Memaparkan catatan dengan label anwar al-juburi. Papar semua catatan

Jom baca AMANAT Anwar Ibrahim menjelang PRU 13



MARI KITA BACA AMANAT ANWAR IBRAHIM YANG CLAIM DIRINYA BERSIH, SUCI MURNI DAN TAK ADA MASALAH MORAL LANGSUNG! Baca dan fikir. Nak gelak guling guling wei!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca dan memahami mengapa kita perlu bersungguh-sungguh menawan Putrajaya.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur satu lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?

Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
  • Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

  • Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

  • Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

  • Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

  • Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

  • Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

  • Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

  • Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

  • Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

  • Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.
Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
  • Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

  • Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

  • Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

  • Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.

Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-
  1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
  2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
  3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
  4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?
Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhirkata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!! SUMBER

Posted in , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

PANAS! Video aksi 18SX Anwar Ibrahim Vs Siam Doll tersebar!




Pergh!

Itu yang boleh penulis luahkan bila membaca entry terbaru Papa Gomo yang menjelaskan bahawa video seks Anwar Ibrahim Al-Juburi, Al Yahudi, Al-liwati, Az-Zinaai akan dikeluarkan dalam masa terdekat!!

Tak tahan! Tak sabar nak melihat belalai bengkok Anwar yang kononnya "mati pucuk" dan sakit belakang seperti yang didedahkan ketika perbicaraan sodomi Anwar - Saiful hujung tahun lalu.

Dalam masa yang sama, sahabat lama Anwar, Nalakaruppan hari ini mendakwa Anwar sekali lagi bukannya seorang Muslim yang baik dan juga merupakan biseksual. Sambil diterangkan bahawasanya rakyat Malaysia hanya tahun 30% kegiatan luar biasa Anwar dan beliau masih lagi menyimpan baki simpanan cerita tentang Anwar untuk didedahkan pada umum.lanjut

Posted in , , , , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar Ibrahim LOW CLASS!! Kantoi debat dengan KJ



Salam to all,

Kalau macam ni la kualiti ketua pembangkang nak jadi kerajaan dan perdana menteri, balik tidur lah wahai penjilat pakatan.

Orang suruh cakap dan buktikan dengan fakta, ni tak jawab dan putar belit sana sini.

Pewaris Melayu kata : Pembangkang Malaysia low class. Tak ada kualiti dalam membangkang!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BUKTI Anwar Ibrahim memang gila populariti!

Salam to all,

Angin tak ada, ribut tak ada tiba tiba je orang tua ni mengaku tindakan Najib tidak melaksanakan SBPA merupakan desakan daripada pakatan pembangkang. Mana nak letak muka ni? Dia ingat desakan pembangkang tu untuk kesejahteraan rakyat ke? Semua desakan pembangkang hanya bermotifkan politik, memecahbelahkan masyarakat dan memburukkan negara!

Jangan layan orang tua ni. Semua nak betul kat dia. Semua benda baik yang kerajaan buat semua claim atas desakan dan inisiatif daripada pembangkang yang lawan kerajaan.

Sejak bila pakatan utamakan rakyat? Selama ni melalak siang malam nak jatuhkan UMNO/BN sebab teringin nak ke Putrajaya je! Aha!

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar GAGAL liwat UMNO, kini BERJAYA LIWAT Pas!



APA yang sedang berlaku kepada Pas sekarang hampir menyerupai krisis yang menggugat pucuk pimpinan UMNO lebih 12 tahun lalu. Penerapan anasir-anasir Datuk Seri Anwar Ibrahim menggoncang Pas dan akan menghancurkannya jika kesedaran tidak mengatasi sentimen yang menutup akal dan mata terhadap kebenaran.

Bezanya cuma Anwar tidak sempat menukarkan nilai dan prinsip asal UMNO walaupun percaturan politiknya berjaya menyingkirkan semua halangan kepada kemaraannya, tetapi Pas telah berjaya dikuasainya sehingga menukarkan keperibadian, memesongkan akidah, menjadikan kepimpinan ulama hanya sebagai patung-patung dan Pas menjadi ultra liberal.

Halangan besar kepada Anwarisme iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali manakala Azizan menunggu giliran. Kepimpinan ulama umpama melukut di tepi gantang walaupun sesekali cuba tunjukkan Al ulama Warisatul Ambia (ulama mewarisi kenabian).

Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa masuk Anwar ke dalam UMNO pada 1982 dengan harapan akan menggelapkan masa depan Pas tetapi 18 tahun kemudian tangannya sendiri digigitnya.

Dr. Mahathir hampir keseorangan dalam saat kecemasan menghadapi cabaran genting terhadap kepimpinannya. Yang tinggal hanya mereka yang bersiap sedia untuk mengikut arus.

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

901 : Badrul amin "angkat" Anwar Ibrahim sebagai IMAM MAHADI!




"kita hanya perlukan satu lg syarat untuk bebaskan al aqsa"

"apadia?? perlu ada seorang pemimpin yang mampu menyatukan umat islam!! paling tidak menyatukan dunia arab"

"sudah adakah pemimpin itu tuan-tuan??"

"dimana agak agak??"

"apakah muamar gaddafi?tadak salah itu koboi tua sudah xboleh pakai."

"apakah apakah ahmadinejab di iran??lakh dia syiah xboleh jugak"

"apakah turki yang akan lead, akan memimpin dunia islam waktu itu??tdak, zaman turki sudah terlepas sudah berlalu, ya akhi"

"sedara penah dgar tak hadis nabi saw tentang kebangkitan islam di akhir zaman nanti datang dari belah mana??"

"dari belah mana??timur.."

"timur itu dimana, bukan di timor leste!"

"timur itu our region, ini ini timur"

"tapi banyak negara di timur ini"

"apakah di indonesia??bukan"

"singapore??oo jauh"

"brunei??lambat sangat"

"aaa thailand, filipine atau kalau tanya sy?"

"sy kata dia ada di??di malaysia."

"sudah adakah pemimpim itu saudara??"

"tanya sy, sy kata dia sudah ada."

"pemimpin itu sedang disiapkan"

"dia sedang melalui series of trials ujian"

"dia sedang di uji"

"satu peringkat ke satu peringkat"

"y kalau calang calang org menerima ujian itu sudah tentu lllame binasa"

"tetapi, dia seorg y kuat..makin di uji dia makin kuat!"

"dan sekarang ujianya peringkat akhir.."

"ujian kepada pemimpin itu di peringkat akhir, sedara"

"insyallah kalau lepas ujian ini dia akan bangkit memimpin umat"

"dan waktu itu insyallah kita akan meraikan pembebasan al aqsa..pemimpin itu sekarang ini menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"leading arab countries bukan negara arab y miskin miskin"

"negara arab y kaya kaya saudi dubai emirates abu dhabi ya"

"dia menjadi penasihat kepada beberapa buah negara arab"

"dia juga dihormati dibarat dan ditimur"

"dia boleh bercakap soal islam di pentas antarabangsa"

"org hormat pendirianya" "org hormat ketegasannya''

"dan org hormat prinsip agamanya"

"tidak lain tidak bukan"

"sedara anwar ibrahim"

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Anwar 901 : Bukti Anwar memang PENAKUT dan BERSALAH!


Belum tahu lagi keputusan mahkamah tentang Liwat II antara Saiful dengan Anwar, pencacai Anwar dah buat gerakan membela Anwar pada 9hb Januari nanti. 

Apa cerita? Kalau tak salah buat apa nak takut?

Apa yang penulis yakin, gerakan 901 nanti tak akan terjadi seperti Demo kes Liwat I dahulu. Orang Melayu dan ramai sahabat karib Anwar dah banyak keluar dan tak mempercayai dia lagi.

Mari kita saksikan puak puak upahan Anwar yang akan turun buat kacau pada 901 nanti. Yang pastinya lagi, beberapa gerakan mahasiswa upahan akan turun juga. Siapakah mereka? Tunggu.



Pewaris Melayu kata : 
Puak pencacai Anwar ni langsung tak hormat mahkamah. Selagi mahkamah tu tak menyebelahi mereka, selagi tu la depa akan tuduh mahkamah berat sebelah! 

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar akan terus berjuang walaupun kena PENJARA?



Untunglah ada MP yang bersemangat macam ni.. Opss.. boleh jadi MP lagi ke?

Kalau berjuang tu untuk RAKYAT tak mengapalah, ini nak berjuang untuk kroni, anak bini yang ada dalam parti dan berjuang untuk pecah belahkan Melayu serta hancurkan perpaduan dalam negara ni.

Penulis percaya, kalau si pak sheikh tua ni kena penjara sekalipun rakyat takkan turun ke jalan raya untuk bela dia macam tahun 1998 dah. Percayalah, hanya penjilat jubur anwar je yang sanggup turun bela dia macam tu. Orang kuat Anwar dah lama cabut.

Aihhh bodohnyaaa hampa yang dok jilat anwar ni!

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar vs Saiful : 9hb Januari 2012 detik penentuan!

ANWAR IBRAHIM kalau ada telur dah lama dia akan jawab dan bersihkan kes ini dari tahun 2008 lagi. Tak la kes ni tertunda lebih tiga tahun.

Sekarang ni, Anwar tuduh Najib saja nak lewat - lewatkan Pilihanraya Umum ke - 13 lepas perbicaraan ni habis. wakk lu Anwar! Hang yang lengahkan kes, lepas tu nak salahkan Najib lengahkan PRU 13. Haih, susah la kalau bertuankan orang tua gila jubur ni.

Susah Malaysia susah kalau ada Perdana Menteri macam ni. Kalau kena kat orang lain bukan main sorak dan terkinja kinja suruh mahkamah selesaikan kes cepat - cepat. Tapi kalau kena kat batang hidung sendiri, usaha la nak bagi orang semua lupas kes dan lengah - lengahkan.

Opss, Anwar nak tunjukkan pada dunia bahawasanya mahkamah Malaysia ni tak adil dan berat sebelah kepada kerajaan. Blah la lu. Blah!

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

@PapaGomo, Layakkah @AnwarIbrahim cakap pasal keselamatan negara?

Lawak guling - guling Haji Anwar bin Ibrahim
Hai Pak Sheikh!

Jangan buat lawak terdesak la Pak Sheikh oi! Pak Sheikh pi jaja keburukan negara sendiri kat Indonesia nuun Pak Sheikh tak pikiaq ka pasal keselamatan dan kedaulatan negara kita ni? 

Oleh sebab Pak Sheikh gila meroyan tak dapat nak jadi Perdana Menteri, Pak Sheikh sanggup no pi buat cerita macam macam pasai Najib kat sana? Hah! Kami tak tuduh saja Pak Sheikh oih, siap ada video lagi nak bagitau kat Pak Sheikh. Pak Sheikh nak jawap apa?

Papa Gomo dapat naik kapal selam yang boleh menyelam tu Pak Sheikh dok menyalak hingaq. Oh, cheq lupa la Pak Sheikh la yang dok kata kat kerajaan Umno/Bn beli kapal selam mahai pastu tak boleh menyelam kan? Pastu Kulup-ah Guan Eng pi trai kapal selam tu Pak Sheikh meroyan la no? Kesian.

Pak Sheikh toksah dok pikaq pasal keselamatan negara la, Papa Gomo tu dia naik kapal selam ja. Bukan amek kapal selam tu pi tembak Thailand ka, China doll la apa ka. Dia just dok dalam tu. Toksah dok ghaplah sangat aih. 

Baik Pak Sheikh pikaq pasal perbicaraan lubang kunyit esok. Entah - ntah ada harapan jadi Perdana Menteri Sungai Buloh untuk 20 tahun lagi apa? 

Posted in , , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar puji diri sendiri, Nizar jilat Anwar!

Sedutan Ceramah Pakatan Rakyat di Batu Caves, semalam


Nizar jilat Anwar berhubung Kes Liwat Anwar - Saiful




Anwar puji diri sendiri dan masih gila bayang sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI :


"Sekarang mereka panggil saya peliwat," katanya sambil menambah, beliau kini setentunya diberikan gelaran 'Tun' jika terus bersama Umno

PEWARIS MELAYU KATA :

2x5 : Nizar gila meroyan kuasa MB Perak, si Anwar Al - Juburi ni masih lagi gila kuasa dan gila meroyan Timabalan PM 10 tahun dulu. Alahai dua ekor gila kuasa ni.

Posted in , , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

MP Bayan Baru Pulau Pinang keluar PKR

Zahrain dakwa hilang kepercayaan terhadap Anwar, Guan Eng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan perjuangan parti dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas juga berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Turut menyertainya keluar daripada PKR ialah Pengerusi Tetap PKR bayan Baru. Zahrain sebelum ini adalah Ketua Cabang PKR Bayan baru dan bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang sebelum digantikan dengan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, pada tahun lalu.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di sini, Zahrain berkata, keputusannya juga berdasarkan kesedaran tidak mahu generasi akan datang melihatnya sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama.

"Saya melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.
"Sebaliknya, mereka menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim dan Ismail.

Ismail dalam kenyataan melalui SMS kepada Berita Harian mengesahkan beliau membuat keputusan untuk keluar PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti.

Salehuddin yang meletakkan jawatan pada Julai tahun lalu dengan memberikan alasan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan, secara sinis memberitahu pemberita kepemimpinan PKR tidak boleh lagi syok sendiri berikutan perkembangan terbaru itu.

Zahrain ketika ditanya mengenai kepemimpinan Anwar menegaskan beliau sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun sudah mengenalinya secara peribadi lebih 30 tahun.
"Amalan Lim dan konco-konconya pula bukan saja angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan, malahan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik sempit dan jahat mereka," katanya.

Beliau yang pada mulanya hanya bersedia menjawab dua soalan selepas membaca kenyataan akhbar tiga halaman terpaksa mengalah apabila soalan demi soalan diajukan lebih 40 petugas media.

Wartawan: Adakah Datuk akan menyertai mana-mana parti termasuk Umno.

Zahrain:
Tindakan yang saya lakukan adalah tindakan sendiri tanpa berbincang dengan ahli keluarga atau kawan rapat. Niat untuk memasuki mana-mana parti tidak ada. Saya adalah Ahli Parlimen bebas.

Wartawan: Adakah Datuk akan menjadi ahli Bebas yang rapat dengan Barisan Nasional (BN).

Zahrain:
Tidak, tidak... saya tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak dalam BN termasuk Umno. Saya akan berjuang sebagai ahli Bebas.

Wartawan: Apakah nasihat Datuk kepada ahli PKR lain.

Zahrain:
Seperti yang saya katakan, kita (PKR) sudah lari daripada perjuangan. Dalam proses demokrasi terpulanglah kepada mereka. Saya serahkan kepada mereka... ia adalah pendirian peribadi. Saya tidak akan meminta atau memujuk sesiapa meninggalkan parti. Ini pendirian saya. Apa juga risiko saya akan tanggung.

Wartawan: Mengapa tiba-tiba Datuk membuat keputusan keluar parti.

Zahrain:
Benda ini sudah ada dalam fikiran... saya ada dua pilihan. Satu keluar parti dan kedua berdepan dengan parti serta berjuang dalam parti. Selepas fikir dengan panjang, saya rasa tidak mahu pening kepala dan buat keputusan untuk keluar.

Wartawan: Ada usaha membeli Ahli Parlimen. Adakah ini termasuk daripadanya.

Zahrain:
Siapa beli MP (Ahli Parlimen)? 16 September (2009) itu apa cerita. Saya pun kecewa... saya percaya dengan kata-kata yang satu perubahan besar akan berlaku pada 16 September. Tentang beli-membeli tidak timbul, siapa hendak beli saya.

Wartawan: Adakan Datuk mempunyai masalah dengan Anwar.

Zahrain:
Saya masih menganggap beliau sebagai kawan. Cuma kecewa kerana sebagai kawan, hak saya untuk menasihati beliau. Tetapi kalau parti buat pendirian yang luar daripada apa yang saya kata, maknanya saya kecewa kerana saya juga manusia biasa yang ada perasaan.

Wartawan: Apa yang ingin Datuk katakan terhadap pengundi di Bayan Baru.

Zahrain:
Saya memberi jaminan kepada pengundi yang saya tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilih saya.

Sumber : Berita Harian Online

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Mohd Saiful saksi pertama perbicaraan kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya, akan menjadi saksi pertama memberi keterangan apabila perbicaraan kes itu bermula petang ini.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pihak pendakwaaan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata pihak pendakwa menyenaraikan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam kes itu yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.



Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Perbicaraan bermula 18 bulan selepas Anwar didakwa di mahkamah pada Ogos 2008. - Bernama



Berita Harian

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PKR : Parti perjuangan yang kecewa

Ada apa dengan Parti Keadilan Rakyat? Apa yang istimewa dengan parti yang berusia baru sepuluh tahun itu? Apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut? Secara umumnya, PKR merupakan parti serpihan yang wujud setelah kejatuhan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang pada ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri.


Tidak ada apa yang istimewa dalam PKR. PKR merupakan parti orang kecewa dalam persada politik tanah air. Lihatlah siapa yang menyertai PKR, ternyata individu yang mana menyertai parti itu mempunyai masalah peribadi dengan parti lama, tidak dapat mempertahankan jawatan, kurang sokongan ataupun mempunyai agenda tersendiri dan tidak ikhlas dalam perjuangan.


Terbaru, Datuk Chu Jui Meng menyertai PKR dan seterusnya bekas setiausha agung MIC, S.Subramaniam pula menyertai PKR. Ternyata mereka mempunyai agenda peribadi sendiri setelah kecewa dengan parti masing - masing.


PKR juga boleh dilabel sebagai PARTI TONG SAMPAH. Logiknya, kalau ahli Umno yang mempunyai masalah dan dituduh rasuah dan istihar keluar dari partinya, parti mana yang akan mengambil ahli Umno yang rasuah tersebut? PKR sahajalah kan?


Biasalah, politik memang kotor. Tuhan suruh cari makan ikut jalan depan, ada saja yang "sedap main" jalan belakang. Tak kisahla, asalkan masing - masing dapat nikmat, dapat raih kekayaan dan dapat kembungkan perut masing - masing. 


Umno dituduh rasuah, tetapi rasuah dalam parti mereka tak pernah disentuh, malahan ditutup lagi. Bak kata orang tua - tua, mana boleh kita nak tutup bangkai gajah. Lama - lama bau busuk juga.


Ok, selamat berkhidmat dengan parti tong sampah wahai orang - orang yang kecewa. Lawan tetap lawan? Haktuih!

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar! Ini Semua Konspirasi UMNO - BN!

Anwar, tarikh 8 Julai sudah menghampiri kamu. Mahkamah keadilan yang sebenar - benarnya akan mengadili kamu yang mana dituduh meliwat Saiful pada tahun lepas. Kenapa kamu menuduh ianya satu mainan dan konspirasi kerajaan dan UMNO serta Barisan Nasional.

Cuba ingat kamu tu sapa? Anak raja? Menteri kah? Ataupun orang yang penting dalam kerajaan? Kalau dahulu, kes liwat 1998 tak mengapalah nak dikatakan konspirasi untuk jatuhkan kamu. Sekarang, dah 10 tahun berlalu, kami merupakan BEKAS TPM sahaja. Ingat, BEKAS. Dan UMNO - BN takkan buat cerita bodoh dan buruk terhadap kamu untuk mendapat dosa. Kami semua sayang pahala kami. Ingat senang ke nak dapat pahala?


Tepuk dada, tanya iman! Adakah ini semua konspirasi? Peristiwa ini sudah berlalu sepuluh tahun lalu. Tragedi demi tragedi. Ini semua perancangan Tuhan. Bukan rekaan ataupun perancangan sesiapa.

Yang pasti, cubaan rampasan kuasa oleh militan Al - Maunah anak didik Pas nak jatuhkan kerajaan berulang kembali dengan tragedi yang dashat. Walaupun ia tak menggunakan senjata, ia menggunakan maruah dan kepercayaan rakyat. Nizar bintang tiga telah melakukan semula untuk menjatuhkan Raja dalam krisis Kerajaan Perak. Ingat Anwar.. Kamu bermain dengan Qada dan Qadar. Ini bukan konspirasi.

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Apa yang PKR Bengong sangat?



  • Barisan Nasional tak masuk bertanding dihentam gila - gila oleh pemimpin PR. Inikah cara professional untuk memujuk pengundi mengundi PKR di Penanti, 31 Mei nanti? Adakah betul caranya memburuk - burukan orang lain untuk tembolok sendiri?
  • PR nampak sangat terdesak dan ketandusan isu di N12 kerana BN tak bertanding. Asyik - asyik nak cakap pasal isu pergolakan politik Perak, 1 Malaysia, Dato Seri Najib dan lain - lain lagi. 
  • Kenapa PR masih lagi inginkan duit daripada rakyat? Kisahnya di Penanti, semasa ceramah besar - besaran yang diadakan di Taman Guar Perahu, mereka menjalankan peraih - peraih duit untuk meminta wang daripada rakyat yang turun menyaksikan ceramah yang mereka adakan. PR GILA DUIT!
  • Tapak ceramah PR dah jadi pasar malam. Memang tak boleh dinafikan, PR memang saja nak cari duit tambahan untuk mereka. Dah buat pasar malam semasa adakan ceramah politik mereka, lepastu ambil pula duit rakyat. Kononnya berjihat! piiraahh..
  • PR memang bertepuk sebelah tangan dalam PRK Penanti kali ni. Nampak sangat mereka yang terhegeh - hegeh nak calonkan Dr. Mansor untuk naikkan kroni Anwar di Pulau Pinang.
  • Anwar Ibrahim masih lagi sebut - sebut dia TPM Malaysia satu masa dulu. Hello Dato, anda tu TPM Malaysia dari parti mana? PKR kah?

Posted in , , , , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .