawatan ketua parti di Selangor daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, pertukaran itu dilakukan berikutan beban tugas Khalid yang berat. "Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program politik dikendalikan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Posted in , , , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

JAIS larang Nik Aziz berceramah di masjid Hulu Selangor

23/04/2010 1:17pm

SHAH ALAM 23 April - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu dikeluarkan sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan sebelum ini. - Utusan

Posted in , , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .