Tiada pihak iktiraf Catalonia – EU


MADRID 29 Okt. - Krisis politik di Catalonia kini memasuki fasa baharu apabila Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani 'masuk campur' dengan menegaskan ti­ada mana-mana pihak yang akan mengiktiraf kemerdekaan wilayah itu.

Beliau turut bertegas bahawa pungutan suara untuk memerdekakan Catalonia daripada Sepanyol adalah tidak sah dan 'kekacauan' politik di wilayah itu perlu dipulihkan segera.

Malah beliau telah memaklumkan kepada pengantara daripada Kesatuan Eropah (EU) iaitu krisis tersebut adalah isu dalaman Sepanyol.

Oleh yang demikian jelas­nya, keputusan Sepanyol untuk meng­adakan semula pilihan raya di Catalonia selepas pemimpin wilayah itu membuat pengisytiharan kemerdekaan sendiri adalah 'perkara paling tepat untuk dilakukan' ketika ini.

"Pilihan raya itu nanti akan membolehkan penduduk Catalonia menentukan kerajaan mana yang mereka mahukan dan semua perkara ini perlu dibuat berlandaskan Perlembagaan Sepa­nyol.

"Penegasan kita (EU) jelas, tiada mana-mana pihak yang akan mengiktiraf Catalonia sebagai sebuah negara merdeka. Referendum yang dijalankan baru-baru ini bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Pihaknya juga mengharapkan sesi dialog dapat dijalankan bagi menyelesaikan situasi yang dianggap getir itu.

"Ini bukan bermakna EU boleh bertindak sebagai pengantara dalam menyelesaikannya kerana ini isu dalaman negara," tambahnya.

Sementara itu, pemimpin pemisah Catalonia, Carles Puigdemont dalam kenyataan ringkasnya ba­gaimanapun dikatakan akan te­rus berusaha untuk 'membina sebuah negara yang bebas' yang dipercayai merujuk kepada proses memerdekakan Catalonia.

Stesen penyiar wilayah, TV3 turut memaparkan rakaman pe­mimpin pemisah Catalonia itu berucap di atas podium dengan berlatarbelakangkan bendera Ca­talan dan EU tanpa bendera Sepanyol.

Dalam pada itu, kerajaan Sepanyol didakwa mengalu-alukan penyertaan Puigdemont dalam pilihan raya baharu itu yang dijadual berlangsung pada Disember ini.

Seorang jurucakap kerajaan, Inigo Mendez de Vigo berkata, Puigdemont masih mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam bidang politik walaupun telah disingkirkan dalam menerajui wilayah itu.

"Saya pasti penyertaan Puigdemont dalam pilihan raya itu nanti membolehkan sistem demokrasi dalam kalangan pembangkang dipraktikkan," kata­nya.

Hasil tinjauan yang dijalankan sebuah akhbar tempatan Sepa­nyol, El Pais menunjukkan, lebih ramai penduduk Catalonia iaitu 52 berbanding 43 peratus mahu Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan. – AGENSI

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Wanita acu 'pengunci stereng' gigit polis di mahkamah



PETALING JAYA 30 Okt. ― Seorang wanita yang tular di laman sosial berhubung kejadian memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan 'pengunci stereng', hari ini dihukum penjara dua minggu kerana menghina mahkamah dengan cara menjerit dan mengingkari arahan Majistret.

Majistret Nurulhuda Zakariya menjatuhi hukuman itu terhadap Liew Yoke Peng, 43, seorang akauntan, setelah dia didapati bersalah menghina mahkamah dengan menjerit dan mengingkari arahan Nurulhuda supaya senyap ketika prosiding mahkamah sedang berlangsung.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. Dia kemudiannya dibawa ke Penjara Kajang.

Yoke Peng melakukan kesalahan itu di dalam bilik bicara Mahkamah Majistret 2, di sini pada 11.35 pagi, hari ini mengikut Perkara 26 Jadual Ketiga (Seksyen 99A) Akta Mahkamah Rendah 1947 yang membawa hukuman denda maksimum RM150 atau penjara maksimum tiga minggu.

Kesalahan itu dilakukan semasa prosiding kesnya berhubung kejadian memarahi seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong.

Semasa prosiding itu, Yoke Peng telah meninggikan suaranya terhadap Nurulhuda dan seolah-olah berlawan cakap dengannya sehingga dia terpaksa ditenangkan oleh anggota polis.
 

Berang dengan tindakan polis itu, wanita berkenaan bertindak menggigit tangan seorang anggota polis wanita sehingga luka dan tercabut butang pakaian seragamnya di bahagian lengan.

Mahkamah kemudiannya terpaksa menangguhkan prosiding kesnya ke sesi petang kerana wanita itu tidak dapat dikawal.

Sebelum menjatuhi hukuman, Nurulhuda menasihati tertuduh supaya bersikap profesional dan mematuhi peraturan di dalam mahkamah.

"Semua yang ada di dalam mahkamah ini menjalankan tugas masing-masing, termasuk saya dan anggota polis. Kamu tidak boleh sesuka hati menghina kerja kami," kata Majistret itu.

Suami tertuduh merayu kepada mahkamah supaya meringankan hukuman terhadap isterinya atas alasan dia gagal meyakinkan wanita itu untuk mendengar arahan mahkamah.

Terdahulu, Yoke Peng yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu seorang penguat kuasa MPSJ di sebuah kawasan parkir di Bandar Puteri Puchong pada 1 tengah hari  6 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Insiden itu mula tular di media sosial di mana sebuah video berdurasi satu minit dan 37 saat menunjukkan wanita itu memarahi anggota penguat kuasa MPSJ  sambil mengacukan 'pengunci stereng' dan wanita itu dilihat meninggikan lagi suaranya dan menjawab bahawa dia tidak mempunyai tempat lain untuk meletakkan kenderaannya kerana dia terpaksa membeli makanan untuk suaminya, seorang orang kurang upaya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon oleh Abu Arsalnaa dan menetapkan 24 November untuk sebutan semula kes. ― Bernama



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Hina Bugis: Dr. Mahathir enggan mohon maaf


ALOR SETAR 21 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang dianggap menghina masyarakat Bugis.

Dr. Mahathir juga mempertahankan ucapan beliau ketika perhimpunan haram di Selangor baru-baru ini bahawa hanya ditujukan kepada  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tak buat tuduhan kepada orang Bugis, saya buat tuduan kepada orang Bugis yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Jadi tidak perlulah saya minta maaf kerana saya tak kata benda itu," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Konvensyen Nasional 2017 PAN di sini hari ini.

Dr. Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan haram Pakatan Harapan diketuai DAP di Padang Timur, Petaling Jaya dekat sini pada Sabtu lalu menyebut Datuk Seri Najib Razak mungkin berasal daripada lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Ekoran kenyataannya itu pelbagai pihak termasuk yang mewakili masyarakat etnik tersebut mendesak Dr. Mahathir supaya membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kata-katanya.

Terbaharu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan Dr. Mahathir yang menghina keturunan tersebut telah menyebabkan Perhimpunan Pemuda Bugis Makasar Indonesia (PPBMI) mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia jika Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak memohon maaf. - UTUSAN ONLINE

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Shafie Apdal nabbed in MACC investigation


KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal has been arrested, a day before his 60th birthday and after nearly four hours of questioning by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

Shafie, who was arrested at 9pm yesterday, is expected to be taken to the Kota Kinabalu High Court to be remanded today. MACC deputy chief commissioner (operations) Datuk Azam Baki confirmed the arrest.

The Parti Warisan Sabah president arrived at the MACC office at about 5.15pm yesterday, after flying in from Kuala Lumpur, to be questioned over projects implemented during his watch as Rural and Regional Development Minister between 2009 and 2015.

In a white shirt, Shafie Apdal was accompanied by his wife Datin Seri Shuryani Shuaib; Warisan vice-president Datuk Peter Anthony who was detained earlier and released on bail; and their lawyers Martin Tommy and Loretto Padua.

"It's a process of law and we need to give our cooperation. We are not going to obstruct and I know that MACC is just doing its job."

He also said that he was saddened by the detention of his two siblings – Hamid and Yusof – in the investigation but reiterated that MACC was just doing its job.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .