Memaparkan catatan dengan label 16 september. Papar semua catatan

S'wak jalan baru ke Putrajaya

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."
PEWARIS KATA : Mungkin dia nak cover balik malu yang dulu kot.. kes 16 September dah memburukkan nama Anwar, sekarang ni dia nak realisasikan impian dia nak jadi PM. PM (pakar menipu) dah jadi, lani dah usha nak jadi PM (Prime Minister) pulak.

Anwar berusha nampaknya nak menarik MP Sarawak menyertai Pakatan Rakyat setelah Sabah dah memalukannya, sampaikan ada rombongan cari katak - katak ke Taiwan. Aduhai, kesiannya kepada Bro Anwar bin Ibrahim.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.
PEWARIS KATA : Kenapa dia tak dedahkan nama - nama katak yang nak melompat tu? Adakah isu basi ni nak dihangatkan semula oleh Anwar? Benarkah ada katak yang mahu melompat?

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar. baca lagi
PEWARIS KATA : Allah tidak menyukai hambanya berperngai hasad dengki dan takabbur. Kita tunggu dan lihat, impian kerajaan pintu belakang Anwar berhasil atau tidak.


SUMBER : MALAYSIAKINI

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Kalaulah peralihan kuasa 16 Sept terjadi..

Penulis teruja menantikan saat peralihan kerajaan Rasmi (BN) kepada kerajaan Lubang Belakang (PR) semalam (16 Sept). Anwar, yang mendakwa dirinya akan menjadi Perdana Menteri pada tanggal 16 September 2008 amat malu sehinggakan tak ada modal lain nak dikatakan, selain menduduh pihak lain yang menggagalkan impian "Mat Jenin"nya itu.

Allah Maha Besar.. Allah Maha Besar.. Jika Allah mentakdirkan 16 September Anwar akan jadi PM, ia pasti akan jadi dan jika Allah tidak mengizinkan makhluknya melawan qada dan qada-nya, perkara tersebut pasti tidak akan terjadi.

Jika semalam (16/9) Pakatan Rakyat dapat menjatuhkan Kerajaan BN, maka, perebutan kuasa antara PAS-PKR-DAP mesti akan terjadi. Rujuk gambar dibawah:

Mungkin perkara ini akan terjadi jika PR menjadi kerajaan persekutuan kerana perkahwinan paksa antara PKR-PAS-DAP tidak direstui oleh ahli-ahli Pas yang tidak menyukai Anwar dan benci akan perjuangan DAP yang menentang Islam dan ingin memartabatkan Malaysian Malaysia di Malaysia.

Poltik, Segalanya mungkin terjadi.

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

16 September! Anwar bergelar PM!!

Anwar menjadi PM juga pada 16 September 2008! Bukannya Perdana Menteri, tapi Pakar Menipu. Tapi, segalanya tak mustahil dalam poltik ni. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Anwar tak akan jadi PM! Itu kenyataan Dr.M yang diulang banyak kali. Hmm..Anwar, Anwar.. Jangan jadi macam Prevez Musharaf di Pakistan!

Bulan puasa ni, elok kita perbanyakkan amal ibadah kepada Allah, bukannya tambahkan lagi kacau bilau dalam negara. Kalau kemaruk kuasa sekalipun bang Nuar, ingatlah Tuhan sama..

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Lompat Parti dan DEMOKRASI

Artikel dipetik dari NurulIzah.com

Majlis Peguam, Harris Ibrahim dan Sean Ang dilaporkan dalam New Straits Times pada 10 September 2008 sebagai berkata Ahli-Ahli Parlimen yang mahu berhijrah ke parti lain adalah sah di sisi undang-undang, tetapi tidak bermoral.

Menjawab perkara ini, adalah perlu untuk menarik perhatian kepada beberapa prinsip-prinsip asas menyentuh persoalan moraliti penghijrahan MP-MP:

1) Penghijrahan ke sebuah parti politik lain sebagai seorang MP bukanlah sesuatu yang baru dalam demokrasi berparlimen. Sekiranya MP terbabit berhijrah bukan atas dasar kepentingan diri, tetapi atas nama kepentingan penduduk yang diwakilinya, maka tindakan beliau itu harus dipuji.

2) Terdapat dua jenis sistem pilihanraya yang utama dalam dunia demokrasi:

Pertama ialah sistem constituency-based . Melalui sistem ini, para pengundi di kawasan setempat atau kerusi melantik seorang calon individu. Calon yang menang undi majoriti di kerusi-kerusi mereka dilantik sebagai Ahli Parlimen. Parti yang mendapat jumlah kerusi terbanyak membentuk kerajaan. Dalam sistem ini, MP-MP berkenaan yang menduduki kerusi, bukan parti. Ini bermaksud, MP boleh berhijrah dan masih mengekalkan kerusinya.

Kedua ialah sistem proportional representation. Melalui sistem ini, para pengundi di suatu kawasan yang luas, misalannya, sebuah daerah atau negeri mengundi untuk parti-parti politik. Parti politik yang berkenaan memilih individu yang akan menjadi MP. Setiap parti diperuntukkan jumlah kerusi mengikut jumlah undi yang diterima dalam Pilihanraya Umum. Melalui sistem ini, kerusi tersebut milik parti dan MP yang melompat terpaksa meninggalkan kerusi yang dimenanginya.

Sistem pilihanraya yang digunakan di Malaysia adalah sistem constituency-based. Sistem constituency-based menyediakan wadah untuk individu, bukan sahaja parti politik, untuk menjadi calon pilihanraya ke Dewan Rakyat. Ini ditonjolkan dengan jelas, apabila calon Bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik, dibenarkan bertanding.

Lantaran itu, tiket parti adalah permuafakan calon-calon individu yang menganut dasar atau ideologi yang sama. Pokoknya, para pengundi memilih calon berdasarkan dasar beliau, kemampuan beliau, dan komitmen beliau.

3) Hujah tiket parti juga gagal memberi kesan kepada peruntukan Artikel 43(1) dan 43(4) Perlembagaan Persekutuan. Artikel 43(1) memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang pada pertimbangan baginda mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat. Artikel 43(4) memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk membubarkan kabinet beliau sekiranya dia tidak lagi mewakili keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Berdasarkan dua peruntukan ini, secara langsung menjelaskan bahawa sistem dan operasi pilihanraya negara, bahawa para pengundi memberi mandat kepada 222 anggota Parlimen untuk menentukan siapa di kalangan mereka yang layak menjadi Perdana Menteri. Tempoh khidmat 222 MP ini dan kuasa mereka telah ditetapkan. Ia berlanjutan sehingga Pilihanraya Umum seterusnya tiba.

Tempoh khidmat Perdana Menteri bagaimanapun tidak ditetapkan dan tidak boleh tidak disanggah. Ia bergantung kepada sejauh mana keyakinan 222 MP kepada Perdana Menteri sepanjang tempoh Parlimen.

Dalam erti kata lain, keyakinan terhadap Perdana Menteri boleh sahaja terhakis dan berubah. Ini bergantung kepada pelbagai faktor termasuk apakah Perdana Menteri tidak berkemampuan, lemah, atau gagal menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan rakyat, atau gagal melaksanakan dasar-dasar, atau tidak lagi mewakili keyakinan rakyat, atau terdapatnya perubahan pendapat di kalangan orang-orang awam berkenaan pentadbiran Perdana Menteri.

Kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri termasuk, serta memerlukan, anggota-anggota Parlimen berhijrah. Pilihan untuk berhijrah ini adalah untuk memastikan hanya Perdana Menteri yang berkemampuan sahaja berkhidmat sehingga pembubaran Parlimen. Demikian itu, adalah menjadi tanggungjawab moral MP berkenaan untuk melompat sekiranya ia dilihat perlu bagi memastikan Perdana Menteri yang lemah tidak mentadbir negara ini. Lantaran itu, hak anggota Parlimen untuk berhijrah ke wadah yang dipercayai, seraya membawa kepada kejatuhan sesebuah kerajaan, adalah jelmaan hasrat rakyat.

4) Penghijrahan membuka ruang kepada demokrasi, dan mendesak kepimpinan negara supaya lebih sensitif kepada hasrat masyarakat semasa Parlimen berlangsung. Sekiranya tidak, pihak Eksekutif akan bertukar kepada rejim autokratik, yang tidak kenal erti takut, kerana sedar bahawa ia tidak perlu bertanggungjawab kepada naluri rakyat sehinggalah PRU tiba - lima tahun kemudian.

William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang
Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dulu Lain.. Sekarang Lain..

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Roger-roger! Katak sudah dapat dikesan!


Amboi, sekarang makin ghairah nampaknya ketua Pakatan Rakyat mahu menakluk Malaysia. Terbaru, penangkap katak upahan PKR, sedang dalam perjalanan ke Taiwan untuk menangkap katak-katak kerajaan yang kini terbang ke negara tersebut.

Adakah misi penangkap katak upahan PKR akan berjaya membawa balik Katak sebanyak yang dikehendaki oleh boss mereka? Sama sama kita nantikan episod seterusnya dalam drama Dari Permatang Pauh ke Putrajaya.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

HARAKAH: 16 September - Sukar BN untuk gagalkan - Anwar

HARAKAH, KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) -Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini.

Kebangkitan rakyat ke kegilaan kuasa Anwar Ibrahim?? Rakyat tak bangkit kalau tak dicucuk oleh pengkhianat bangsa..

Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

Harap maklum, ini bukanlah satu PROSES PERALIHAN KUASA, ini adalah salah satu proses MENJATUHKAN KERAJAAN atau bahasa pasarnya ialah RAMPASAN KUASA. Rakyat dah bagi mandat kepada BN untuk memerintah pada PRU12. Kenapa PR sanggup meliwat proses DEMOKRASI di Malaysia??

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.

Penulis akan mengubah maksud sebenar Anwar "Saya tak dapat lagi la nak pancing katak BN. Depa dok holiday kat taiwan nuhh.. Buat masa nih, kita tukaq la pi tarikh baru, 20hb ka, 30,hb ka, bulan 10 ka, lepas raya haji ka"

"DAP kata kalau saya nak "suap" AP BN, depa tak mau sebab apa, DAP mau AP BN yang benar-benar ikhlas. Tapi saya rasa, kalau nak tunggu depa (AP BN) nak lompat secara ikhlas, sampai tunggu kucing bertanduk pun depa (AP BN) tak akan lompat ke PR. Sebab tu la saya kana "suap"sikit AP-AP yang mata duitan dan gila kuasa macam saya (gelak - gelak nakal)

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ya lah, plan tak jadi, katak pegi honeymoon. Aiseh, nak tunggu Bapak Katak guna plan B! Tula kami bincang lama sikit..

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini.

Depan media, berjalan lancar lah, tapi hakikatnya diorang kelam kabut, maklumlah, katak dah tak ada dalam Malaysia.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti KeADILan, PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

Pakatan Rakyat bukanlah satu parti mahupun gagasan pakatan yang berdaftar. Kenapa mereka layak memerintah negara (kerajaan persekutuan?)

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

Stok katak jenis lain banyak. Sebab tu la dia yakin sangat

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya. - mks.

Posted in , , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Selamat Kembali Pahlawan Melayu

  • Alhamdulillah, akhirnya Dr.M mahu kembali ke pangkuan UMNO. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Dr.M untuk selamatkan kembali UMNO yang makin lama, makin lemas yang dinahkodakan oleh Pak Lah.
  • Penulis berharap, kemasukan kembali Dr.M kedalam UMNO akan memperkasakan kembali kewibawaan UMNO dan berharap tiada lagi perselisihan / perbalahan Dr.M dengan Pak Lah.
  • Bagi penulis, kemasukan Dr.M kedalam gelanggang UMNO akan mempertemukan buku dengan ruas, Mahathir-Anwar. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Penulis juga berharap Dr.M akan membidas balik segala tohmahan liar dan jahat Anwar bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.
  • Pahlawanku, ayuh kembali ke medan perang. Perjuanganmu belum selesai. Ayuh, kita tamatkan riwayat si Jebat penderhaka.
P/S: Tok Det lawan tetap lawan!

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

16 September? 16/9/2008? 16/9/2009? 16/9/2010?.....

ANWAR IBRAHIM, BEKAS TIMBAlan Perdana Menteri Malaysia. Sebagai seorang BEKAS, Anwar yang disingkirkan pada tahun 1998 dari kerusi istimewa tersebut kini kembali semula menjadi ahli parlimen pada 28 Ogos lepas, melalui kerusi Permatang Pauh.

Cakap-cakap politik mengatakan Anwar akan berjaya menubuhkan kerajaan "pintu belakang" melalui Pakatan Rakyat (pakatan haram yang belum lagi didaftar) yang menggunakan 30ekor katak BN. ADui.. gawat..gawat..

Anwar begitu yakin seyakin yakinnya dia akan menjadi Perdana Menteri. Kenapa dia beria-ia mahu menjadi Perdana Menteri?

  • PM merupakan jawatan Anwar sejak kecil lagi. Anwar memang bercita-cita besar mahu menjadi PM. Setelah memperdajal dan menunggang UMNO, Anwar berjaya mendapat pangkat TIMBAlan PM.. Dah dapat pangkat BEKAS TIMBAlan PM pun cukup lah.. Rahmat dah tu.
  • Anwar nak balas dendam balik kepada Tun DR.M yang menyingkir dia pada tahun 1998. Kira macam cerita hindustan @ tamil la, hero mati hidup balik.
  • Anwar nak tunjuk bukti dia mampu jadi PM walau apa cara sekalipun. Habis semua dilondehkan oleh Anwar. Lama-lama bogel lah rakyat Malaysia esp orang Melayu. Semua bodoh-bodoh percaya fitnah si Nuar nih..
Anwar cadang 16 September nak bagi cuti pada semua negeri pentadbiran Pakatan Rakyat (baca: Pakatan Rapuh). Penang & Kelantan dah Set. Cuma Kedah dan negeri-negeri lain saja yang tengah fikir.

Kenapa Anwar beria-ria nak bagi cuti dan kenapa dia begitu syok pada 16 September?

Penulis tak mau komen panjang-panjang, 16 September pasti akan tiba.. Kita tunggu dan lihat.

Ya Allah, kau buka kan lah pintu hati rakyat Malaysia, yang diracuni oleh si pendusta, kaki belit dan pembawa fitnah. Kau rahmatilah kami rakyat Malaysia, kekalkanlah keamanan dan kemakmuran negara kami untuk masa-masa yang akan datang. AMIN

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

PKR jangka lebih 40 MP lompat parti

"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."

Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini. - M'kini

PewarisMelayu kata:
Anwar ibarat pemimpin agung, pemimpin yang berwibawa, dan pemimpin alternatif sebagai Perdana Menteri Malaysia, tapi dia kekurangan ahli didalam partinya (PKR) yang berwibawa untuk mentadbir negara ini.

Anwar bukannya seorang yang GENTLEMAN. Kita lihat langkahnya sekarang (tubuh kerajaan pintu belakang) dan mengambil calon/ahli BN secara paksa dengan mengumpan pelbagai habuan yang lumayan jika menyerai PR (sebutan: Pakatan Rapuh).

Anwar tergamak menggula-gulakan rakyat mahu menghapuskan DEB dihadapan orang cina, tetapi didepan orang Melayu dia begitu taksub untuk mempertahankannya. Anwar dalam misi ke Putrajaya dengan cara kotor. Kenapa ada RAKYAT dan ORANG MELAYU yang masih mempercayai Anwar?

Adakah tanggal 16Sept akan menjadi hari DARURAT seperti yang berlaku di Thailand? Adakah peristiwa 13 Mei dibimbangi akan berulang semula? kita lihat, taktik Anwar yang mahu melaga-laga kan bangsa dengan menggunakan Guan Eng untuk menaikkan kemarahan orang Cina.

Kenyataan Dato Ahmad (Bukit Bendera) mencetuskan kemarahan orang Cina dan menyebabkan keraguan ahli-ahli MP Cina yang berada didalam BN (GERAKAN dan MCA). Layakkah sekarang, Anwar dilabel sebagai HERO ataupun PENDERHAKA??

Layakkah ANWAR menjadi PERDANA MENTERI? Dr. Mahathir sudah pun mengeluarkan kenyataan "Saya akan keluar negara jika Anwar menjadi Perdana Menteri". itu Dr M, orang yang mempunyai harta dan mampu untuk meninggalkan negara, TAPI bagi KITA, rakyat biasa ni, nak lari kemana? Ini saja tanah air dan tempat yang sesuai untuk kita. Tak ada lagi tanah dan tempat untuk orang Melayu kalau tak MALAYSIA.

Hidup Anwar tak ubah seperti Musharraf, bekas President dan Perdana Menteri Pakistan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Musharraf? Dia didesak untuk melepaskan jawatannya sebagai President. Orang yang merampas kuasa, tak akan memerintah lama. Kita, rakyat Malaysia yang sedar dan mempunyai akal akan menentang sekeras-kerasnya penubuhan kerajaan pintu belakang, Pakatan Rakyat yang merupakan proksi Amerika dan Yahudi.

Anwar bukannya HERO! Tetapi dia adalah PETUALANG BANGSA dan PENGKHIANAT!!
Ini kah cara pembela Melayu, pemimpin rakyat, pembela Islam? Lagak baik, tapi diri sebenarnya PEROMPAK!

Posted in , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

Rampasan Kuasa - Abdullah selar Anwar


Semasa mengakhiri pembentangan bajet 2009, DS Abdullah Badawi menyelar tindakan parti pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya pada tarikh 16 September 2008. Abdullah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada BN untuk memerintah selama 5 tahun walaupun telah kehilangan majoriti 2/3 pada PRU12 yang lalu.

Dr. Mahatir sudah berkali - kali berkata Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada 16 September nanti. Beliau yang terkenal dengan sifat lantang bersuara mengkritik Anwar Ibrahim yang merupakan timbalanya sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Adakah Anwar akan berjaya membentuk kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti yang berlainan ideologi? Adakah Anwar akan dapat menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Alhamdulillah, tarikh 16 September 2008 jatuh pada bulan Ramadhan.. Semalam, ada sebuah laporan mendakwa ahli parlimen BN mula hantar SMS kepada Anwar dan tertarik untuk menyertai Pakatan Rakyat. Adakah kenyataan ini benar atau palsu? Ahli parlimen BN sudah berikrar dan berjanji untuk setia bersama kerajaan pimpinan Abdullah. Siap kumpul tanda tangan lagi sebagai bukti mereka berjanji tak berpaling tadah. Apakah yang sedang dirancang oleh Anwar untuk menjatuhkan kerajaan BN sebelum 16 September?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .