Aduhai, Tak habis - habis lagi si Teressa berKok kok ni. Ini semua dendam yang membara dalam diri dia kepada Utusan dan bekas MB Selangor. Politik memang kotor.Teresa saman Utusan, Khir Toyo RM30 juta
23/12/2008 12:54pm
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman RM30 juta terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo dan Utusan Melayu (M) Berhad.
Saman itu difailkan atas dakwaan memfitnahnya berhubung isu azan dalam blog bekas Menteri Besar itu dan artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertajuk `ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor’ pada 9 September lalu. – Utusan
Utusan, bekas KP diperintah bayar RM120,000 kepada Mahfuz
23/12/2008 11:04am
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Khalid Mohd. membayar ganti RM120,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana memfitnahnya.
Utusan Melayu dan Khalid didakwa memfitnah beliau dalam artikel bertajuk `Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan’ di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. – Utusan
Tak mengapalah, Encik Mahfuz. Anda sudah menang, bergembiralah. Penulis juga tidak suka artikel yang memfitnah antara satu sama lain.