Kemasukan bekas pemimpin UMNO beri kelebihan undi Melayu kepada BERSATU - Dr Mahathir



(BH) KUALA LUMPUR: Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan luar bandar.

Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang percaya Ahli Parlimen berkenaan mempunyai sokongan yang kuat di akar umbi di kawasan luar bandar yang sudah tentu memberi kelebihan dalam meraih sokongan undi Melayu.

Katanya, apabila BERSATU mendapat tempat di hati orang Melayu, maka parti akan menjadi lebih kuat dan ia akan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) di kawasan berkenaan.

"Sebagai mana yang diketahui, pada pilihan raya yang lalu, UMNO masih menjadi parti yang popular di 'mata' pengundi Melayu. UMNO menjadi parti yang istimewa bagi sesetengah orang Melayu, tetapi ada yang kecewa dengan perkembangan semasanya.

"Maka, jika BERSATU mendapat tempat di hati orang Melayu, maka parti ini akan menjadi kuat dan ini akan mengukuhkan kedudukan dalam PH.

"Saya jelaskan bahawa BERSATU serius memastikan perkara ini tidak berlaku kerana mereka yang mahu menyertai BERSATU ini, mempunyai pengaruh mereka sendiri di kawasan masing-masing.

"Jika kita menolak mereka ini, ia akan memberi kesan kepada undi dan sokongan kepada BERSATU. Mereka ini boleh menambahkan undi kepada kita. Kita mahukan undi mereka ini untuk mengukuhkan kedudukan BERSATU dan PH," katanya dalam sesi wawancara bersama Editor Kanan media tempatan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan parti komponen dalam PH supaya BERSATU tidak menerima pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti berkenaan.

Sebelum ini, dilaporkan Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, mengingatkan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri supaya tidak mengambil pemimpin 'katak' merujuk kepada ahli UMNO Sabah yang keluar parti untuk menyertai BERSATU.

Tian Khiew juga membangkitkan bahawa beliau pernah mendengar Dr Mahathir menggelar pemimpin UMNO sebagai 'tidak berguna' dan 'sampah' sewaktu pertemuannya dengan beberapa aktivis serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Rabu lalu, UMNO Sabah lumpuh apabila Pengerusinya, Datuk Hajiji Mohd Noor, bersama 13 wakil rakyat dan 21 ketua Bahagian meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sehari selepas itu enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti. Mereka adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Mersing); Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor); Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Turut dilaporkan menyertai BERSATU, veteran UMNO, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Mengulas mengenai kebimbangan pemimpin parti komponen PH dengan perkembangan terbaru itu yang menyebabkan UMNO bakal mengambil alih kepemimpinan BERSATU, Dr Mahathir berkata, beliau memberi jaminan UMNO tidak akan sama sekali mengambil alih kedudukan BERSATU atau parti lain dalam PH.

"Kami bukannya secara mudah mahu mengambil pemimpin UMNO. Kami bukannya mengambil pemimpin UMNO secara semberono.

"Ini kerana tiada tempat diberikan kepada kepemimpinan UMNO yang ada kes di mahkamah; menjadi penyokong tegar Najib dan mereka yang pernah menyumpah seranah pemimpin BERSATU dan PH termasuk yang melabelkan saya dengan pelbagai gelaran. Ini bermakna bukan sesiapa saja bebas untuk menyertai BERSATU," katanya.

Beliau menjelaskan beberapa syarat perlu dipatuhi sebelum Ahli Parlimen UMNO diterima masuk dalam BERSATU seperti perlu meninggalkan UMNO dan menjadi ahli bebas terlebih dulu serta perlu menunjukkan sokongan kepada kerajaan PH.

"BERSATU akan menilai sikap ahli Parlimen ini sebelum diterima masuk ke dalam BERSATU. Satu lagi syarat, mereka yang menyertai BERSATU tidak akan diberikan apa-apa jawatan dalam parti.

"Pada masa depan, mereka boleh bertanding merebut jawatan tetapi pada masa ini, mereka tidak sama sekali akan diberikan sebarang jawatan yang ada dalam parti, ketika ini termasuk menggantikan pemimpin sedia ada dalam parti. Mereka boleh menyertai BERSATU sebagai ahli biasa, tanpa memegang apa-apa jawatan," katanya.

Dr Mahathir turut mengingatkan supaya tidak semua ahli UMNO dipersalahkan atas kesalahan yang dilakukan kepemimpinan parti itu.

"Ini kerana ada antara mereka yang komited kepada perjuangan parti dan mereka ini hanya menjadi pengikut, kepemimpinan parti yang menentukan hala tuju parti. Sebagai pengikut parti, mereka tidak terbabit langsung dalam membuat formula dan dasar berkaitan parti. Mereka ini orang biasa yang terpilih menjadi calon dan terpilih serta menang pilihan raya.

"Sekarang mereka sudah melihat ada tuduhan yang berat ke atas Najib (Datuk Seri Najib Razak), mereka nampak UMNO bukan lagi parti seperti dulu dan tidak lagi berjuang dalam landasan perjuangan asalnya, jadi mereka memutuskan untuk keluar parti.

"Ada antara mereka ini masih berminat terbabit dalam politik, maka mereka mahu menyertai BERSATU tetapi menyatakan enggan memegang apa-apa jawatan dalam parti termasuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang," katanya.

Mengulas mengenai kebimbangan kemasukan pemimpin UMNO ke dalam BERSATU satu perkembangan yang tidak sihat untuk parti, katanya kebanyakan yang mahu menyertai BERSATU bukan hanya dalam kalangan pemimpin UMNO.

"Ada dalam kalangan mereka ini hanya pengikut saja, jika ada pemimpin pun hanya satu dua orang saja. Pemimpin UMNO yang mahu menyertai BERSATU tidak mudah mempengaruhi cara parti ini.

"Kebanyakan pemimpin yang ada dalam BERSATU hari ini, pernah juga menjadi pemimpin dalam UMNO, namun mereka ini mempunyai pemikiran mereka sendiri dan mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan cara UMNO ini," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bekas UMNO mahu masuk DAP, kena bertaubat dahulu - Kit Siang



ISKANDAR PUTERI 15 Dis. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menolak pintu parti itu daripada menerima mana-mana Ahli Parlimen UMNO namun mereka perlu bertaubat terlebih dahulu.

Menurut beliau, individu berkenaan bagaimanapun perlu sedia disiasat dan jika didapati bersalah tindakan undang-undang perlu diambil ke atas mereka.

"Mereka (ahli UMNO) dahulu yang menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak perlu bertaubat, mengaku salah kerana tidak faham skandal 1MDB dan menyokong agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Namun jika mereka terlibat dengan gejala rasuah dan didapati bersalah, mereka perlu menghadapi proses kehakiman," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata demikian selepas menghadiri Kem Pendidikan Kemanusiaan dan Kemajuan Pembangunan di Dewan Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Pewaris Melayu : Apakah yang penulis baca ni betul???? Hahhaa



Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Biarkan Mereka Pergi - UMNO Masih Ada Kesatria Yang Bermaruah



Oleh rmf (Jejakmelangkah)
 

Soekarno pada tahun 1920-an. Soekarno pernah menulis: "Maka tidak lebih dari wajibmu apabila kamu memperhambakan, memperbudakkan dirimu kepada Ibu Indonesia, menjadi putra yang mengikhlaskan setiamu kepadanya." 

Begitulah pengorbanan yang teraksa dilakukan oleh setiap pemimpin UMNO yang masih tinggal. Bukan sahaja ianya amanah dan tanggungjawab malah ianya lebih daripada itu.

Harus diingatkan bahawa pemimpin yang berada diatas sana adalah diibaratkan sebagai pahlawan atau kesatria , Apabila kesatria maka seharusnya ada tugasan yang lebih penting dari diri sendiri.

Apa tugas kesatria? Tugas kesatria adalah berjuang. Tugas kesatria adalah bertempur, kalau perlu. Tugas ksatria adalah menyelamatkan, mempertahankan tanah airnya. Ini adalah tugas kesatria.

Ya benar,  didalam politik kamu punya saudara sendiri, kamu punya ipar sendiri, kamu punya bapa saudara dan semua yang bertali darah dengan kamu, , tetapi jangan lupa tugasmu sebagai ksatria. Kerjakan  kewajiban sebagai kesatria dan bukan untuk pertalian darah  tetapi untuk rakyat sejagatnya

Geopolitik orang Melayu semakin menekan kedinding, ramai pemimpin UMNO yang hanya melaungkan kesetiaan mereka didalam ruang litup Dewan Merdeka  sudah lari dari medan perjuangan yang sebenarnya.

Mereka, Ahli parlimen yang hanya lebih mementingkan jawatan dan kesenangan dari berusaha untuk membela rakyat yang kini sedang diasak dari kepelbagaian sudut yang menyiksakan semenjak kerajaan idaman anak muda ditubuhkan.

Rata rata pemimpin UMNO yang kini sudah bertukar arah tidak memikirkan semua itu, malah  habuan dan ganjaran yang ditawarkan telah mengelapkan mata mereka sehingga sanggup membelakangkan rakyat yang meletakkan kepercayaan terhadap mereka.

Kepercayaan ini dirobek sehancurnya dan mereka terus mengejar jawatan dan  sanggup menjadi hamba politik dan bersujud dikaki musuh Melayu Islam iairu DAP bersama PPBM yang kini diterajui oleh Mahathir.

Walaupun berpuluh alasan yang diberikan oleh  mereka yang telah mengkhianati UMNO, Namun apa yang amat jelas dimata mereka  ialah menyelamatkan diri masing masing setelah Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah mereka yang keluar dari UMNO ini  boleh dikatakan terlibat dalam banyak  skandal menyentuh amanah, rasuah dan integriti, , malah ada pemimpin yang terlibat dan berlaku pada skala yang begitu besar; dilakukan.

Jadi hikmat daripada kejadian lompat dan keluar dari UMNO ini adalah satu penilaian aspek-aspek jujur, amanah, harga diri dan maruah. Amat jelas sekali bahawa UMNO sedang melakukan pemutihan secara total dari rohani dan jasmani perjuangan individu yang sebenarnya.

Kini baru 7 bulan BN/UMNO menjadi pembangkang, nilai kesetiaan dan perjuangan dinilai oleh rakyat, siapa diantara pemimpin   yang tinggal mampu mengharung gelombang penyatuan bangsa dan meyelamatkan hak hak bangsa.

Jika baru 7 bulan sudah bebaris yang keluar dari medan pertempuran, maka jangan kita hiraukan masih banyak lagi ahli dan anak muda yang berani  dan mampu menerajui UMNO demi perjuaangan bangsa ini.

Sementelahkan sehingga hari ini bangsa Melayu sedang ditindas sehebatnya, dianiaya sehebatnya, tiada satu pun pemimpin yang berani menyuarakan bantahan dan semuanya sudah bisu.

Pemimpin UMNO yang sujud dikaki dan menyuarakan kerja sama bersama PPBM,DAP dan mengharapkan jawatan semula ini seharusnya dilebelkan sebagai pengkhianatan kepada bangsa Melayu.

Pemimpin yang lompat ini boleh saya kategorikan penjual bangsa untuk kekayaan dan jawatan, mereka bukan lupa apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Singapura. Tetapi hanya kerana  jawatan mereka ini gadai segalanya.

PAP iaitu DAP pun sedang berusaha giat untuk mengaburi mata orang Melayu demi undi yang akhirnya akan meranapkan orang Melayu di tanah mereka sendiri. Lihat sahaja kebanjiran penduduk Cina dan daftar undi orang-orang Cina di Pulau Pinang dan bagaimana orang Melayu semakin lama semakin kurang di Pulau Pinang.

Mahukah kita gadaikan Pulau Pinang kepada kafir DAP dan jadi seperti di Singapura. Walaupun ada lagi totok pembangkang yang percaya dengan kata-kata tokong Lim Guan Eng yang Pulau Pinang semakin maju atas usaha DAP padahal beliau mengambil kredit pembangunan di Pulau Pinang yang sebenarnya hasil pemerintahan BN dulu,

Sekali gus pemimpin yang melompat ini telah  membuka mata dan telinga dan bersetukju dengan agenda  Lee Kuan Yew juga suatu ketika dahulu pernah lakukan perkara yang sama. Bagaimana Lee Kuan Yew hendak mengambil hati orang Melayu ketika PAP belum lagi mendapat kuasa.

Harus diingatkan lagi,sebagai pemimpin yang masih ada didalam UMNO, seharusnya  terus melakukan kerja dan bukan setakat dikawasan  sahaja, Merancang sesuatu agar orang Melayu yang tertindas kini agar dapat pembelaan yang sewajarnya.

Bangsa Melayu perlu berani melakukan perubahan minda secara radikal dalam mengharungi cabaran landskap negara yang kini telah berubah secara fizikal, sosial, ekonomi dan politik dan bukan menjadi satu bangsa yang tiada pegangan dan membunuh bangsa sendiri demi kepentingan diri.

Sisa sia perjuangan yang tinggal sekarang ada didalam minda kita sendiri, samada kita mahu  terus berjuang dan melakukan perubahan drastik atau sebaliknya. Namun demikian harus diingatkan  bahawa pemimpin Melayu juga memerlukan kaedah perjuangan baharu untuk memastikan kesinambungan perjuangan bangsanya dalam menghadapi cabaran yang dihadapi selepas kekalahan PRU14 yang lalu.

Kini politik bangsa Melayu bukan  sahaja berhadapan dengan geopolitik alaf baru , malah  ianya digabungkan dengan fahaman dan agenda barat dan nilai komunisme  dalam politik. Mungkin ramai anak muda tidak sedar hal ini.

Jika dalam fahaman dan strategi komunis yang banyak kali kita baca  memusnahkan individu atau karektor dilakukan secara  bersistem. sebagai contohnya komunis akan mencari jalan supaya timbul dalam pertubuhan ini perasaan curiga dan mencurigai antara satu sama lain untuk mencapai strategi mereka dengan menjatuhkan seseorang.

Komunis juga akan menjalan cha­racter assignation terhadap sasar­annya hingga mencemarkan nama seseorang di kalangan rakan-rakan karib mereka untuk memboleh­kan penyingkiran berlaku terhadap seseorang.

Sekarang kita sedang berhadapan  dengan fahaman komunis dan bukan lagi dengan komunis didalam hutan. Fahaman ini menyerap didalam minda pemimpin dengan pelbagai alasan untuk disembunyikan.

Kebijaksanaan  menggunakan akal dalam satu-satu keputusan jika ianya tidak melibatkan keseluruhan kepentingan bangsa , hal ini tidak lah sangat dfihiraukan , Namun pengkhiantan dan tindakan pemimpin UMNO ini adalah pengkhiantan terhadap bangsa Melayu keseluruhannya.

Perkara yang besar yang perlu kita lihat adalah membuat keputusan dengan bijak. Keputusan ini yang akan menentukan adakah kita akan berjaya atau tidak di masa hadapan. Keputusan jenis ini yang masyarakat melayu lemah dan sering berlaku kepada masyarakat melayu.

Mereka tidak melihat akan akibat dari keputusan atau mereka tidak memikirkan dengan dalam keputusan yang mereka akan buat itu. Mereka selalu memikirkan cara mudah dan senang untuk menyelesaikan masalah dan pada pengakhirnya akan memakan diri sendiri.

Perjuangan yang dimaksudkan bukanlah berjuang menghulurkan keris ataupun senapang. Akan tetapi perjuang dari segi ekonomi dan hak kita. Kita lupa akan hak-hak kita sebagai orang melayu.

Oleh yang demikian, sisa pemimpin yang ada didalam UMNO harus istiqomah dalam perjuangan bangsa dan biarkan mereka yang telah lari dari medan pertempuran  bangsa. Biarkan mereka dengan alasan mereka.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Jangan biar UMNO terus bercelaru



JOHOR BAHRU 13 Dis. - UMNO tidak seharusnya dibiarkan berterusan dalam keadaan bercelaru selepas pemimpin UMNO Sabah keluar parti secara beramai-ramai kelmarin kerana dikhuatiri boleh melenyapkan terus parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya masalah gagal dipulihkan dan tiada pembaharuan dilakukan, tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih buruk dan teruk.

''Kesusutan pengaruh UMNO bukan sahaja akan menjadi lebih parah, malah akan mematikan parti perjuangan orang Melayu ini dalam sedikit masa lagi.

''Justeru, saya menyeru agar peristiwa yang berlaku di Sabah ini menjadi pencetus pembaharuan yang sangat didambakan oleh ahli UMNO dan orang Melayu.

''UMNO tidak bo­leh terus berdolak-da­lik dan hidup dalam penafian. Ke­pemimpinan, hala tuju serta pemulihan parti mesti menjadi agenda yang diterjemahkan secara tegas dan serius. Parti ini hanya akan dapat diislahkan dengan kepimpinan yang berwibawa, berkesan dan berintegriti,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, bekas Menteri Besar Johor itu mahu Majlis Tertinggi UMNO mencari jalan pencerahan bagi menangani perkara tersebut dengan segera.

Katanya, ternyata ramai pemimpin UMNO tatkala kehilangan kuasa menjadi sangat rapuh dan hilang pedoman perjuangan.

''Selaku pemim­pin, kita sepatutnya mempamerkan ketahanan dan kesungguhan untuk bersama-sama membetulkan parti. Andai ada langkah yang canggung, janganlah lantai yang dipersalah. Andai ada yang lemah dalam perjuangan bangsa, janganlah yang dibuang itu wadahnya,'' katanya.

Anwar: Pre-emptive to say Umno defectors joining PPBM, they met PKR as well

(The Star) PETALING JAYA, Dec 13 — It is pre-emptive to assume that the Umno members who left their party will be joining Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said today.

In a press conference here, the Port Dickson MP also revealed that PKR too had been approached by "quite a number" of Umno leaders, adding, however, that his party would not welcome the defectors.

"Firstly, we are pre-empting the fact that they may join PPBM, which is not the case now, but whatever the consensus, we must appreciate the fact that this is a reform government," Anwar told reporters.

He also requested that PPBM consider the issue of integrity when accepting the Umno defectors.

"We are committed to the Pakatan Harapan (PH) agenda. The issue of integrity and the need to continue to take effective measures must be pursued, but it is, of course, up to PPBM to consider these views.

"As a rule, I can only say for PKR. PKR has been approached. I do meet them, and in politics although some people express their displeasure about meeting, I don't understand. They can join parties but they can't meet?" Anwar asked.

He added that he would also not be discussing the Umno defectors with PKR's leadership.

"We have not accepted, and I don't intend to pursue this with the leadership to consider. I don't think it is proper for me to name them. But I do appreciate the fact that they did approach, but I made it very clear to them that we are a party committed to reforms," he added.

Anwar said he also advised the Umno defectors to allow PH to pursue its reform agenda, without "any hindrances".

Even though Umno won a respectable 54 seats in the 14th general election, the party has been bleeding lawmakers, since its first-ever loss of federal power, numbering at 10 MPs so far.

Sabah Umno lost yesterday nine out of its 10 assemblymen, four out of its five MPs, and most of its state liaison committee, with the defectors pledging support towards Prime Minister and PPBM chairman Tun Dr Mahathir Mohamad's leadership.

Previously, six MPs left Umno, three of whom — Jeli MP Datuk Seri Mustapa Mohamed, Bagan Serai MP Datuk Noor Azmi Ghazali, and Masjid Tanah MP Datuk Mas Ermieyati Samsudin — joined PPBM.

Another, Labuan MP Datuk Rozman Isli, joined Warisan.

PKR has 50 seats in Parliament, while PPBM has 16.

Pewaris Melayu : Apa yang berlaku pada UMNO hari ini adalah sangat - sangat mengecewakan terutamanya selepas demo Penyatuan Ummah 8hb Disember yang lepas. Sepatutnya, UMNO harus dikendalikan oleh pemimpin yang betul-betul tegas dan ada visi untuk bersama-sama pembangkang yang lain untuk melawan kerajaan PH. Tapi apa yang berlaku ini menyebabkan PH menjadi lagi kuat dan pembangkang UMNO semakin lemah. 

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .