Memaparkan catatan dengan label katak. Papar semua catatan

Katak yang sah!

Nampaknya, ketiga - tiga katak yang mana menyokong Barisan Nasional sudah disahkan masih lagi bergelar wakil rakyat di kawasan masing - masing. Alhamdulillah, 3 orang wakil rakyat yang insaf ini benar - benar mahu berkhidmat untuk rakyat, bukanlah untuk kepentingan peribadi sendiri.

Walaupun dicerca dan dimaki, niat menentukan segalanya. Penulis harap, ia akan menjadi salah satu faktor kemenangan BN di Perak, Insyaallah.

Mereka merupakan 3 katak yang merdeka daripada parti Khianat Rakyat dan juga Parti  Komunis. Semoga rakan - rakan kita yang berada didalam PKR, dan PAS akan turut berhijrah ke Barisan Nasional kelak. Bangkai busuk PR semakin lama semakin berbau.

Bagaimana hendak menyimpan bangkai gajah yang amat berbau itu? Masa menentukan segalanya.
Penulis amat bersyukur pada tuhan kerana membalas dan mengkabulkan doa makhluknya.

Dulu, semasa BN dapat mengambil alih pemerintahan negeri Perak, penjilat - penjilat PR terutamanya hamPAS beria - ia mahu membubarkan sidang DUN Perak dan ingin pilihanraya semula diadakan, sampai buat sembahyang hajjat tu!

Allah amat adil. Dia bukannya memberikan satu pilihanraya, tetapi 3 pilihanraya diadakan serentak. Allahuakbar! (ini baru benar takbir bersyukur, bukan seperti hamPAS. Ramai - ramai. ada juga cina india Kafir dok bertakbir)

Semoga tuhan menunjukkan pihak mana yang benar dan pihak mana yang salah! Amin

Posted in , , , , , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Bikin Gempak Lagi!

Menteri besar Negeri Sembilan menafikan desas-desus beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional akan menyertai pembangkang.

"Kalau ada dakwaan, suruh dia bagi nama. Yang DAP Perak risau sangat pasal apa, jagalah negeri Perak itu," Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan DAP Perak yang tersiar dalam laporan muka depan akhbar China Press yang menyebut tiga atau empat wakil rakyat negeri akan menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut Bernama, Mohamad berkata wakil rakyat BN bawah pimpinannya mempunyai integriti dan jati diri yang kuat serta sayangkan parti.

"Saya tidak nampak mereka ini senang dipujuk dan mudah melompat keluar dari Umno walaupun ada antara mereka telah tewas dalam pemilihan peringkat bahagian masing-masing.

"Semangat mereka kepada parti masih kuat," katanya.

PEWARISMELAYU KATA:
Anwar nak ulangi sejarah Sep yang lalu. Jangan lupa, dia nak naik mahkamah ekoran kes liwat Anwar dengan Saiful Bukhari Azlan. Ini semua taktik saja. Gempaq saja lebih

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .