Najib : Penjelasan KFC contoh SST tidak telus



(Malaysiakini) Kenaikan harga produk restoran makanan segera KFC adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib dalam catatan Facebook berkata demikian berdasarkan penjelasan KFC bahawa kenaikan harga pada menu popularnya disebabkan penyelarasan harga selepas SST.

“Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus.


“Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cukai kerajaan dikutip sebagaimana sistem GST,” kata Najib.

Semalam, KFC memaklumkan pihaknya telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

Sebelum itu media melaporkan tular di laman-laman sosial mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.


Najib turut berkata walaupun harga sesuatu barang itu akan atau sudah naik, pelanggan tidak akan sedar memandangkan cukai yang dibayar tidak dinyatakan dengan jelas kepada pengguna.

Najib juga mendakwa, Menteri Kewangan Lim Guan Eng memainkan propaganda bahawa kebanyakan barangan dan perkhidmatan tidak dikenakan cukai SST atau bilangan lebih rendah berbanding GST juga tidak tepat.

“Boleh dikata hampir semua barang dan perkhidmatan yang dijual di Malaysia kini menerima kesan dari cukai SST.

“Setiap perniagaan perlu menanggung kos servis guaman, kos servis perakaunan, kos pengangkutan dan sebagainya dan semua jenis servis ini dikenakan cukai perkhidmatan 6 peratus di bawah SST,” kata Najib lagi.

Anggota Parlimen Pekan itu turut berkata, dibawah GST, semua cukai dan servis boleh dituntut balik oleh peniaga tetapi tuntutan seumpama ini tidak dibenarkan di bawah SST.

Justeru Najib berkata, pengguna menerima kesan dari cukai-cukai SST tersembunyi ini.

“Apabila kos mereka naik, maka pengguna yang akhirnya akan tanggung kenaikan harga sekaligus, kos sara hidup akan melambung,” katanya.

Najib turut mengakhiri status Facebooknya itu dengan mengungkapkan:




Untuk PH: Senyap-Senyap Tibai.

Untuk peniaga: Senyap Senyap Tambah.

Untuk pengguna: Senyap Senyap Terkena.

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .