Memaparkan catatan dengan label Bomba Adib. Papar semua catatan

Kesabaran umat Islam perlu ada had – Azwanddin


Saya akan terus lantang dan tegas berkaitan isu adib saya juga akan terus memberikan amaran yang keras. Untuk pihak kerajaan segera mengambil tindakan terhadap pariya murti

Sudah hampir puluh tahun umat melayu islam telah bersabar dan diam walau pun selama ini bangsa dan agama kita telah berulang kali di hina, para ulama kita dihina pemimpin melayu di fitenah dan di hina dan melakukan provokasi kepada Bangsa kita

Kita tidak perlu takut dan gentar umat melayu islam perlu juga menjadi kurang ajar untuk mengajar kumpulan bangsa DAP yang Selama telah terlalu kertelauan

Andai kata ada kumpulan yang tidak bersetuju dengan kelantangan dan ketegasan saya itu tidak menjadi permasalahan pada saya kerana saya yakin lebih ramai lagi umat melayu dan islam dalam negara akan meyokong saya untuk mempertahankan umat melayu dan islam dalam negara kita hari ini

Saya lakukan bukan atas kepentingan peribadi apa yang saya lakukan walaupun melibatkan resiko yang tinggi pada saya dan keluarga saya namun itu adalah perjuangan pada agama dan bangsa , dituntut oleh anak anak dan juga jenerasi kita akan datang

Saya sentiasa di pesan kedua ibu bapa Saya kita tidak perlu takut jika kita jujur memperjuangkan kepada umat islam dan bangsa melyu yang hari ini sudah menjadi seperti bangsa yang menumpang di tanah melayu sendiri

Kepada Bangsa Ku kita hanya perlu takut pada allah dan kedua ibu bapa kita selain dari itu kita perlu bangkit tegak kan keadilan

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

5,000 hadir himpunan tuntut keadilan untuk Adib


(Utusan) KLANG 25 Dis. - Kira-kira 5,000 orang hadir ke perhimpunan 'Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy' yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni di sini hari ini.

Peserta perhimpunan hadir mengenakan baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian yang menyebabkan kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Muhammad Adib yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam 17 Dis lalu selepas kira-kira tiga minggu menerima rawatan di institut berkenaan.

Peserta perhimpunan terlebih dahulu berkumpul di Masjid Bandar Diraja Klang bagi menunaikan solat jenazah ghaib bagi Muhammad Adib dan solat Asar secara berjemaah yang diketuai imam masjid itu Mohd Azrun Tuniran.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Polis Mempertikaikan Laporan Bedah Siasat Arwah Adib

Persoalan yang ditanya oleh pihak bomba adalah, siapa yang menjadi dalang untuk menutup kes pembunuhan Adib dan mengapa pihak yang bersalah diberikan masa untuk mereka melarikan diri dari negara dan bersembunyi? Dan juga, mengapa laporan bedah siasat mengabaikan kenyataan dari saksi yang membuat laporan polis mengenai “punca kematian”?

Raja Petra Kamarudin

“Cover up” akan dibuat. Kerajaan Pakatan Harapan mahu mengurangkan ketegangan antara kaum dengan mengatakan bahawa punca kematian pegawai bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah disebabkan oleh “kecerderaan dada”.

Laporan berita dari NST (di bawah) berkata, “A report that will be prepared details the type of injuries he suffered, including internal ones, and what could have caused them; including if they were inflicted by a third party, as well as expert opinions on how they could have happened.”

Pihak polis sudah pun mengetahui bagaimana ianya berlaku kerana mereka menerima laporan dari anggota bomba lain, yang juga berada di tempat kejadian. Kesemua mereka mengesahkan bahawa Adib diseret keluar dari jentera bomba dan dipukul oleh sekumpulan India. Para saksi telah pun mengenal pasti penyerang-penyerang yang terlibat.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .