Guan Eng langgar polisi CAT ciptaan DAP



KUALA LUMPUR – Kelulusan 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion yang diluluskan secara rundingan terus yang didedahkan oleh Menteri Kewangan bukan sahaja mengejutkan tetapi juga bertentangan dengan polisi CAT (Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini.

Kelab Jaringan Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KAGUM) yang memandang serius dengan pendedahan berkenaan berkata, ini memberi gambaran jelas penipuan telah dilakukan oleh pemimpin tertinggi DAP.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP seharusnya bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang diluluskan oleh kementerian yang pernah diterajui beliau.

"Sebagai pelopor kepada dasar CAT dan sebagai individu yang kerap memetik nama Khalifah Umar Abd Aziz sebagai panduan buat dirinya, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng seharusnya bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang telah diluluskan oleh kementerian yang diterajui beliau. Lebih
memeranjatkan, perolehan ini juga tidak dibentangkan dan dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet sebelum ini," kata Mohd Noshrullah Mohd Zabidi, Pengerusi Biro Pembangunan Insan KAGUM.

Menurutnya, KAGUM percaya banyak lagi kerosakan dan ketirisan yang lebih dahsyat telah berlaku dalam tempoh 22 bulan negara ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan.

KAGUM yang menyambut baik saranan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyiasat perkara ini agar sebarang penyelewengan dapat dibongkarkan turut menyarankan agar senarai 101 projek ini didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat ini.

Malah, pihaknya berharap mana-mana projek yang tidak memberi pulangan atau faedah terus kepada rakyat, dapat dihentikan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Senarai Penuh Menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin - Malaysia 2020

Sumber : Malaysiakini

Berikut senarai penuh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, seperti diumumkan sebentar tadi:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali (Bersatu)
Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator) (MCA)

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan Menteri: Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kewangan
Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakri (Umno)
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah (Umno)

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan Menteri: Dr Shahruddin Md Salleh (Bersatu)

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator) (MCA)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa Mohamed (Bersatu)
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup (PBRS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu)
Timbalan Menteri: Mastura Yazid (Umno)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Takiyuddin Hassan (PAS)
Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith (Bersatu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong (MCA)
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
Timbalan Menteri: Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator) (Umno)

Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan (MIC)
Timbalan Menteri: Awang Hashim (PAS)

Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa (Umno)
Timbalan Menteri: Dr Santhara Kumar (Bersatu)

Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Mohd Harun (Bersatu)
Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Pengajian Tinggi
Dr Noraini Ahmad (Umno)
Timbalan Menteri: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Dr Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
Timbalan Menteri: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Dalam Negeri
Hamzah Zainuddin (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Dr Ismail Mohamed Said (Umno)
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba (Umno)
Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu)
Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah (Umno)
Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dr Abd Latiff Ahmad (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad (Umno)
Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan Menteri: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah (Bersatu)
Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin (Umno)
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS)
Timbalan Menteri I: Dr Wee Jeck Seng (MCA)
Timbalan Menteri II: Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri (GPS)
Timbalan Menteri: Dr Jeffrey G Kitingan (Star)

Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique (Umno)
Timbalan Menteri: Tiong King Sing (GPS)

Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican (Umno)
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator) (Bersatu)

Nota: Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri. Menteri-menteri kanan akan membantu perdana menteri menjalankan tugas, termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ketik ketiadaannya dalam negara.  

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan baharu jangan campur urusan mahkamah: Annuar Musa


(BERNAMA) KUALA LUMPUR - Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampuradukkannya dengan kepentingan politik.

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin rasmi jadi perdana menteri ke-8


Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

- Bernama

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .