S'wak jalan baru ke Putrajaya

"Langkah pertama, gegarkan Sarawak. Sarawak barisan hadapan kita sekarang," kata penasihat PKR dalam ceramah khas malam tadi bersempena kongres nasional kelima partinya selama dua hari di Shah Alam mulai semalam.

"Selesai 14 haribulan saya ke Miri, saya akan minta menteri besar, ahli-ahli parlimen bergilir, tiap-tiap minggu mesti ada rombongan ahli Yang Berhormat dari Semenanjung yang turun ke Sarawak.

"Tanpa kecuali, semua mesti tetapkan jadual dan ikut disiplin parti."
PEWARIS KATA : Mungkin dia nak cover balik malu yang dulu kot.. kes 16 September dah memburukkan nama Anwar, sekarang ni dia nak realisasikan impian dia nak jadi PM. PM (pakar menipu) dah jadi, lani dah usha nak jadi PM (Prime Minister) pulak.

Anwar berusha nampaknya nak menarik MP Sarawak menyertai Pakatan Rakyat setelah Sabah dah memalukannya, sampaikan ada rombongan cari katak - katak ke Taiwan. Aduhai, kesiannya kepada Bro Anwar bin Ibrahim.

"Orang yang bersetuju, menunggu waktu untuk menyeberang, syaratnya tidak didedahkan sehingga mereka bersedia. Jadi, cakap salah, tidak cakap pun salah.

"Cakap salah, tidak cakap salah, jadi semua serba salah," katanya dengan gaya bernyanyi dan disambut dengan gelak ketawa para penyokongnya.
PEWARIS KATA : Kenapa dia tak dedahkan nama - nama katak yang nak melompat tu? Adakah isu basi ni nak dihangatkan semula oleh Anwar? Benarkah ada katak yang mahu melompat?

"Jika Allah mentakdirkan kita menang, kita menang.

"Saya yakin, insya Allah (ke Putrajaya) sebagaimana mana saya yakin (dapat menang lima negeri) sebelum 8 Mac," tambah Anwar. baca lagi
PEWARIS KATA : Allah tidak menyukai hambanya berperngai hasad dengki dan takabbur. Kita tunggu dan lihat, impian kerajaan pintu belakang Anwar berhasil atau tidak.


SUMBER : MALAYSIAKINI

Posted in , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!


"Sebagai contoh, ada pemimpin Pas dalam sesi ceramah ketika pilihan raya lalu berjanji kepada rakyat akan menutup kilang arak termasuk membuat janji lain dalam sesuatu perkara yang kononnya tidak diberi perhatian oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Bagaimanapun, janji itu dibuat sebelum menang pilihan raya. Tetapi apabila Pas sudah menang, hendak laksanakan pengharaman arak di kawasan majoriti orang Islam pun mereka tidak mampu kerana suara mereka tidak dihiraukan oleh DAP dan PKR.

"Malah, Pas juga dilihat terlalu lemah dan takut untuk menyuarakan pandangan mereka kerana bimbang akan dibantah oleh DAP walaupun tindakan itu jelas bertentangan dengan dasar mereka yang mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.BACA LAGI

PEWARISMELAYU KATA:

Ni la akibatnya kalau terlalu berjanji itu dan ini, mereka janji bukan - bukan benda yang tak dapat diterima akal. Ingat senang kah nak hapuskan maksiat, arak, judi dan rasuah dalam masa yang singkat?

Kita hidup di Malaysia, dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama. Kalau PAS nak hapuskan arak di Selangor, dapatkah mereka melaksanakannya?

RAKYAT SELANGOR sekarang dah puas hati dengan segala janji - janji manis PAS? Cakap tak serupa bikin!

Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Alahai Thailand..

Lapangan terbang Thailand terus ditutup

26/11/2008 5:11pm

BANGKOK 26 Nov. — Lapangan Terbang Suvarnabhu mi hari ini terus ditutup menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dibatalkan, berikutan penunjuk perasaan antikerajaan menyekat semua jalan menuju ke pintu masuk utama negara ini.

Lapangan Terbang Thailand (AOT), sebelum itu menya takan bahawa lapangan terbang itu akan dibuka pada tengah hari tetapi tidak dapat dilakukan kerana penyo kong antikerajaan tersebut telah mengambil alih lapangan terbang berkenaan.

Penyokong Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) telah mengisytiharkan hasrat mereka untuk menutup lapangan terbang itu sehingga Perdana Menteri Somchai Wongsa wat meletak jawatan.

Beliau dijangka pulang dari Peru hari ini setelah meng hadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima. Bagaimanapun pesawat yang membawa beliau pulang dilencongkan ke Chiang Mai.
Ketika beribu-ribu penyokong PAD masih berada di dalam dan luar terminal penumpang, beberapa penunjuk perasaan dilihat cuba memasuki radio aeronautikal dan menara kawalan trafik udara sementara satu lagi kumpu lan sedang menuju ke kawasan menempatkan pesawat.

Walaupun pihak berkuasa Thai memberikan jaminan keselamatan kepada lebih 3,000 penumpang yang terkan das di lapangan terbang itu, tetapi kelihatan hanya segelin tir anggota polis.

Bagaimanapun, pihak berkuasa lapangan terbang me nyatakan bahawa sebuah pesawat Iranian Airline yang membawa 416 Muslim Thai ke Mekah untuk menunaikan haji dibenarkan berlepas.

Lapangan terbang itu ditutup pada pukul 9 malam tadi bagi penerbangan keluar sementara ada beberapa pener bangan yang sepatutnya mendarat dilencongkan ke lapa ngan terbang antarabangsa lain di negera ini serta Lapa ngan Terbang Utapao di Chun Buri.

Salah sebuah pesawat yang dilencongkan itu ialah Indi an Airline yang mendarat di Lapangan Terbang Utapao tetapi penumpangnya terkandas kerana tidak ada kemu dahan untuk menempatkan penumpang asing.
Antara penerbangan yang dibatalkan ialah empat pener bangan Malaysia Airlines (MAS) ke Kuala Lumpur, serta tujuh penerbangan Air Asia juga ke Kuala Lumpur, dan beberapa lagi ke Pulau Pinang dan Johor Baharu.

Pengurus Kawasan MAS bagi Thailand, A. Vijayakuma ran berkata, penumpang dengan tiket Bangkok-Kuala Lumpur boleh menggunakan tiket itu untuk berlepas dari Phuket.
Beliau berkata, syarikat penerbangan juga menubuhkan pusat krisis kecemasan di mana penumpang boleh meng hubunginya untuk mendapatkan perkembangan terkini dengan menelefon 6622630565-71 atau 6621343184. — Bernama

PEWARISMELAYU KATA - 
Keadaan Thailand semakin lama semakin parah.. Mujurlah Malaysia tak jadi macam mereka. Allah, selamatkanlah negaraku yang tercinta ini. Aku mahukan kedamaian dinegaraku ini. 

Ya Allah, kau bukakanlah hati hamba - hambamu yang angkuh, tamak, busuk hati dan segala penyakit hati yang lain, semoga kami dapat melaksanakan syiarmu dan mengamalkan ajaran agamamu dengan aman. AMIN 

Posted in | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

( Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini. )


Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1. Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2. Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3. Setiap individu beragama Islam di negara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5. Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam

6. Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7. Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kita
Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang maya pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.


Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.


Sekian terima kasih dari saya.


Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .