Waytha Moorthy, hilang kredibiliti dalam Kabinet



KUALA LUMPUR 21 Dis.- Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy telah hilang kelayakan sebagai menteri malah telah menjadi watak yang memecah-belahkan.

Sehubungan itu, jelasnya, Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu perlu meletakkan jawatan daripada terus membebankan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Malah sekarang pun saya setuju dengan sentimen umum bahawa Waytha Moorthy telah hilang kelayakan dan kedudukan untuk terus menjadi menteri apatah lagi menteri yang menjaga perpaduan nasional.

"Beliau telah menjadi watak yang memecah-belahkan (divisive). Eloklah beliau menarik diri secara sukarela daripada membebankan Dr. Mahathir, walaupun Tun berkata beliau 'puas hati' dengan Waytha Moorthy," katanya menerusi catatan terbaharu di blognya https://kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Tambah A. Kadir lagi, Waytha Moorthy telah mensia-siakan peluang dan penghormatan yang tinggi diberikan kepadanya untuk menjadi anggota Kabinet.- UTUSAN ONLINE.

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .