Memaparkan catatan dengan label nurul izzah. Papar semua catatan

Nurul Izzah disaran sertai UMNO

PULAU PINANG 26 Mac - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar disaran menyertai UMNO sekiranya benar-benar ikhlas tidak mahu bersekongkol di bawah kepemimpinan seorang individu yang dirujuk beliau sebagai bekas diktator di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Aktivis politik yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, tindakan itu lebih berprinsip buat Nurul Izzah memandangkan beliau kini masih lagi merupakan wakil rakyat yang mewakili lebih 70,000 pengundi di Permatang Pauh.

Posted in , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Ekoran kenyataan "bekas diktator", Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar diserang

Nurul Izzah tidak patut komen negatif terhadap Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 26 Mac - Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak sepatutnya mengeluarkan komen tidak baik terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, apatah lagi menerusi wawancara media Singapura The Straits Times pada Jumaat lepas.


Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya berkata Nurul Izzah yang arif dalam arena politik, masih belum cukup matang, tidak rasional serta emosi dalam memahami pendirian Dr Mahathir serta kerajaan.


"Apa yang dilakukan oleh perdana menteri dan kerajaan ketika ini tidak harus dilihat secara peribadi oleh Nurul Izzah, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh demi kepentingan rakyat dan negara.


"Sebagai seorang daripada anggota parlimen dan bekas Naib Presiden PKR, saya yakin Nurul Izzah tidak lupa bahawa kedudukan Dr Mahathir sebagai perdana menteri adalah keputusan sebulat suara majlis pimpinan Pakatan Harapan (PH), manakala segala keputusan membabitkan hal ehwal pentadbiran kerajaan diputuskan bersama oleh jemaah menteri," katanya dalam kenyataan, malam tadi.


Posted in , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

‘Kekanda Tidak Boleh Tidur Bimbangkan Adinda..’ – Surat Terbuka Dr Mujahid Buat YB Nurul Izzah


(Oh Bulan) Minggu lepas, YB Nurul Izzah membuat langkah mengejutkan apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Parti Negeri Pulau Pinang. Beliau turut mengatakan tidak akan menarik balik perletakan jawatannya itu.
Terbaru, menggunakan kata ganti nama ‘Kanda’ dan ‘Adinda’, surat terbuka Dr Mujahid buat YB Nurul Izzah berjaya menarik perhatian netizen. Beliau berharap agar Nurul Izzah sebagai puteri reformasi terus menjadi cahaya panduan bagi para remaja untuk membentuk negara yang lebih baik.

Golongan muda mencontohi puteri ini



Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .