Memaparkan catatan dengan label anwar. Papar semua catatan

Najib Razak bacul, Anwar hebat. Syorkan debat Anwar - Ummi Hafilda!


Salam to all,

Itulah ayat yang kerap dilontarkan kepada PM kita, DS Najib Razak ekoran keengganan beliau menyahut cabaran DS Anwar Ibrahim yang dari dulu lagi mendabik dada beliaulah yang jaguh, hebat, dasyat, berkualiti (dan sambung sendiri). Disebalik engganan DS Najib menyahut cabaran Anwar, penjilat tegar Anwar juga sudah kondem kehebatan ayam sabung UMNO, YB Khairy semasa debat anjuran Sinar Harian menentang biawak PKR, Rafizi Ramli atas tajuk PTPTN.

Alahai.. Mereka ni hanya hebat dipentas, depan orang ramai dan saja nak cari publisiti murahan. Cuba tengok cara diorang bekerja. Apa benda yang diorang tampilkan kepada rakyat kalau bukan fitnah, fitnah dan fitnah..

Malam 24hb Mei lepas, pertembungan antara Ummi Hafilda dengan keluarga PKR (Anwar dan Izzah) serta barisan pencacai PKR lain di Parlimen Izzah menyaksikan Anwar dan Izzah menggelabah teruk. Sudah - sudahla...

Ummi turut berkata kesudiannya nak berdebat dengan Anwar. Hoi Anwar, kalau hebat sangat meh lawan Ummi. Penakut!!


Posted in , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Baiknya KDN luluskan permit akhbar The Rocket

KDN lulus permit The Rockets

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permit penerbitan akhbar The Rockets bagi versi Inggeris, Cina dan Tamil, berkuatkuasa kelmarin. Sumber

Komen Pewaris Melayu :

Tengok? Kerajaan punya baik dan bagus lagi bagi permit untuk penerbitan akhbar pembangkang. Agak - agaklah, kalau PR dapat pegang pemerintahan, ada ke diorang nak bagi pada akhbar yang menentang pemerintahan diorang terus diedarkan?

Ehem, ahli UMNO/BN bukan terdesak macam diorang. Tak ada pon akhbar alternatif, tetap boleh sokongan rakyat. PR? Haktuih!

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pelantikan Azmin tiada agenda tersembunyi: Anwar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menegaskan bahawa tiada agenda tersembunyi di sebalik pelantikan Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali, mengambil alih jawatan ketua parti di Selangor daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, pertukaran itu dilakukan berikutan beban tugas Khalid yang berat. "Pada mulanya saya tidak bersetuju tetapi selepas beberapa perbincangan, kami melihat bahawa beliau (Abdul Khalid) perlu berkongsi beban tugas berkenaan, beliau memerlukan program politik dikendalikan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Posted in , , , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Dialog dengan Taukeh

Minggu lepas, seorang taukeh Cina dan pekerjanya (Melayu) datang kerumah penulis untuk membaiki peralatan dirumah penulis

Pada ketika itu, isu yang hangat dan diperkatakan ialah keputusan DS Abdullah sama ada untuk mempertahankan atau melepaskan jawatan Presiden UMNO. Taukeh tersebut datang kemeja dihadapan TV ditemani oleh penulis. Pekerjanya sedang membuat kerja.

"Itu Badawi sudah turun ka?" tanya taukeh tersebut kepada penulis.
"Ya, dia tak mau tanding jawatan presiden UMNO bulan Mac nanti.Nanti Najib la ganti dia pula" jelas penulis
"Itu Badawi ar tak pandai jadi PM woo.. Dia tak baguih" ujar Taukeh tu.
"Habistu sapa yang bagus? Dr. Mahatir ok tak?" tanya penulis.
"Dr. Mahathir banyak baguih woo.. Dia jadi PM, negara banyak maju. Bisnes pun ok.."
"Oh, kalau macam tu tak pa la. ye la tu taukeh. DS Najib layak tak jadi PM?"
"Tak lak..Dia tak baguih. Orang UMNO tak baguih"
"Apa pasal? Cerita la sikit taukeh"
"Itu UMNO ah, banyak makan duit rakyat. Banyak korap. Banyak jahat punya orang"
"Oh.. sebab tu ka? Abis tu taukeh, sapa yang layak jadi PM?"
"Anwar Ibrahim"
"wa.. dia tu memang banyak famous punya orang. Dia baguih ka?"
"Ya la. Dia pandai bisnes punya. Lagipun, dia dulu jadi Menteri Kewangan, jaga duit. itu kes liwat, tarak butui punya"
"Yeke.. Apasal pulak taukeh cakap tak betul?"
"Ya la.. itu Saiful orang muda. Anwar itu orang tua. Sudah jadi datok. Lagi senang mau liwat itu Saiful orang muda ka?? You tau ka liwat tu apa? itu belakang punya woo"
"Saya tau la taukeh. Tapi kan, kalau macam tu, kes liwat Anwar masa tahun 1998 kan dah bukti Anwar salah? Kenapa kata yang liwat Saiful tu bohong?"
"Itu saja mauu bikin Anwar jatuh. Kes dia memang orang tipu. Hakim tipu"
"Hai, hakim mana boleh tipu. Ini kes banyak besar. Kalau tak betul, kenapa Anwar kena penjara?"

Taukeh diam...

"Haritu punya by - election sini pun ada undi ka?"
"Ya, sini kan kawasan Permatang Pauh juga. Banyak hot kawasan sini."
"Bagus la itu Anwar. Lagi cepat dia jadi PM lagi baguih.."
"Dulu punya generel election, lu undi sapa?"
"Oh, saya punya tempat Sungai Petani. PKR punya tempat"

Tak paham bahasa betul taukeh ni, penulis tanya lain, lain pula yang dijawap.
Panjang sebenarnya perbualan diantara penulis dengan si Taukeh tu. Nantikan sambungannya dalam Dialog dengan Taukeh 2.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar tin Kosong!

berita asal disini..

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tin kosong kerana terus menabur janji Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Anwar perlu hentikan segera pembohongan kepada rakyat mengenai perkara itu.

“Ketua Pembangkang menabur terlalu banyak janji membabitkan reformasi dalam bidang kehakiman, kepolisan dan rasuah, termasuk ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikan,” katanya selepas istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Di Kota Bahru, kelmarin, Anwar memberi tempoh baru sebelum Aidiladha untuk mengambil alih kepimpinan negara selepas gagal berbuat demikian pada 16 September lalu. Aidiladha dijangka disambut pada 8 Disember.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta Anwar, tidak lagi menguji kesabaran rakyat yang tidak lagi mempercayai rancangan terbaru Pakatan Rakyat. 


PewarisMelayu kata:
Pengikut @ penjilat PKR dan PR masih lagi percaya si badut tuh bohong..Boleh percaya lagi ke cakap si penipu tu? 16 September bukan main gah lagi promosi kat pemimpin dunia yang lain, kata Anwar akan jadi PM..

Memang Anwar jadi PM pon.. Bukan Perdana Menteri.. Pakar Menipu!
p/s: Penjilat PKR.. Taubat lah..

Posted in , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Rampasan Kuasa - Abdullah selar Anwar


Semasa mengakhiri pembentangan bajet 2009, DS Abdullah Badawi menyelar tindakan parti pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya pada tarikh 16 September 2008. Abdullah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada BN untuk memerintah selama 5 tahun walaupun telah kehilangan majoriti 2/3 pada PRU12 yang lalu.

Dr. Mahatir sudah berkali - kali berkata Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada 16 September nanti. Beliau yang terkenal dengan sifat lantang bersuara mengkritik Anwar Ibrahim yang merupakan timbalanya sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Adakah Anwar akan berjaya membentuk kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti yang berlainan ideologi? Adakah Anwar akan dapat menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Alhamdulillah, tarikh 16 September 2008 jatuh pada bulan Ramadhan.. Semalam, ada sebuah laporan mendakwa ahli parlimen BN mula hantar SMS kepada Anwar dan tertarik untuk menyertai Pakatan Rakyat. Adakah kenyataan ini benar atau palsu? Ahli parlimen BN sudah berikrar dan berjanji untuk setia bersama kerajaan pimpinan Abdullah. Siap kumpul tanda tangan lagi sebagai bukti mereka berjanji tak berpaling tadah. Apakah yang sedang dirancang oleh Anwar untuk menjatuhkan kerajaan BN sebelum 16 September?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar sudah bersumpah!


Anwar sudah bersumpah! Kali ini bukannya dia bersumpah laknat ekoran kes Saiful Bukhari, tetapi dia bersumpah sebagai ahli parlimen Permatang Pauh

Dalam duk takut-takut dia bersumpah, dia berani sumpah juga jadi ahli parlimen. Moga-moga Anwar Matang Pauh (geng luar pagar) tak buat masalah macam dulu masa Anwar Matang Pauh dalam pagar (kerajaan)

Misi "dari Permatang Pauh ke Putrajaya" tetap dipegang, 16 September tetap disebut sebagai tarikh keramat kebangkitan Rakyat. Kebangkitan Rakyat??

Kebangkitan rakyat ke kebangkitan Anwar Ibrahim? Ura-ura mengatakan jika tanggal 16 September berlaku, negara akan berada didalam situasi darurat.

Tragedi 13 Mei pasti akan berlaku jika Anwar Family dan konco-konconya terus dan terus melakukan pelbagai isu yang akan membangkitkan kemarahan bangsa Melayu di Malaysia.
Sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh, Khalid Flinstone cadang 10% kemasukan non-bumi dalam Uitm, budak-budak Uitm demo satu Malaysia.Exco Selangor desak 30% wang JAIS diberikan kepada agama lain, orang Melayu leka dok dewa-dewi Anwar.

Tak pa orang Matang Pauh, terima kasih kerana memasukkan Anwar kedalam parlimen. Esok lusa dah terlondeh, dah terliwat oleh PKR and geng, baru nak rasa sakit.

Posted in , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

DR M : Anwar tak layak jadi PM

PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.

``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kehadiran semula Anwar dalam Parlimen selepas menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Bekas Presiden BN itu menambah, kerajaan harus mengambil pengajaran di atas kekalahan BN semalam dan Pilihan Raya Umum lima bulan lalu.

``Kemenangan PKR bukan kerana parti itu hebat, sebaliknya ekoran kegagalan calon-calon daripada UMNO yang bertanding,'' katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir bimbang kejatuhan populariti BN dalam masa lima bulan sejak pilihan raya umum lalu, tidak hanya akan berlaku di kawasan Permatang Pauh tetapi akan turut memberi kesan ke tempat lain jika berlaku sekali lagi pilihan raya kecil. - UTUSAN

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

ANWAR menang di P44

Tahniah kepada Penduduk Permatang Pauh dengan memberi undi kepada Anwar sebanyak 31,195 mengalahkan Ariff Shah dan sebanyak 15,671 undi. Hanafi Mamat hilang wang pertaruhannya dengan mendapat 92 undi. Ada juga ya penduduk P44 mengundi AKIM. Ini menandakan proses demokrasi berjalan dengan aman di Malaysia, kata Najib.

Bagi penulis, BN dan UMNO tidak perlu berduka kerana anda memberikan tentangan yang hebat kepada Anwar semasa kempen PRK ini, tetapi anda tidak dapat melawan Anwar kerana penduduk Permatang Pauh lebih rela melihat Anwar menuju ke Putrajaya, biarlah Anwar berjaya ke Putrajaya dengan senang lenang, kami (penduduk Permatang Pauh) mundur dan tidak terbela pun tak apa.

Slogan 'MEMERDEKAKAN PERMATANG PAUH' tak tercapai. Tak mengapa Ariff Shah, anda tidak hilang gelaran YB dan elaun-elaun yang lain. Parit sumbat, anak-anak DUN Seberang Jaya yang sakit atau ingin memohon bantuan melanjutkan pelajaran masih mencari anda, Dato Ariff. Terimalah keputusan ini dengan sabar. Adat berpolitik, memang lagu ni (dialek orang utara)

Tahniah sekali lagi tak terhingga kepada penduduk Permatang Pauh yang memilih Anwar! Tangga-tangga 16 September ke Putrajaya ? akan membawa kita (rakyat Malaysia) menuju Malaysian Malaysia! Tunggulah nanti, kemunculan TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 dan TIMBALAN PERDANA MENTERI 2 yang akan wujud tak lama lagi jika Pakatan Rakyat memerintah.

Kerajaan pintu belakang (Pakatan Rakyat) dan pemimpin main belakang (Anwar Ibrahim) akan membawa HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA, untuk kesamarataan dan melenyapkan Hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.

PewarisMelayu kata: Sabaq sat ya orang Matang Pauh, Tok Shiekh tak dapat lagi kot nak jadi ahli Parlimen, ura-ura kata Speaker tak mau Anwar P44 angkat sumpah esok. 27hb nak jadi Ketua Pembangkang pon tak taw lagi la noh.. Oh lupa, Anwar jangan dok seronok sangat ya raikan kemenangan, sila jumpa Saiful Bukhari, Dato Nallakarupan dan Dato Hamzah ya. Awat tak saman Ezam? Lagi best.. Kerjasama anda sangat dihargai. Jangan lari-lari tau.

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar: Kita bukan mahu keganasan

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati penyokongnya agar tidak bertindak di luar batasan dan sentiasa memberikan kerjasama kepada polis.

"Saya ni bukanlah anti-polis. Jadi kita buatlah apa yang mereka suruh asal jangan bertentangan dengan apa yang kita mahu.

"Kita bukan mahu keganasan, kita mahu satu perubahan," beliau dilaporkan berkata kepada kira-kira 5,000 hadirin dalam sesi ceramahnya di Bukit Jelutong di Permatang Pasir malam tadi.

Menurut laporan Bernama lagi, penyokongnya mula bersorak sambil melaungkan slogan "reformasi" apabila sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlegar di sekitar tapak ceramah.

Pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat.

Dalam ceramah Anwar di Kampung Belah Dua, di Permatang Pauh malam tadi, beliau berkata tidak mempunyai dana yang cukup bagi
menaja makan dan minum para penyokong PKR yang hadir pada setiap ceramahnya.

"Puluhan ribu yang datang tetapi air pun tak ada. Saya tak mampu... Saya juga tidak mempunyai saham atau tanah," katanya.

Pada setiap ceramahnya, lapor agensi berita itu lagi, petugas PKR akan melakukan pungutan wang bagi menampung keperluan berkempen pada pilihanraya kecil ini yang akan diadakan pada 26 Ogos.

Anwar yang sentiasa dilihat menaiki kereta jenis Mercedes S320 berwarna perang di setiap ceramahnya juga menafikan kenderaan itu adalah miliknya.

"Kereta saya naik itu bukan saya punya. Tapi pak (bapa) saya punya. Saya ni tiada apa-apa pun. Kalau tak percaya boleh tanya Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isterinya dan juga residen PKR). - Malaysiakini

Pewaris Melayu kata:
Kereta kereta tu bukanya saya punya, itu kereta kroni-kroni saya dalam KDEB yang punya. Saya tak mampu nak beli kereta dalam negara, tak ada tanah tak, saya tak ada saham. Tapi, saya ada rumah villa yang besar di Selangor. Saya kayakan kroni-kroni saya masa jadi Timbalan Perdana Menteri, sekarang diorang pulak la yang tolong saya.
Saya tak ada duit banyak dalam Malaysia, tapi di luar negara, akaun saya penuh dengan jutaan wang dolar..

Posted in , , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Kempen oh kempen

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

KPMU:Anwar munafik hina Islam dan Al-Quran

Anwar Ibrahim dayus dan masih mahu menikus dan tidak menghormati rumah Allah dan Al-Quran sebagai pegangan umat Islam. Anwar menghina perbuatan Saiful sedangkan dia langsung tidak berani untuk menyatakan kebenaran dirumah Allah dan dihadapan Al-Quran.

Jangan berdalih, apa yang Saiful lakukan adalah mengikut Islam dan dia tidak ke gereja atau kuil. Polis adalah tuntutan dunia. Tuntutan Islam telah dilakukan petang tadi.

DS Anwar dakwa sumpah Al-Quran bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi hanya satu gimik kotor politik UMNO. Mengulasnya hal itu Anwar berkata jika Saiful nak ikut cara Islam maka dia harus bawa kesnya ke Mahkamah Syariah dan tidak buat aduan pada polis. Katanya sehari selepas SPR umum tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh beliau didakwa di mahkamah dan kini sehari sebelum penamaan calon angkat sumpah ini diadakan.

Inilah yang dikatakan Anwar menggunakan kuasa politik untuk mempertahankan diri. Apa saja kesalahan yang beliau lakukan akan beliau salurkan kepada politik dan kaitkan dengan UMNO. Jika Anwar membunuh sekali pun semua akan disalurkan sebagai UMNO mahu memfitnah beliau.

Itulah sebabnya, Wan Azizah terpaksa tergesa-gesa mengosongkan kerusi setelah tahu kertas siasatan kes Anwar berjubur dengan Saiful selesai dan telah diserah kepada peguam negara. Jauh mana Anwar mahu lari. Bangkai gajah tidak akan dapat disembunyikan walau sebesar padang bola tikar yang menutupnya.

Anwar menghina Islam lagi. Anwar menghina Al-Quran Anwar menghina rumah Allah dan yang paling keji Anwar menghina umat Islam. Seoalah-olah sumpah di rumah Allah sumpah di hadapan Al-Quran sumpah orang Islam boleh dipersendakan.

UMNO tidak takut jika Anwar ke Parlimen. UMNO tidak pernah takut dalam mana-mana pilihanraya. Umno pernah kalah di Lunas kepada PKR tetapi UMNO tidak akan persendakan Islam.

Anwar munafik ini. Akan mendapat pengajaran dari Allah SWT. Semoga Allah SWT berikan petunjuk kepada munafik ini. Kalau anak jantan ada telor. Bersumpahlah Anwar anak Ibrahim. Agar roh allahyarham ayahanda mu aman disisi Allah SWT. Ingat pesanan allahayrahamah ibu mu sebelum hembus nafas terakhir, wahai Anwar munafik.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Pewaris Melayu kata:

Berani kerana benar, takut kerana salah. Saiful tak bodoh dan tak cetek dalam agama. Kesan sumpah saiful amat besar. Apa respons anwar?

Posted in , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar, Khalid dan Permatang Pauh

Isu cadangan kemasukan 10% orang bukan bumiputera oleh MB Khalid Ibrahim baru baru ini masih hangat diperkatakan. Isu ini sangat menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu yang mahu keistimewaan mereka tetap dipertahankan.

Isu ini amat berkait rapat dengan Anwar dan merupakan taktik jarum halus yang Anwar gunakan untuk menarik pengundi bukan Melayu untuk mengundi PKR dan tidak mengundi BN pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008.

Berikut merupakan ulasan penulis:


  1. Isu ini merupakan taktik kotor yang digunakan PKR yang mempergunakan suasana politik sekarang dan untuk menegangkan sifat perkauman diantara kaum diMalaysia.
  2. Sedangkan semua orang Malaysia mengetahui Uitm yang diselia oleh MARA, Anwar dan Khalid saja mahu menaikkan kemarahan orang Melayu melalui isu ini.
  3. Orang Melayu sangat sensitif apabila mengacau hak keistimewaan mereka. Di mata orang bukan Melayu, orang bukan Melayu amat membenci orang Melayu kerana protes mereka terhadapa cadangan MB Khalid tersebut.
  4. Ini merupakan taktik licik yang kotor Anwar untuk menarik undi bukan Melayu kepada PKR dan membenci BN.
  5. Anwar tidak peduli situasi negara yang kecoh ataupun tegang, asalkan dia dapat merealisasikan impiannya untuk menjadi Orang No.1 negara.
  6. Anwar sanggup melakukan apa saja untuk matlamat politik kotor beliau. Diharap pengundi Permatang Pauh dapat memikir dan mempertimbangkan untuk memilih Anwar dan PKR sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Isu Uitm dan keistimewaan orang Melayu sudah termaktub didalam perlembagaan dan kontrak sosial dan semua 'Malaysian' sudah tahu ia tidak boleh diganggu gugat.

MB Khalid mengocak air yang tenang, untuk mencapai matlamat politik peribadi mereka. MB Khalid mengeruhkan keadaan untuk mendapat publisiti murahan dan mahu menjadi popular.

Kepada orang bukan Melayu, orang Melayu tidak memprotes kuota dan hal lain yang menjadi hak milik orang Melayu, tetapi orang Melayu memprotes tindakan Menteri Besar Boneka yang mencadangkan kemasukan 10% non bumi kedalam Uitm. Harap jangan termakan taktik licik yang merupakan perang saraf tajaan Anwar melalui MB Khalid.

Posted in , , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

PKR Adakan Pertemuan Semua Ketua Bahagian Di Seluruh Negara Bincang Strategi

BUTTERWORTH, 10 Ogos (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin giat mengorak langkah termasuk mengadakan perbincangan dengan kira-kira 200 ketua bahagian dari seluruh negara bagi membincang strategi parti pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Bendahari PKR bahagian Permatang Pauh Sim Bak Seong berkata perbincangan yang diketuai Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye hari ini bertujuan membincangkan mengenai strategi memikat pengundi kaum Cina.

"Perbincangan ini difokuskan kepada kawasan Cina dan juga untuk beri penerangan kepada mereka (pengundi Cina) mengenai isu yang membabitkan kaum itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 15 bilik gerakan PKR dibuka di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Lee yang ditemui pemberita kemudian berkata jentera pilihan raya PKR dan Pakatan Rakyat telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya itu nanti.

Katanya, parti itu akan membawa tiga isu semasa kempen pilihan raya iaitu, perpaduan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

-- BERNAMA

Komen ڤواريس ملايو:

  1. Cina memang sokong orang melayu yang mengkhianati bangsa diorang. Diorang tahu, apabila Brother Anwar bin Ibrahim naik jadi PM, mereka juga dapat naik kepala dan pijak orang orang Melayu di Malaysia ni. Masa tu baru la geng PAS dan Melayu PKR menyesal.
  2. Bawa isu perpaduan negara, ekonomi dan kesejahteraan rakyat?? tipu sangat la. Diorang akan jaja cerita ANWAR! ANWAR! ANWAR! PM! PM! PM!
  3. Penulis harap sangat jentera BN dapat bergerak aktif melawan PKR dalam pilihanraya kecil kali ini. PKR dah semakin agresif. BN dok lengai lagi.
  4. Ezam, Nalakarupan dan Chandra Muzafar cepat cepatlah bogelkan Anwar di Permatang Pauh.


Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

DULU dan SEKARANG

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Kehangatan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Hari ini, sudah masuk 8/8/08..
Penulis selalu menggunakan jalan Permatang Nibon - Penanti untuk pulang ke rumah dan apa yang dapat penulis luahkan disini adalah keghairahan parti pembangkang, iaitu pihak Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mula memasang poster dan bendera mereka sepanjang jalan.

Pihak Barisan Nasional tidak lagi bertindak agresif seperti PKR yang ghairah membina cawangan parti mereka di sini sana untuk menggerakan jentera parti mereka. Cuma kelihatan bendera BN dan UMNO di pekan kecil Permatang Pauh sahaja.

Kehangatan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh mula terasa.
Kita nantikan drama seterusnya.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

ANWAR dan PERMATANG PAUH

Tersentuh juga hati penulis membaca artikel di KPMU semalam, sebuah cerita benar dan realiti politik Wan Azizah selama ini. Benar kata penulis di KPMU, Anwar Ibrahim tidak pernah berbudi kepada penduduk Permatang Pauh. Permatang Pauh tidak semaju Kepala Batas yang merupakan kampung halaman Pak Lah.

Lihatlah dengan mata yang celik, perbezaan ketara Kepala Batas dengan Permatang Pauh. Jika Anwar betul betul membela rakyat, sudah tentu Permatang Pauh lebih maju daripada Kepala Batas, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Pak Lah memang berbudi dan berkhidmat dengan rakyat Kepala Batas, sebab itulah beliau masih menang dihati rakyat, rakyat Kepala Batas masih memilih Pak Lah untuk menjadi ahli parlimen mereka pada PRU 13 yang lepas.

Setelah 3 penggal Azizah mendapat gelaran ahli parlimen daripada IKHSAN rakyat, penduduk Permatang Pauh sekarang ini berdepan dengan bekas ahli parlimen mereka, yang dipuja puja, yang dihormati masa lalu dan sekarang.Setelah keluar daripada tahanan, Anwar Ibrahim kembali. Adakah akan dia diterima oleh penduduk Permatang Pauh?

Pada penulis, penduduk Permatang Pauh pasti sudah serik dengan Parti Keadilan Rakyat.
Penduduk Permatang Pauh mesti sudah muak dengan Parti Keadilan Rakyat. Indah saja pada nama, tapi kosong didalam. Perjuangan membela rakyat hanya menanam tebu dibibir, hanya untuk menarik sokongan rakyat saja.

Parti Keadilan Rakyat tidak membela sikit pun nasib rakyat, PKR lebih membela Anwar Ibrahim, PKR lebih mengutamakan Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. PKR lebih jelas membawa dendam kesumat dan benci Anwar kepada kerajaan, kepada individu yang menjatuhkannya dahulu.

Sekarang penduduk Permatang Pauh kena buka mata, buka minda. Anwar Ibrahim 2008 tidak seperti Anwar Ibrahim yang dahulu, penuh dendam, penuh dengki dan benci kepada kerajaan, kepada individu yang menghalangnya daripada menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri. Kita dapat lihat perjuangan Anwar sekarang. Penuh mulut, berbuih mulut menyebut untuk membela rakyat, pada hal disebaliknya.

Fikir-fikirkanlah.. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir..
Buka mata, Buka hati..
Jangan jadi 3B (buta mata, buta hati, buta perut)

Posted in | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .