Guan Eng langgar polisi CAT ciptaan DAP



KUALA LUMPUR – Kelulusan 101 projek perolehan berjumlah RM6.61 bilion yang diluluskan secara rundingan terus yang didedahkan oleh Menteri Kewangan bukan sahaja mengejutkan tetapi juga bertentangan dengan polisi CAT (Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan) yang dilaung-laungkan oleh DAP selama ini.

Kelab Jaringan Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KAGUM) yang memandang serius dengan pendedahan berkenaan berkata, ini memberi gambaran jelas penipuan telah dilakukan oleh pemimpin tertinggi DAP.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP seharusnya bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang diluluskan oleh kementerian yang pernah diterajui beliau.

"Sebagai pelopor kepada dasar CAT dan sebagai individu yang kerap memetik nama Khalifah Umar Abd Aziz sebagai panduan buat dirinya, bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng seharusnya bertanggungjawab terhadap kelulusan perolehan yang telah diluluskan oleh kementerian yang diterajui beliau. Lebih
memeranjatkan, perolehan ini juga tidak dibentangkan dan dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Kabinet sebelum ini," kata Mohd Noshrullah Mohd Zabidi, Pengerusi Biro Pembangunan Insan KAGUM.

Menurutnya, KAGUM percaya banyak lagi kerosakan dan ketirisan yang lebih dahsyat telah berlaku dalam tempoh 22 bulan negara ditadbir oleh kerajaan Pakatan Harapan.

KAGUM yang menyambut baik saranan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyiasat perkara ini agar sebarang penyelewengan dapat dibongkarkan turut menyarankan agar senarai 101 projek ini didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat ini.

Malah, pihaknya berharap mana-mana projek yang tidak memberi pulangan atau faedah terus kepada rakyat, dapat dihentikan oleh kerajaan. – MalaysiaGazette

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Senarai Penuh Menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin - Malaysia 2020

Sumber : Malaysiakini

Berikut senarai penuh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, seperti diumumkan sebentar tadi:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Mohamed Azmin Ali (Bersatu)
Timbalan Menteri: Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator) (MCA)

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
Ismail Sabri Yaakob (Umno)
Timbalan Menteri: Ikhmal Hisham Abdul Aziz (Bersatu)

Menteri Kewangan
Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: Abd Rahim Bakri (Umno)
Timbalan Menteri II: Mohd Shahar Abdullah (Umno)

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
Fadillah Yusof (GPS)
Timbalan Menteri: Dr Shahruddin Md Salleh (Bersatu)

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
Dr Mohd Radzi Md Jidin (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator) (MCA)
Timbalan Menteri II: Muslimin Yahaya (Bersatu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
Mustapa Mohamed (Bersatu)
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup (PBRS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu)
Timbalan Menteri: Mastura Yazid (Umno)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Takiyuddin Hassan (PAS)
Timbalan Menteri: Eddin Syazlee Shith (Bersatu)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Zulkifli Mohamad (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Shaary (PAS)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Dr Maximus Johnity Ongkili (PBS)
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib (GPS)

Menteri Pengangkutan
Wee Ka Siong (MCA)
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah (GPS)

Menteri Alam Sekitar
Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
Timbalan Menteri: Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator) (Umno)

Menteri Sumber Manusia
Saravanan Murugan (MIC)
Timbalan Menteri: Awang Hashim (PAS)

Menteri Wilayah Persekutuan
Annuar Musa (Umno)
Timbalan Menteri: Dr Santhara Kumar (Bersatu)

Menteri Wanita dan Keluarga
Rina Mohd Harun (Bersatu)
Timbalan Menteri: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)

Menteri Pengajian Tinggi
Dr Noraini Ahmad (Umno)
Timbalan Menteri: Dr Mansor Othman (Bersatu)

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
Dr Shamsul Anuar Nasarah (Umno)
Timbalan Menteri: Ali Biju (Bersatu)

Menteri Dalam Negeri
Hamzah Zainuddin (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Dr Ismail Mohamed Said (Umno)
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin (Bersatu)

Menteri Kesihatan
Dr Adham Baba (Umno)
Timbalan Menteri I: Dr Noor Azmi Ghazali (Bersatu)
Timbalan Menteri II: Aaron Ago Dagang (GPS)

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
Dr Ronald Kiandee (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Ahmad Hamzah (Umno)
Timbalan Menteri II: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dr Abd Latiff Ahmad (Bersatu)
Timbalan Menteri I: Abdul Rahman Mohamad (Umno)
Timbalan Menteri II: Henry Sum Agong (GPS)

Menteri Luar Negeri
Hishammuddin Hussein (Umno)
Timbalan Menteri: Kamaruddin Jaffar (Bersatu)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Alexander Nanta Linggi (GPS)
Timbalan Menteri: Rosol Wahid (Bersatu)

Menteri Komunikasi dan Multimedia
Saifuddin Abdullah (Bersatu)
Timbalan Menteri: Zahidi Zainul Abidin (Umno)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Zuraida Kamaruddin (Bersatu)
Timbalan Menteri: Ismail Abd Mutalib (Umno)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Khairy Jamaluddin (Umno)
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim (PAS)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS)
Timbalan Menteri: Mas Ermieyati Samsudin (Bersatu)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS)
Timbalan Menteri I: Dr Wee Jeck Seng (MCA)
Timbalan Menteri II: Willie Mongin (Bersatu)

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Nancy Shukri (GPS)
Timbalan Menteri: Dr Jeffrey G Kitingan (Star)

Menteri Perpaduan Negara
Halimah Mohamed Sadique (Umno)
Timbalan Menteri: Tiong King Sing (GPS)

Menteri Belia dan Sukan
Reezal Merican Naina Merican (Umno)
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator) (Bersatu)

Nota: Muhyiddin berkata tiada keperluan untuk melantik timbalan perdana menteri. Menteri-menteri kanan akan membantu perdana menteri menjalankan tugas, termasuk mempengerusikan mesyuarat kabinet ketik ketiadaannya dalam negara.  

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan baharu jangan campur urusan mahkamah: Annuar Musa


(BERNAMA) KUALA LUMPUR - Kerajaan gagasan Muafakat Nasional yang baharu dibentuk perlu memastikan mereka tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah, misalnya menggugurkan tuduhan kes berprofil tinggi yang melibatkan anggota parti mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, semua pihak perlu menghormati sistem peraturan perundangan dan pengasingan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan kehakiman dengan tidak mencampuradukkannya dengan kepentingan politik.

Posted in , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Muhyiddin rasmi jadi perdana menteri ke-8


Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini pada 10.33 pagi.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Feb lepas.

Turut berangkat pada istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

- Bernama

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri


(SINAR HARIAN) KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sah dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Pelantikan tersebut diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan dikeluarkan Datuk Paduka Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin sebentar tadi.

Menurut Ahmad Fadil, Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama bakal Pedana Menteri daripada ketua parti poltik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan ahli Dewan Rakyat yang bebas.

Katanya, proses itu adalah lanjutan daripada titah Seri Paduka di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama sebagai bakal Perdana Menteri.

"Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta ahli Dewan Rakyat yang bebas.

"Pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majariti Ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh (P143).

"Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik YB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.



Dalam kenyataan sama, Ahmad Fadil memaklumkan bahawa proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 jam 10.30 pagi di lstana Negara.

Menurutnya, Seri Paduka bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

"Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.

"Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan keselamatan dan pihak media," katanya.

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Ada usaha mahu pecah belahkan UMNO: Annuar

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan semua ahli Parlimen UMNO dan Pas masih teguh bersama walaupun usaha untuk memecahbelahkan parti berkenaan sedang berjalan.

Dakwa beliau, ada pihak tertentu cuba menimbulkan keraguan terhadap Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang); Datuk Seri Najib Tun Razak (Ahli Parlimen Pekan) dan lain-lain lagi.

“Masih berjalan usaha cuba memecahbelahkan UMNO.
 "Berani saya tegaskan, alhamdulillah semua kami MP (ahli Parlimen) UMNO dan BN teguh bersama, begitu juga UMNO dan Pas,” ciapnya di Twitter beliau hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, UMNO dan Pas reda meneruskan peranan mereka sebagai pembangkang walaupun Pakatan Harapan telah roboh.

Semalam, gabungan blok pembangkang mencapai kata sepakat bahawa Parlimen harus dibubarkan dan syor berkenaan telah pun dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Annuar berkata, syor berkenaan sebagai satu bentuk keadilan kepada sistem demokrasi dan mandat perlu dikembalikan semula kepada rakyat bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

Menurutnya, persepakatan itu juga sebagai tanda mereka menolak penubuhan kerajaan perpaduan yang mungkin dibentuk Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri sementara.

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Rakyat perlu tentukan masa depan negara, bukan elit politik - Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, Barisan Nasional dan PAS mencadangkan Parlimen dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum kerana masa depan negara serta kestabilan politik perlu ditentukan rakyat, bukannya elit politik.

“Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan.
“Kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya.
“Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada Allah buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BN, PAS, PBRS tuntut bubar Parlimen

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS berpendirian Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Katanya, pendirian itu dibuat berikutan ada cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.

“Berasaskan kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

“Selepas parti berbincang, kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat dan mohon Parlimen dibubarkan.

“Biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

BN, PAS tarik balik SD sokong Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan PAS memutuskan untuk menarik balik akuan bersumpah (SD) menyokong Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu terpaksa dibuat berikutan wujud cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan daripada Dr Mahathir.

“Kita membuat ketetapan bahawa sokongan kepada Perdana Menteri untuk membentuk gabungan tanpa DAP, terpaksa kita tarik balik.

“SD yang kita sampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, memberikan sokongan kepada Perdana Menteri dengan hanya terhad kepada pembentukan gabungan baharu tanpa DAP.

Posted in , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti


(Sinar Harian) SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara rasmi kehilangan majoriti kerusi dalam Dewan Rakyat susulan keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada pakatan itu dan 11 ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti untuk membentuk blok bebas.

Setakat jam 2 petang tadi, jumlah kerusi Parlimen Pakatan Harapan berkurangan kepada 101 berbanding jumlah kerusi asal dimiliki mereka sebelum ini iaitu 129.

Keseluruhan ahli Parlimen mewakili Bersatu ketika ini sejumlah 26 orang ditambah tindakan 11 ahli Parlimen PKR membentuk blok bebas menyebabkan PH kehilangan 37 kerusi dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Status terkini PH itu diakui Pensyarah Kanan Pusat Polisi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof yang menyifatkan dua keputusan besar dibuat Bersatu dan kumpulan penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memainkan peranan penting terhadap perkara itu.

"Sesebuah parti atau pakatan parti boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sekiranya mereka menerima sokongan sekurang-kurangnya 112 ahli Parlimen daripada keseluruhan 222 ahli Parlimen.

"Ketika ini, kita lihat PH tidak lagi menerima sokongan majoriti. Jadi dengan keputusan Perdana Menteri meletak jawatan, segalanya terserah kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Berdasarkan keadaan semasa, komposisi terkini jumlah kerusi Parlimen bagi setiap parti dalam PH adalah :

PKR (39),
DAP (42),
Amanah (11)
Warisan (9).

Di pihak pembangkang pula, komposisi terkini kerusi Parlimen bagi parti :

UMNO ialah 39,
MCA (2),
MIC (1),
Pas (18).

Selain itu, kerusi Parlimen lain diisi parti :

UPKO (1),
GPS (18),
GBS (3),
PSB (1) dan
Bebas (1).

Difahamkan jumlah kerusi Parlimen dimiliki PH yang kini hanya dianggotai, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP bakal berkurangan lagi apabila Parti Warisan Rakyat Sabah (Warisan) dijangka membuat keputusan keluar PH pada bila-bila masa.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Tun Dr Mahathir Mohamad letak jawatan Perdana Menteri

Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad, menghantar surat peletakan jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan pejabatnya, Mahathir menghantar surat peletakan jawatan tersebut ke Istana Negara kira-kira jam 1 petang tadi.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kerajaan Pintu Belakang?

Semalam merupakan kemuncak bagi Pakatan Harapan setelah Perdana Menteri pilihan mereka, Tun Dr Mahathir mengumumkan untuk kekal sebagai Perdana Menteri sehingga APEC pada bulan November dan terserah kepada diri beliau untuk letak jawatan.

Umum kita tahu bahawa masalah dalaman Pakatan Harapan terjadi sejak tahun lepas dan ura-ura penubuhan kerajaan Melayu-Bumiputera terjadi apabila kerajaan Pakatan Harapan gagal untuk melaksanakan segala manifesto pilihanraya, ekonomi yang teruk dan paling teruk adalah mereka gagal untuk menjaga kepentingan Melayu-Islam dan Bumiputera.

Kerajaan Pakatan Harapan Gagal

Kerajaan Pakatan Harapan sudah pun gagal untuk menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera. Siapakah yang mengetuai pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan? Parti mana yang telah mengangotai pentadbiran kerajaan?

Jika kerajaan Pakatan Harapan telah pun gagal, sepatutnya semua patut letak jawatan dan bubarkan sahaja parlimen, beri peluang kepada rakyat untuk pilih dan tentukan kerajaan yang baharu.

Muafakat Nasional bergabung dengan PPBM, sebahagian dari PKR, Gabungan Parti Sarawak, Warisan untuk membentuk kerajaan campuran? 

Semalam, UMNO telah mengadakan mesyuarat MT dan dah beri mandat kepada Presiden untuk buat keputusan yang terbaik untuk negara. Bagi pendapat penulis, enough is enough. 

Jika kerajaan Pakatan Harapan sebuah kerajaan yang gagal, mohon bubarkan parlimen pada YDP Agong dan adakan PRU15 dengan kadar segera.

UMNO dan Pas dibawah Muafakat Nasional tidak perlu sertai kerajaan campuran yang diterajui oleh Dr Mahathir. Biarkan Dr Mahathir dan parti komponen cari jalan keluar dalam kemelut ini. Jika parlimen dibubarkan, Muafakat Nasional sudah cukupu kuat untuk dapat sokongan rakyat terutamanya Melayu, Islam dan Bumiputra untuk menjadi kerajaan persekutuan selepas kejayaan PRU15.


Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

New alliance might end Pakatan rule

PETALING JAYA: Political anxiety continues to grip the nation as Pakatan Harapan is on the brink of collapse.

Events over the past 24 hours, and more importantly what will unfold today, is likely to spell doom for the 21-month-old ruling coalition.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Umno, PAS and Sabah and Sarawak’s leaders gathered at Istana Negara yesterday, fuelling speculation that the Pakatan government has collapsed.

Talk was rife that Bersatu has decided to pull out of the ruling coalition along with a group of PKR MPs aligned to party deputy president Datuk Seri Azmin Ali.



Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Anwar Says He Has Been Betrayed Today


(MMO) – PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said he considers himself to have been betrayed today.

In a Facebook Live broadcast, Anwar said that while no official announcement will be made tonight, he was informed that the treachery was complete.

“We were shocked today by developments that, to me, were a betrayal because promises were made,” he said.

The PKR president also joked with attendees of the prayer session at his home that while he might not be the country’s eighth prime minister, he might still be its ninth.

Speculation erupted today that Bersatu, Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak and Parti Warisan Sabah will form a new coalition government with the PKR faction aligned with Datuk Seri Azmin Ali.

The presidents of all five parties as well as Azmin were also granted an audience with the Yang di-Pertuan Agong this evening.

However, an aide to Tun Dr Mahathir Mohamad told the press that the prime minister is not scheduled to make any announcement tonight.

On Friday, Pakatan Harapan convened an increasingly rare meeting of its presidential council that was meant to fix a date for Dr Mahathir’s departure as the prime minister.

However, the event ended in a stalemate after Dr Mahathir’s party threatened to withdraw from the coalition unless he is allowed to choose when he will relinquish the position.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PH serah pada Dr M tarikh peralihan kuasa



(Malaysiakini) Majlis Presiden PH menyerahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa selepas Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di ibu negara Nov depan.

Bercakap pada sidang media lewat malam di Putrajaya, Mahathir berkata PH membuat keputusan itu sebulat suara.

"Kita telah bincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti.

"Akhirnya saya tak payah lah ulang apa yang kita capaikan. Terdapat dua pendapat.
Iklan

"Akhirnya semuanya diserah kepada saya. Apa yang saya cakap mereka akan turut. Peralihan akan berlaku lepas Apec.

"Tiada tempoh masa (timeframe), terpulang kepada saya sama ada saya nak lepas atau tidak.  Itulah kepercayaan yang kita persetujui oleh (Majlis Presiden) parti kepada saya. Alhamdulillah," katanya.

Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir diapit oleh bakal penggantinya Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut hadir pimpinan tertinggi parti-parti dalam gabungan PH, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak kelihatan pada sidang akhbar itu.



Sementara itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata semua pihak tidak ada keraguan terhadap Dr Mahathir selaku perdana menteri.

"Saya cadang Tun diberi peluang mentadbir negara dan tetapkan bila masa yang sesuai. Sementara itu saya kena bersabar," kata Anwar.

Dalam perkembangan lain, Mahathir berkata, mesyuarat malam ini juga berbincang tentang Pilihan Raya Sarawak bagi penyusunan kerusi untuk memastikan tidak berlaku pertembungan sesama sendiri.

Jelas beliau, PH akan mengadakan satu konvensyen bagi membincang dan menyeleraskan pilihan raya negeri Sarawak.

Sebelum ini, Dr Mahathir telah berulang kali berjanji untuk meletakkan jawatan selepas sidang kemuncak Apec di Kuala Lumpur pada November akan datang.

Sarawak Report pada 11 Feb lalu mendakwa terdapat sekumpulan anggota parlimen kini sedang mengusahakan akuan berkanun (SD) bagi menyokong Dr Mahathir.

Bagaimanapun, Anwar menafikan penglibatan Mahathir dalam isu SD itu, namun menjelaskan terdapat usaha daripada PAS, Umno dan "sekumpulan" ahli PKR.

Terdapat juga usaha dalam parti Anwar sendiri untuk meraih dua SD berasingan - satu menyokong presiden PKR dan yang lain supaya Dr Mahathir berkhidmat sehingga habis penggal.

PAS juga turut merancang untuk menggerakkan undi percaya buat Dr Mahathir bagi menerajui negara sehingga akhir penggal di Dewan Rakyat pada Mac ini.

Pewaris Melayu : Kena game dah DS Anwar kita. PM-in-waiting terlama di dunia

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Berundur lagi 3 tahun, Hasrat Dr. Mahathir bunuh PH



(Utusan) KUALA LUMPUR 28 Sept. - Hasrat Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berundur daripada jawatan sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi didakwa akan membunuh Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, hal itu kerana Presiden partinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masa yang cukup untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, kenyataan Dr. Mahathir dalam satu dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York kelmarin menyebabkan beliau secara peribadi tidak mempercayai Perdana Menteri Ketujuh itu.

"Kalau Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru nak serah (jawatan Perdana Menteri kepada Anwar) itu nak membunuh parti, nak membunuh PH.

"Tak ada masa untuk Anwar berkempen, dia mesti bersedia sekurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen," katanya memetik laporan Malaysiakini, di sini hari ini.

Syed Husin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Memperingati 50 tahun bekas Yang Dipertua Agung Pas, Dr. Burhanuddin Al-Helmy di Auditorium Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, di sini.

Kelmarin, Dr. Mahathir memberitahu beliau hanya akan berundur sebelum PRU-15 dan mungkin ada tiga tahun paling lama untuknya berbuat demikian.

Di bawah perjanjian antara pemimpin PH, Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar tetapi tiada tarikh ditetapkan.

Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PH itu berulang kali menegaskan beliau akan mengotakan janji berundur apabila negara kembali pulih dan stabil. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

PKR berpecah, tidak patut serah jawatan PM kepada Anwar



(Utusan) KUALA LUMPUR 30 Sept. - Perpecahan yang didakwa berlaku dalam PKR ketika ini menjadi antara alasan mengapa jawatan Perdana Menteri dirasakan tidak sesuai diberikan kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu merupakan reaksi Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Sazmi Miah yang merujuk kata-kata Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr. Syed Husin Ali berhubung komitmen Perdana Menteri daripada Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai penyerahan jawatannya kepada Anwar.

"Dengan perpecahan dalaman yang ketara dalam PKR sekarang, memang tidak wajar jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Anwar, ini diketahui umum, bukan sekadar khabar angin," katanya yang dipetik daripada laporan Free Malaysia Today hari ini.

Hubungan antara kem Bersatu dan PKR dalam Pakatan Harapan (PH) ketika ini dilihat semakin tidak rapat selepas dianggap Dr. Mahathir mungkin tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Hal demikian diperkuatkan lagi apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sendiri nampak menyokong kuat Dr. Mahathir supaya kekal sebagai Perdana Menteri selama satu penggal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan perjanjian sebelum ini yang didakwa berlaku, Dr. Mahathir dijangka menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar pada Mei 2020 iaitu genap dua tahun PH menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Disebabkan beberapa kenyataan Dr. Mahathir yang dilihat tidak ingin menyerahkan jawatan tersebut, beberapa pemimpin PKR tanpa berselindung mempertikaikan Pengerusi PH tersebut.

Namun bagi Sazmi, sebagai pemimpin dan negarawan ulung, semestinya Dr. Mahathir mengambil kira pelbagai aspek dan situasi semasa jika mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada sesiapa.

"Ini bukan calang-calang jawatan, bukan hendak melantik penghulu atau penggawa kampung, ianya perlu dibuat dengan penuh kebijaksanaan," katanya.

Pada 4 Ogos lalu, Ketua PKR Kangar, Noor Amin Ahmad mendakwa lebih 90 peratus atau 197 daripada 219 ketua bahagian PKR di seluruh negara menyokong kepimpinan Anwar dan menafikan berlaku perpecahan dalam parti itu.

Sazmi berkata, pemimpin PKR yang mahu Anwar menjadi Perdana Menteri sepatutnya menunggu sehingga dua tahun, bukannya melabelkan Dr. Mahathir sebagai individu tidak boleh dipercayai.
 
"Mereka agak gelisah, sememangnya menunjukkan mereka kurang sabar dan seperti takut kepada bayang-bayang sendiri, belum pun tiba tarikh sebenar yang mereka war-warkan kononnya dua tahun (untuk serah jawatan) tapi sekarang sudah beria menuntut janji.

"Jadi, untuk melabel (Dr. Mahathir tidak boleh dipercayai) itu kenalah sampai masa baru boleh cakap," katanya dalam laporan portal itu lagi.

Sazmi juga bimbang sikap 'celupar' sesetengah pemimpin PKR mendesak Dr. Mahathir menyerahkan jawatan kuasa kepada Presiden PKR itu akan menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan.

"Dengan melabelkan Perdana Menteri tidak boleh dipercayai dan tidak boleh pegang janji, ia satu tuduhan yang serius, tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin parti, apatah lagi seseorang yang berkaliber seperti Syed Husin.
 
"Sudah tentu ia akan mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati rakan-rakan dalam Bersatu, ianya umpama kita beri pandangan Anwar tidak layak dilantik Perdana Menteri kerana beliau adalah bekas banduan, tetapi kita tidaklah sampai tahap nak kata begitu," katanya.

Beliau yakin Dr. Mahathir akan membuat keputusan apabila sampai masanya dan Bersatu Kelantan menyokong penuh Pengerusi parti terus mentadbir negara sehingga PRU-15.

1 Comment
Jom komen di Facebook!

Inquest Adib : Kematian Adib akibat jenayah, polis lambat bertindak


Kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau tiga penyerang tidak dikenali yang mengheret dan memukulnya ketika rusuhan berlau di Kuil Sri Mahamariamman di Seafield tahun lalu.

Koroner Rofiah Mohamad ketika menyampaikan keputusan bagi menentukan punca kematian Adib juga mengumumkan mahkamah mendapati polis tidak bertindak semasa rusuhan berlaku.

Menurutnya, trauma tumpul pada dada yang membawa kepada kematian anggota bomba itu bukan akibat perbuatan sendiri mahupun disebabkan oleh kemalangan.

"Saya juga membuat dapatan kematian arwah disebabkan kegagalan PDRM dan FRU kawal rusuhan.


Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Alhamdulillah! Al-Sultan Abdullah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16


KUALA LUMPUR – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selamat ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang, lambang kemegahan sistem raja berperlembagaan yang menjadi amalan di negara ini.

Berikut adalah ikrar Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,

BETA AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNA SETIAP MASA AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membacakan Surat Pengisytiharan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang mana kandungannya berbunyi :

“BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,

BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK MALAYSIA IAITU DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI MAKA KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM BELAS.”

— BERNAMA


Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Confirmed, The RM2.6 Billion Najib Received Came From The Saudis


(FMT) – The High Court in Najib Razak’s SRC International corruption trial today allowed the defence to question a witness on money which purportedly came from a donation deposited in the former prime minister’s bank account.

Judge Mohd Nazlan Mohd Ghazali allowed defence counsel Harvinderjit Singh to cross-examine former Ambank relationship manager Joanna Yu Ging Ping after hearing a short submission.

“Proceed,” the judge said in ruling that the defence could continue to cross-examine the 54th witness.

Earlier, ad hoc prosecutor V Sithambaram had got up to object when Harvinderjit questioned Yu on money going into Najib’s Ambank current account ending with the numbers 694.

“Events related to the inflow of Arab money is irrelevant to the charge the accused is facing,” he said.

Sithambaram said there must be some proximity to the charges but events starting from 2011 were “too far off”.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .