Signal Bermulanya ‘Coup D’état’ Jelmaan DAP

BERIKUTAN pendedahan PAS berkemungkinan besar akan berlakunya undi tidak percaya terhadap kepimpinan Tun Dr Mahathir dalam sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung tidak lama lagi, pimpinan utama DAP, PKR dan PAN mula gelabah dan masing-masing menafikan akan berlaku mahupun merancang perkara tersebut. Baik Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Mat Sabu, kesemua mereka menafikan perkara tersebut.

Akibat daripada pendedahan tersebut, selain daripada beria-ia menafikan perkara tersebut serta gerakan mereka dihidu Tun Dr Mahathir, mereka tiada jalan lain selain menggerakkannya agar tidak dipatahkan di tengah jalan yang membawa bencana lebih buruk kerana mereka tahu akibatnya. DAP paling awal menzahirkannya dengan bekas Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menggesa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

In Learning To Govern, Pakatan Hitting Obstacles In Shaping The Narrative

A survey by think tank Ilham Centre released in January showed close to two-thirds of Malay respondents disapprove of the PH government because they believe minorities are in control.
Syed Jaymal Zahiid, Malay Mail Online

Now that the afterglow of winning the 2018 general elections has all but vanished, the daily grind of running the country is teaching the ruling coalition several hard lessons.

As the then-Opposition, Pakatan Harapan (PH) had adept party operatives who devised clever media strategies that helped shape public perception, and this helped vault the coalition into power.

But as the 2018 election victors settled into their new roles and cosy government offices, its message machine appears to be in a muddle.

“Our communications strategy has not been up to mark as a whole,” Ong Kian Ming, DAP’s Bangi MP and now Deputy Minister of International Trade, said in an email to Malay Mail.

“The attention has been shifted to learning how to govern rather than to focus on our media strategy to attack our opponents it probably doesn’t help that many of our (DAP) communications staff have found new opportunities.”

Posted in , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Dr M ragu dengan manifesto ‘populis’ sebelum PRU14, kata menteri


(FMT) PETALING JAYA: Seorang menteri berkata kebimbangan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang bagaimana manifesto gabungan itu ditulis pada pilihan raya umum ke-14 lalu telah diabaikan, dan kini terdapat suara dalam parti pemerintah itu yang mula mempersoalkan kegagalan kerajaan memenuhi janji pilihan raya.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata Dr Mahathir mengatakan manifesto itu “terlalu populis” dalam usaha gabungan itu memenangi hati pengundi.

“Tun meminta pasukan untuk menulis daripada perspektif pentadbiran negara berbanding retorik sebagai pembangkang,” kata ahli Majlis Tertinggi PPBM kepada FMT.

Redzuan memberi maklum balas terhadap desakan pemimpin DAP Johor agar perdana menteri meletak jawatan kerana gagal memenuhi janji pilihan raya.

Boo Cheng Hau, yang juga ahli jawatankuasa DAP Johor, menyelar Dr Mahathir kerana memperlekehkan janji dalam manifesto PH.

Posted in , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Tertunai ke janji Dr Mahathir untuk Anwar?


Salah satu kepakaran dan kehebatan Tun Mahathir Mohamad yang tidak ada pada mana-mana pemimpin lain sama ada di Malaysia juga di dunia, ialah keupayaannya memungkiri janji serta mencipta alasan bagi menghalalkan tindakan  itu.

Ketika bersara pada 2003, Tun Mahathir berjanji akan menjadi pesara sepenuhnya serta tidak akan mengganggu tugas-tugas penggantinya, Tun Abdullah Badawi.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .