Memaparkan catatan dengan label utusan. Papar semua catatan

Boleh pun bagi memorandum secara aman. Saja!

Pemuda Pas Kelantan serah memo bantahan kepada Utusan

KOTA BHARU 20 Jun - Dewan Pemuda Pas Kelantan hari ini menyerahkan memorandum bantahan ke Pejabat Utusan Malaysia Cawangan Kelantan di sini berhubung penyiaran kartun yang didakwa oleh parti itu sebagai menghina Islam.
Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman bersama kira-kira 20 ahli pergerakan itu tiba di pejabat berkenaan pukul 1 tengah hari dan menyerahkan memorandum tersebut kepada wakil Utusan Malaysia, Zulhanifa Sidek untuk disampaikan kepada pihak pengurusan akhbar.

Abdul Latiff berkata, pihaknya meminta akhbar ini dan pelukis kartun tersebut memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam khususnya di negara ini kerana penyiaran kartun tersebut.
"Kami memberi tempoh seminggu bermula dari hari ini kepada Utusan Malaysia dan kartunis terlibat untuk memohon maaf secara terbuka.

"Sekiranya pihak Utusan Malaysia enggan memohon maaf secara terbuka, Dewan Pemuda Pas Kelantan akan melancarkan kempen boikot secara besar-besaran bagi memastikan desakan ini berjaya," katanya.
Sebelum ini, kerajaan Pas Kelantan mengumumkan larangan terhadap akhbar Utusan Malaysia membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan semua majlis Menteri Besar Kelantan.

Ia ekoran penyiaran kartun yang disifatkan parti itu sebagai menghina Islam. - UTUSAN

Komen Penulis : Saja tau depa ni. Saja nak bikin panas je dengan buat demo bagai. Kan buat cara macam ni lebih baik. Aman dan professional. Tak ada siapa pun nak marah

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Saman Datang Lagi : Kok saman Utusan 30j

artikel asal disini

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. dan kolumnis, Mohd. Zaini Hassan bagi menuntut ganti rugi RM30 juta kerana didakwa menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya.

Teresa mendakwa artikel bertajuk `Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya’ dalam Utusan Malaysia pada 10 September lalu diterbitkan dengan niat jahat.

Artikel itu juga didakwa diterbitkan dengan niat dan tujuan memperkecilkan beliau secara peribadi dan rasmi termasuk sebagai Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Writ saman itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan S. N. Nair & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 8.42 pagi ini.

Teresa selaku plaintif menamakan Utusan Melayu defendan pertama dan Mohd. Zaini yang juga Pengarang Utusan Malaysia akhbar tersebut defendan kedua. - Utusan

Pewaris Melayu kata:
Amboi.. Kayanya Kok kalau dia menang kes ni. Tapi tak pa. Naik mahkamahla kan nanti. Kita bicara secara tulus dan adil..

p/s: Si Teressa Kok ni percaya juga ya pada badan kehakiman Malaysia.

Posted in , , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Tindakan ISA terhadap Raja Petra tepat

JOHOR BAHRU 14 Sept. - Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al Habshee menyokong penuh tindakan kerajaan menahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Menurut beliau, berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak akhir- akhir ini, Raja Petra didapati bersikap angkuh dan tidak sensitif terhadap suasana masyarakat negara ini.

Beliau berkata, kalau diamati segala tulisannya boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan umat Islam.

"Walaupun telah saban kali diberi amaran oleh pihak berkuasa, namun dia tidak peduli dan pada keseluruhannya, sebagai seorang penulis blog, dia tidak sensitif dalam penulisannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin Raja Petra, Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkan ketegangan kaum dan ancaman keselamatan negara daripada tercetus.

Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahan itu perlu dilanjutkan.

Syed Hussein berkata, selaku pengendali laman web, Raja Petra tidak sepatutnya meniru bulat-bulat amalan masyarakat Barat yang berpegang kepada kebebasan bersuara secara total tanpa had.

Menurut beliau, sebenarnya kebebasan bersuara di negara ini perlu sentiasa mengambil kira konteks suasana masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.

"Dalam hal ini, setiap penulis blog wajar bertanggungjawab terhadap apa juga penulisannya.

"Dengan tangkapan ini, walaupun agak lewat tetapi ia melegakan seluruh umat Islam dan dalam hubungan ini saya menyeru para penulis blog supaya mengambil ini sebagai satu pengajaran dan teruslah menulis dengan rasa penuh tanggungjawab," katanya-utusan

Posted in | 5 Comments

Hadi paling layak - Dewan Ulama

IPOH 14 Ogos - Dewan Ulama Pas berpendapat Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas 16 September depan.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, sebagai ulama Pas, sudah tentu pihaknya menyokong Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri berbanding Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Bagi kita ulama Pas, pandangan kita tentulah 'Tok Guru Haji (Abdul) Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri. Kalau kita orang PKR, saya cakap Presiden PKR paling sesuai.

''Bagaimanapun, keputusan untuk melantik pemimpin yang akan menjadi Perdana Menteri kerajaan pembangkang akan ditentukan oleh Majlis Presiden yang dianggotai ketiga-tiga parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat, di sini hari ini.

Pada muktamar itu, wakil dari Ikhwanul Muslimin Jordan, Dr. Ammam Said turut menyampaikan ceramah mengenai peranan ulama sebagai pewaris nabi.

Menurut Mohamed Daud, Dewan Ulama Pas akan menyokong siapa sahaja pemimpin daripada kalangan pakatan pembangkang selagi ia menguntungkan Islam.

''Kalau Perdana Menteri yang naik itu tidak menguntungkan Islam, kita tunggu dan lihatlah," katanya.

Beliau juga berkata, Pas akan tetap kekal dalam pakatan pembangkang walaupun ia gagal memerintah negara selepas 16 September ini seperti yang didakwa oleh Anwar.

Pada muktamar hari ini, Dewan Ulama Pas menerima tanpa membahaskan tiga usul daripada Dewan Ulama Pas Kelantan, Melaka dan Terengganu.

Bagi usul pertama, Dewan Ulama Pas Kelantan dan Melaka secara bersama meminta Dewan Pas Pusat supaya mendesak kepimpinan Pas Pusat mengadakan taklimat khas kepada ahli dan penyokong parti itu di semua peringkat dengan kadar segera berhubung muqabalah antara Pas dan UMNO.

Usul itu dibuat bagi menginsafi pengalaman pahit dan sejarah hitam yang pernah Pas lalui ketika penyertaannya dalam Barisan Nasional (BN) dahulu.

Dewan Ulama Pas Terengganu pula mengusulkan supaya Dewan Ulama Pas Pusat mendesak pimpinan parti itu menyusun dan menjalankan program sesuai dengan masyarakat bukan Islam ekoran sokongan yang diberikan golongan itu semasa pilihan raya umum lalu.

Satu lagi usul daripada dewan itu ialah menggesa Dewan Ulama Pas Pusat mengeluarkan hukum secara ilmiah terhadap caruman takaful. UTUSAN

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .