Memaparkan catatan dengan label Cukai SST. Papar semua catatan

Najib : Penjelasan KFC contoh SST tidak telus



(Malaysiakini) Kenaikan harga produk restoran makanan segera KFC adalah contoh bagaimana cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST) kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib dalam catatan Facebook berkata demikian berdasarkan penjelasan KFC bahawa kenaikan harga pada menu popularnya disebabkan penyelarasan harga selepas SST.

“Penjelasan pihak KFC semalam bahawa kenaikan harga jualan mereka ialah akibat memasukkan cukai SST merupakan satu contoh mengapa SST tidak telus.


“Rakyat semakin sedar mereka masih dicukai di bawah SST walaupun resit tidak lagi menunjukkan cukai kerajaan dikutip sebagaimana sistem GST,” kata Najib.

Semalam, KFC memaklumkan pihaknya telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan SST sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

Sebelum itu media melaporkan tular di laman-laman sosial mengenai kenaikan mendadak harga ayam KFC yang disifatkan pengguna terlalu tinggi.

Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .