Memaparkan catatan dengan label penanti. Papar semua catatan

Khatib baca doa untuk guling kerajaan : Kenapa Pengerusi Masjid menggelupur?



Video asal sedutan khutbah Jumaat doakan jatuhkan kerajaan

Salam to all,

Sudah tiga kali Sabtu kita digemparkan dengan berita seorang khatib jumaat membacakan doa untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU ke 13 kelak. Isu tersebut makin lama makin panas dengan penafian banyak pihak, terutamanya si tuan badan yang membaca khutbah diatas mimbar Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Taman Guar Perahu, Penanti Pulau Pinang.

Kemudian, ia disusuli oleh ahli jawatankuasa masjid dan pengerusi masjid itu sendiri yang mendakwa laporan Buletin Utama TV3 tiga minggu lepas tidak berasas dan fitnah semata - mata. Mereka mengatakan bahawa doa tersebut bersifat umum dan tidak ditujukan kepada kerajaan UMNO/BN.


Pihak UMNO Pulau Pinang lalu dengan tegas meminta MAIPP mengambil tindakan dan menjalankan siasatan keatas khatib tersebut. Satu memorundum diserahkan kepada MAIPP pada minggu lepas. 

Ia diburukkan lagi dengan siri demonstrasi aman oleh AJK masjid serta Pengerusi Masjid itu sendiri dihadapan rumah tiga orang individu yang keluar dikaca televisysen semasa slot Buletin Utama jam 8 malam, beberapa buah trak pikap, berbelas belas kereta dan berpuluh - puluh motorsikal melalui hadapan rumah ketiga - tiga individu terbabit iaitu Bekas Pengerusi Masjid, Bekas Imam Masjid dan Bekas Pengerusi Rukun Tetangga. 

Mereka membawa sepanduk keluar UMNO masuk Pas. Pas for all dan terus berarak ke Balai Polis Kubang Semang. Pada hari yang sama, ketiga tiga individu terbabit juga membuat laporan polis keatas tindakan demonstrasi yang diadakan dihadapan rumah mereka sebagai salah satu ancaman kepada diri dan juga keluarga.

Kenapa Pengerusi masjid menggelabah biawak jika doa yang dibacakan oleh khatib mereka itu bersifat umum? Kenapa mereka mudah melenting bila ditegur oleh orang ramai atas ketlanjuran khatib mereka membaca doa berbaur politik ketika khutbah jumaat?

Orang Pas memang tak boleh ditegur dan mudah melenting. Macam mana nak mentadbir Malaysia dan nak ke putrajaya kalau ada attitude macam ni? Pegi berambus lah Pas dari dunia politik Malaysia. Rakyat tak mahu parti politik yang penakut dan teruk macam parti Pas ni!

Posted in , , , , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Kemenangan untuk rakyat?

Setiap kali pilihan raya, pasti akan terdengar perkataan RAKYAT RAKYAT RAKYAT. Tak habis habis perkataan untuk membela rakyat, kemenangan rakyat, demi rakyat kesejahteraan rakyat dan bla bla bla.
Adakah kemenangan seseorang calon di pilihanraya menunjukkan kemenangan rakyat? Ya, memang pun rakyat menang mengundi calon YB mereka yang dilantik untuk membela rakyat. Tapi, adakah rakyat sekarang betul - betul menang apabila mengundi calon yang mereka pilih?

Tidak sama sekali. Kita dapat lihat, bermulanya di Permatang Pauh, kemudian di Kuala Terengganu dan seterusnya di Bukit Selambau dan juga Bukit Gantang, adakah rakyat betul - betul menang memilih calon untuk mewakili mereka? Tidak!

Di Permatang Pauh, kononnya dari Permatang Pauh ke Putrajaya, berdiri megah signboard sana sini, ahli parlimen P.44 akan ke Putrajaya selepas menang pilihanraya disana, tapi apa yang mereka dapat? Tidak! Percubaan untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan dengan mengambil katak MP BN ke Pakatan Rapuh (PR) adalah. Itu pun tak menjadi. Adakah rakyat benar - benar menang memilih wakilnya?

Penulis lihat, setelah wakil P.44 ke parlimen, suasana di parlimen Malaysia semakin lama, semakin pening kepala. Kemudian kita pergi ke Bukit Gantang, P.59 pada awal tahun ini. Adakah calon yang menang di parlimen Bukit Gantang tersebut memberikan manfaat kepada pengundinya?


 Kita dapat lihat, pengundi cina menyokong MP P.59 tersebut dan undi pengundi Melayu begitu merosot sekali. Ramai bloggers BN mengatakan, perlantikan MP P.59 tempoh hari umpama protes pada pihak istana yang mereka buktikan kuatnya kuasa rakyat.

Rakyat !Rakyat !Rakyat ! Sudah muak dengan perkataan tersebut! Konon untuk rakyat, tapi habuk pon tak ada. Bila dalam ceramah pilihanraya, memang manis mulut menjanjikan itu ini, dan selepas pilihanraya  diam sepi membisu. Bekas ADUN Penanti dan TKM 1 Pulau Pinang pun serupa 2X5. Dalam ceramah beliau di Penanti pada PRU 12 lepas, bukan main hentam kerajaan, bela rakyat, janji nak beri khidmat terbaik, tapi sekarang apa yang beliau lakukan?

Suka suka hati nak suruh rakyat keluar mengundi sekali lagi untuk memilih calon kawasan tersebut setelah beliau diasak untuk meletakkan jawatan tersebut ekoran masalah dalaman parti. Apa ini? Ini janji dan cakap tahi kucing!

Kepada mereka yang mendakwa perkataan RAKYAT tersebut trademark ataupun perkataan hak mereka, jangan nak perasan OK? Kami, rakyat Malaysia tak perlu pemimpin seperti anda dan tak teringin anda memerintah di negeri kami. Rakyat tetap rakyat. Jangan mempergunakan rakyat dan jangan sekali - kali mempermainkan rakyat. 

Posted in , , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Apa yang PKR Bengong sangat?



  • Barisan Nasional tak masuk bertanding dihentam gila - gila oleh pemimpin PR. Inikah cara professional untuk memujuk pengundi mengundi PKR di Penanti, 31 Mei nanti? Adakah betul caranya memburuk - burukan orang lain untuk tembolok sendiri?
  • PR nampak sangat terdesak dan ketandusan isu di N12 kerana BN tak bertanding. Asyik - asyik nak cakap pasal isu pergolakan politik Perak, 1 Malaysia, Dato Seri Najib dan lain - lain lagi. 
  • Kenapa PR masih lagi inginkan duit daripada rakyat? Kisahnya di Penanti, semasa ceramah besar - besaran yang diadakan di Taman Guar Perahu, mereka menjalankan peraih - peraih duit untuk meminta wang daripada rakyat yang turun menyaksikan ceramah yang mereka adakan. PR GILA DUIT!
  • Tapak ceramah PR dah jadi pasar malam. Memang tak boleh dinafikan, PR memang saja nak cari duit tambahan untuk mereka. Dah buat pasar malam semasa adakan ceramah politik mereka, lepastu ambil pula duit rakyat. Kononnya berjihat! piiraahh..
  • PR memang bertepuk sebelah tangan dalam PRK Penanti kali ni. Nampak sangat mereka yang terhegeh - hegeh nak calonkan Dr. Mansor untuk naikkan kroni Anwar di Pulau Pinang.
  • Anwar Ibrahim masih lagi sebut - sebut dia TPM Malaysia satu masa dulu. Hello Dato, anda tu TPM Malaysia dari parti mana? PKR kah?

Posted in , , , , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

PENANTI : Letak calon ataupun berdiam diri?

Akhirnya, UMNO Bahagian Permatang Pauh digerakkan untuk meninjau masyarakat Penanti berhubung penyertaan parti tersebut dalam pilihan raya kecil yang diadakan kelak. Baguslah begitu, penulis amat gembira apabila pengerusinya iaitu Dato Jalil menjalankan tugas beliau untuk menggerakkan jentera parti.
Penulis baru sahaja melintasi bangunan UMNO Permatang Pauh yang sudah dihiasi dengan bendera - bendera dan sepanduk yang dipasang disekitar bangunan tersebut. Diharap, langkah pertama UMNO untuk berjuang pada pilihan raya kecil kali ini (jika ia diadakan) akan membuahkan hasil dan akan menghasilkan kejayaan buat UMNO dan BN.
Kita semua perlu bersabar menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini untuk mengetahui kedudukan Dun tersebut. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali!

Posted in , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .