Memaparkan catatan dengan label pulau pinang. Papar semua catatan

Khatib baca doa untuk guling kerajaan : Kenapa Pengerusi Masjid menggelupur?



Video asal sedutan khutbah Jumaat doakan jatuhkan kerajaan

Salam to all,

Sudah tiga kali Sabtu kita digemparkan dengan berita seorang khatib jumaat membacakan doa untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU ke 13 kelak. Isu tersebut makin lama makin panas dengan penafian banyak pihak, terutamanya si tuan badan yang membaca khutbah diatas mimbar Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Taman Guar Perahu, Penanti Pulau Pinang.

Kemudian, ia disusuli oleh ahli jawatankuasa masjid dan pengerusi masjid itu sendiri yang mendakwa laporan Buletin Utama TV3 tiga minggu lepas tidak berasas dan fitnah semata - mata. Mereka mengatakan bahawa doa tersebut bersifat umum dan tidak ditujukan kepada kerajaan UMNO/BN.


Pihak UMNO Pulau Pinang lalu dengan tegas meminta MAIPP mengambil tindakan dan menjalankan siasatan keatas khatib tersebut. Satu memorundum diserahkan kepada MAIPP pada minggu lepas. 

Ia diburukkan lagi dengan siri demonstrasi aman oleh AJK masjid serta Pengerusi Masjid itu sendiri dihadapan rumah tiga orang individu yang keluar dikaca televisysen semasa slot Buletin Utama jam 8 malam, beberapa buah trak pikap, berbelas belas kereta dan berpuluh - puluh motorsikal melalui hadapan rumah ketiga - tiga individu terbabit iaitu Bekas Pengerusi Masjid, Bekas Imam Masjid dan Bekas Pengerusi Rukun Tetangga. 

Mereka membawa sepanduk keluar UMNO masuk Pas. Pas for all dan terus berarak ke Balai Polis Kubang Semang. Pada hari yang sama, ketiga tiga individu terbabit juga membuat laporan polis keatas tindakan demonstrasi yang diadakan dihadapan rumah mereka sebagai salah satu ancaman kepada diri dan juga keluarga.

Kenapa Pengerusi masjid menggelabah biawak jika doa yang dibacakan oleh khatib mereka itu bersifat umum? Kenapa mereka mudah melenting bila ditegur oleh orang ramai atas ketlanjuran khatib mereka membaca doa berbaur politik ketika khutbah jumaat?

Orang Pas memang tak boleh ditegur dan mudah melenting. Macam mana nak mentadbir Malaysia dan nak ke putrajaya kalau ada attitude macam ni? Pegi berambus lah Pas dari dunia politik Malaysia. Rakyat tak mahu parti politik yang penakut dan teruk macam parti Pas ni!

Posted in , , , , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

MP Bayan Baru Pulau Pinang keluar PKR

Zahrain dakwa hilang kepercayaan terhadap Anwar, Guan Eng

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, semalam keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kecewa dengan perjuangan parti dan hilang kepercayaan terhadap penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang mengisytiharkan dirinya sebagai Ahli Parlimen Bebas juga berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak yakin dengan kerajaan pakatan pembangkang Pulau Pinang pimpinan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dianggapnya diktator dan berfikiran ala komunis.

Turut menyertainya keluar daripada PKR ialah Pengerusi Tetap PKR bayan Baru. Zahrain sebelum ini adalah Ketua Cabang PKR Bayan baru dan bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang sebelum digantikan dengan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, pada tahun lalu.

Bercakap pada sidang media di sebuah hotel di sini, Zahrain berkata, keputusannya juga berdasarkan kesedaran tidak mahu generasi akan datang melihatnya sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama.

"Saya melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.
"Sebaliknya, mereka menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya dalam sidang media yang turut dihadiri bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim dan Ismail.

Ismail dalam kenyataan melalui SMS kepada Berita Harian mengesahkan beliau membuat keputusan untuk keluar PKR kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti.

Salehuddin yang meletakkan jawatan pada Julai tahun lalu dengan memberikan alasan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan, secara sinis memberitahu pemberita kepemimpinan PKR tidak boleh lagi syok sendiri berikutan perkembangan terbaru itu.

Zahrain ketika ditanya mengenai kepemimpinan Anwar menegaskan beliau sudah hilang kepercayaan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun sudah mengenalinya secara peribadi lebih 30 tahun.
"Amalan Lim dan konco-konconya pula bukan saja angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan, malahan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik sempit dan jahat mereka," katanya.

Beliau yang pada mulanya hanya bersedia menjawab dua soalan selepas membaca kenyataan akhbar tiga halaman terpaksa mengalah apabila soalan demi soalan diajukan lebih 40 petugas media.

Wartawan: Adakah Datuk akan menyertai mana-mana parti termasuk Umno.

Zahrain:
Tindakan yang saya lakukan adalah tindakan sendiri tanpa berbincang dengan ahli keluarga atau kawan rapat. Niat untuk memasuki mana-mana parti tidak ada. Saya adalah Ahli Parlimen bebas.

Wartawan: Adakah Datuk akan menjadi ahli Bebas yang rapat dengan Barisan Nasional (BN).

Zahrain:
Tidak, tidak... saya tidak pernah bercakap dengan mana-mana pihak dalam BN termasuk Umno. Saya akan berjuang sebagai ahli Bebas.

Wartawan: Apakah nasihat Datuk kepada ahli PKR lain.

Zahrain:
Seperti yang saya katakan, kita (PKR) sudah lari daripada perjuangan. Dalam proses demokrasi terpulanglah kepada mereka. Saya serahkan kepada mereka... ia adalah pendirian peribadi. Saya tidak akan meminta atau memujuk sesiapa meninggalkan parti. Ini pendirian saya. Apa juga risiko saya akan tanggung.

Wartawan: Mengapa tiba-tiba Datuk membuat keputusan keluar parti.

Zahrain:
Benda ini sudah ada dalam fikiran... saya ada dua pilihan. Satu keluar parti dan kedua berdepan dengan parti serta berjuang dalam parti. Selepas fikir dengan panjang, saya rasa tidak mahu pening kepala dan buat keputusan untuk keluar.

Wartawan: Ada usaha membeli Ahli Parlimen. Adakah ini termasuk daripadanya.

Zahrain:
Siapa beli MP (Ahli Parlimen)? 16 September (2009) itu apa cerita. Saya pun kecewa... saya percaya dengan kata-kata yang satu perubahan besar akan berlaku pada 16 September. Tentang beli-membeli tidak timbul, siapa hendak beli saya.

Wartawan: Adakan Datuk mempunyai masalah dengan Anwar.

Zahrain:
Saya masih menganggap beliau sebagai kawan. Cuma kecewa kerana sebagai kawan, hak saya untuk menasihati beliau. Tetapi kalau parti buat pendirian yang luar daripada apa yang saya kata, maknanya saya kecewa kerana saya juga manusia biasa yang ada perasaan.

Wartawan: Apa yang ingin Datuk katakan terhadap pengundi di Bayan Baru.

Zahrain:
Saya memberi jaminan kepada pengundi yang saya tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilih saya.

Sumber : Berita Harian Online

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

N11 : Takebeeeeerr! Pas semakin terdesak di Permatang Pasir


Nampaknya, puak puak Pas yang mana makin lama makin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir yang mana akan berubah milik kepada BN InsyaAllah pada PRK Permatang Pasir kali ini.
Biasalah, bila orang cakap tak serupa bikin buat pandai, jadi macamtu la. Pada permulaannya, Mursyidul Am Pas, Tok Garu Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan, bukan cara berlawan Pas menggunakan isu peribadi, tetapi sekarang apa dah jadi? Memang Pas, Nik Aziz, Mahfuz Omar dan juga Salleh Man sendiri cakap tak serupa bikin. Semua hak tuih!

Isu perkahwinan kedua Rohaizat telah menjadi modal memburuk - burukkan calon BN itu dan perasangka penulis, kejadian pada PRK Parlimen Permatang Pauh tahun lepas akan berlaku iaitu bapa mertua Rohaizat akan dibawa ke pentas Pas untuk berucap berkaitan isu ini.

Biasalah, buat macam anda tak kenal Pas, apa cara sekalipun sama ada baik ataupun buruk pasti mereka akan gunakan untuk memenangkan calon "tak ong" mereka, Salleh Man. Berikut adalah laporan Malaysiakini berkaitan isu Perkahwinan Kedua Rohaizat :

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya."Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.
Sebuah kenyataan yang bodoh dan tak masuk dek akal yang diberikan oleh bapa mertua Rohaizat. Kenapa pakcik masa ni baru nak kecoh pasal benda ni? Mentang - mentang Rohaizat jadi calon untuk PRK N11 Permatang Pasir, baru pakcik nak kecoh pasal isu peribadi ni?

Berapa banyak duit orang Pas berikan pada pakcik untuk buka mulut tentang isu ini, Hal peribadi, hal keluarga nak dedahkan pada orang ramai, tak malu ke? Lagipun, kalau tak mahu nak jelaskan pada orang ramai tentang ini, naik mahkamah sudahlah. Bikin malu saja.

Tak perlu nak main kotor lah wahai orang Pas durjana. Dasar mempergunakan agama untuk politik kotor. Takebeeeer..

Posted in , , , | 10 Comments
Jom komen di Facebook!

PENANTI : Letak calon ataupun berdiam diri?

Akhirnya, UMNO Bahagian Permatang Pauh digerakkan untuk meninjau masyarakat Penanti berhubung penyertaan parti tersebut dalam pilihan raya kecil yang diadakan kelak. Baguslah begitu, penulis amat gembira apabila pengerusinya iaitu Dato Jalil menjalankan tugas beliau untuk menggerakkan jentera parti.
Penulis baru sahaja melintasi bangunan UMNO Permatang Pauh yang sudah dihiasi dengan bendera - bendera dan sepanduk yang dipasang disekitar bangunan tersebut. Diharap, langkah pertama UMNO untuk berjuang pada pilihan raya kecil kali ini (jika ia diadakan) akan membuahkan hasil dan akan menghasilkan kejayaan buat UMNO dan BN.
Kita semua perlu bersabar menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini untuk mengetahui kedudukan Dun tersebut. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali!

Posted in , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Kenapa di Penanti?

Nampaknya, teka - teki yang hangat diperkatakan di Penanti terjawab akhirnya. Si Fairus x-TKM1 telah meletakkan jawatannya sebagai YB di Dun Penanti. Kenapa ni YB? Haritu, masa proses kempen PRU - 12, YB semangat je cakap. Masa tu, semua orang Penanti kata, YB ada talent nak jadi wakil rakyat. Ok, bila dah diberi kepercayaan, YB Spoil kan pulak harapan rakyat.

Azizah turun, Anwar naik. Fairuz turun, sapa yang nak naik? Aduhai, serabut kepala dengan politik binatang si pembangkang Malaysia. YB Eli yang mana terlibat dalam salahlaku moral, dipelawa sambung kerja. YB Melayu si katoi nih, letak jawatan. Nampak sangat PKR ada masalah dalaman.

Pembangkang menjadikan HARAPAN RAKYAT sebagai modal untuk berkempen, padahal ia merupakan salah satu langkah untuk membuncitkan perut masing - masing. Tak gunalah lantik PKR, buang masa dan buang duit rakya saja. Yang Pas pula, memekak, tuduh itu ini dalam Harakah, kerajaan seleweng ini, kerajaan korap itu, tapi diri mereka yang membazirkan wang rakyat tak mau pulak diperbesarkan??

Sakit hati! Agaknya, nanti jika mereka dapat ambil alih kerjaan persekutuan, sesiapa yang tak sekepala dan sehaluan dengan mereka pasti akan disingkirkan. Tak percaya? Percayalah! Apa yang kita lihat sekarang di negeri yang ditakbir oleh Pembangkan, adakah mereka melakukan kerja mereka? Berpolitik adalah! Kerja tarak! 

Posted in , , , , | 12 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .