Memaparkan catatan dengan label ganas. Papar semua catatan

Fatwa Haram Bersih 3.0 : Nik Aziz mempertikai Majlis Fatwa Kebangsaan!


Biasalah, bila ada isu dan perlaksanaan berkaitan dengan politik dan agama pastinya orang yang paling suci dan paling bagus di Tanah Melayu ni, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat, MURSYIDUL AM sebuah parti yang mempergunakan agama untuk politik dan juga Menteri Besar Kelantan sepanjang hayat akan mempertikaikan dan secara langsung merendah - rendahkan kenyataan fatwa tersebut.

Kenyataan terbaru dari Majlis Fatwa Kebangsaan :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.
Secara kasarnya, bagi manusia yang mempunyai otak dan akal yang berfungsi pasti boleh faham akan kenyataan fatwa tersebut.

Hukum haram sesebuah demonstrasi dijatuhkan apabila demonstrasi itu diadakan dengan tujuan tidak baik (contohnya di Mesir dan negara arab yang menjatuhkan kerajaan pemerintah), melanggar undang - undang (kalau polis dah dapat perintah mahkamah untuk tidak benar berhimpun, bila kita tak ikut perintah mahkamah ia bermakna kita dah melanggar undang undang) serta mencetuskan huru - hara (Dah tahu mahkamah, Polis, DBKL tak bagi berhimpun dan dah kawal kawasan lalu kita rempuh juga sekatan, lalu polis tembak air dan pemedih mata, tak ke dah jadi huru hara. salah siapa)

Mari kita belajar, apakah itu fatwa dan dari mana fatwa boleh datang :


 Anda dah faham dari mana fatwa diterbitkan. Okey.. Kenapa tiba - tiba Mursyidul am yang paling hebat, mulia, suci dan tak boleh disentuh ini mempertikaikan fatwa yang mengecam demonstrasi ganas Bersih 3.0 tempoh hari


Situasi Bersih 3.0 :

  • Tujuan : Menuntut 8 perkara baru untuk memperbaiki sistem pilihanraya Malaysia
Komen penulis : Tak salah nak menuntut apa sekalipun. Bagi penulis, penulis setuju dengan tuntutan Bersih yang ingin melihat proses pengundian pilihanraya bertambah elok dan berkualiti. Tetapi, adakah kesemua 8 tuntutan Bersih itu boleh diterima pakai..
  • Bersih tidak langgar undang - undang. Hanya hendak duduk di Dataran Merdeka sahaja.
Komen Penulis : Pihak KDN dah dapat ramal apa akan terjadi bila berhimpun ramai -ramai. Dah terang- terang Bersih tak bawa mesej 100% untuk membersihkan pilihanraya tetapi mereka mempunyai misi disebaliknya. Permulaannya KDN dan   DBKL dah bagi beberapa opsyen kepada penganjur untuk buat demo di stadium. 

Malangnya Bersih menolak pelawaan KDN dan DBKL yang tak mahu perkara buruk terjadi, mereka masih lagi nak duduk di Dataran Merdeka selepas Polis dapat perintah mahkamah untuk menutup dan mengawal kawasan Dataran Merdeka pada malam 27hb April sehingga 29 hb. 

Apabila unit AMAL Pas yang mengetuai perarakan demonstran yang merempuh sekatan Polis, adakah mereka yang merempuh sekatan itu mengikuti undang - undang dan juga perintah mahkamah?

  • Mencetuskan huru - hara
Komen penulis : Bila demonstran dah tak ikut perintah mahkamah dengan merempuh sekatan Polis, takkanlah pihak Polis nak biarkan demonstran yang emosional, bengis dan ganas tu terus ke Dataran Merdeka. 

Sebelum FRU melepaskan gas pemedih mata dan juga air, mereka telah memberikan amaran kepada demonstran supaya berundur. Tetapi demonstran Bersih 3.0 yang ganas ini tetap mahu mara ke Dataran dan nak lawan dengan Polis, tak boleh nak cakap apa lah.. Polis terus menembak. Kemudian suasana menjadi huru hara bila mereka lari dari gas pemedih mata dan siraman air. 

Kesimpulan penulis : Kalau tak pergi demo tu, takkanlah nak jadi pelanggaran undang - undang, takkan jadi keadaan huru hara dan takkan jadi segala - galanya!

NIK AZIZ TAK BOLEH PAKAI! TAK GUNA PUNYA ORANG TUA!


Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Lagi Poster Bersih 3.0! Sebar sampai pembangkang kalah PRU 13 nanti!





Posted in , , | 12 Comments
Jom komen di Facebook!

BUKTI Bersih 3.0 didalangi PEMBANGKANG! Nik Aziz taja pendemo untuk merusuh!


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari  wang parti, sebaliknya  kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.

“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya,  bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Fadzli Mohd Hassan tidak menolak kemungkinan terdapat peserta yang hadir dibiayai oleh pihak-pihak tertentu, namun bukan atas kapasiti parti.

“Kita tidak ada duit untuk biayai peserta yang begitu ramai, kebiasaannya orang Pas ini mengeluarkan duit sendiri, namun jika ada tajaan, mungkin itu bersifat peribadi,” katanya.

Fadzli yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, pihaknya tidak pernah membincangkan soal kewangan untuk  peserta Bersih, namun mengakui mengeluarkan belanja untuk ceramah yang dihadiri Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, tiga hari lalu. Sumber 

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Bersih 3.0 : Senarai nama 11 Anggota Polis DiRaja Malaysia yang cedera


Senarai nama polis yang tercedera. Doakan mereka cepat sembuh untuk kembali bertugas. 

1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM. 

3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL. 

4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL. 

6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM. 

7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL. 

8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL. 

9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL. 

10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Sebarkan! Poster Bersih 3.0 Yang Ganas!



Posted in , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Bersih 3.0 : Demo duduk bantah atau demo ganas



KUALA LUMPUR, 28 April — Polis telah melepaskan meriam air serta gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan yang merempuh benteng di depan Dewan Perbandaran Kuala Lumpur (DBKL) menuju ke Dataran Merdeka, mengakibatkan suasana huru-hara.
Beberapa peserta rombongan 15,000 orang dipimpin Azmin Ali telah merempuh benteng untuk bergerak ke arah Dataran bersejarah itu, menyebabkan pihak polis telah menembak air mengandungi bahan kima serta bejana gas pemedih mata.
Air ditembak polis sejauh premis DBKL berhampiran Jalan Parliment, dan dengan tembakan itu, orang ramai di Dataran lari bertempiaran dengan adanya perserta ditahan.
Polis kini terus bergerak melalui Jalan Tun Perak dan menembak gas pemedih mata ke rombongan di Masjid Jamek.
Arahan telah dikeluarkan kepada polis untuk tidak terus menembak meriam air dan gas pemedih mata ke arah orang ramai. LAGI

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .