Memaparkan catatan dengan label kpmu. Papar semua catatan

Anwar tidak nafikan dia pembohong- Dia cuma tak gila

Dalam sidang akhbar tengah hari tadi Anwar tidak menafikan bahawa dia pembohong cuma dia kata dia tidak gila. Tidak siapa pula yang mengatakan dia tidak gila tapi mungkin belum lagi gila. Macam mana kita tidak katakan dia belum gila sebab hari -hari buat sidang akhbar dan bercakap perkara yang sama. Kita masih “on track” kita sudah ada 31 orang yang akan lompat parti. Kita dah ada 45 orang yang akan lompat parti dan esok turun pula 31 orang dan lusa kita sudah ada cukup dan kemudian kita dah ada lebih. Jika Anwar tidak gila mungkin rakyat pula yang akan jadi gila.

Beliau berkata lagi Perdana Menteri tidak faham akan isi kandungan surat itu kerana dia meminta untuk berbincang mengenai masalah kestabilan negara dan arah tuju politik. Mana PM nak faham, dia siapa yang mahu ajak PM berbincang pasal kestabilan politik dan arah tuju politik, gila ka…. lagi pun yang merasakan politik tidak stabil adalah dirinya kerana dia yang membuatkan seolah-olah politik tidak stabil. Bagi kerajaan tidak pula menampakan ada ketidakstabilan politik kerana kerajaan masih ada kelebihan 31 kerusi.

Sidang akhbar hari ini sama juga, masih tidak dapat mengumumkan senarai nama yang dikatakan ada pada beliau. Berikut keyataan Anwar dalam sidang akhbar hari ini, pelayar nilaikan dan esok lusa mungkin ada sidang akhbar lagi...baca lagi..

Posted in | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

PKR terdesak!!

Sebrang Jaya - 23 Ogos, Menurut Ketua Angkatan Pemuda Keadilan sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Seri Anwar sudah menang tanpa bertanding kerana Ariff Shah telah terbatal kerana melanggar undang-undang pilihanraya. Beliau bercakap ketika berlaku kekecohan dihadapan Hotel Sunway dimana sebuah lori dan 2 orang pekerja yang dilaporkan memakai baju UMNO telah memasang banner yang mengecam Datuk Seri Anwar.

Peristiwa yang berlaku pada jam 4 petang ini telah membakar semangat penyokong parti Keadilan yang telah datang beramai-ramai untuk melihat banner yang dipasang disekitar hotel dimana ramai penyokong UMNO yang tinggal dihotel berkenaan. Menurut saksi, pemasang banner itu hanya sempat memasang 5 keping banner dan mereka telah menangkap si pemasang banner.

Shamsul juga telah menuduh kerja-kerja ini dilakukan oleh orang UMNO kerana budak yang memasang banner ini memakai baju UMNO.

Apakah UMNO begitu bodoh untuk memasang banner berkenaan pada siang hari dan memakai baju UMNO? Yang peliknya bagaimana Shamsul dan rakan boleh tiba tepat pada waktu mereka memasang banner, apakah Keadilan begitu terdesak sehingga membuat lakonan bagi memenangkan Datuk Seri Anwar.

Menurut beberapa orang yang menjadi saksi, mereka telah melihat lori itu parking dihadapan hotel hampir sejam dan apabila Shamsul sampai baru mereka mula memasang banner berkenaan. Kami telah menghubungi bilik gerakan UMNO dan juga bilik gerakan Pemuda dan mereka menafikan terlibat dalam perbuatan ini.

Antara baner yang dipasang tertulis:

-Anwar jadi PM-Esok Isarael buka kedutaan KL-Lusa Amerika buka pangkalan di Butterworth

-Penang gua punya - Lim Guan Eng

-Hj Hadi layak jadi PM dari Anwar.

Norhisham Abu Bakar


Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

KPMU:Anwar munafik hina Islam dan Al-Quran

Anwar Ibrahim dayus dan masih mahu menikus dan tidak menghormati rumah Allah dan Al-Quran sebagai pegangan umat Islam. Anwar menghina perbuatan Saiful sedangkan dia langsung tidak berani untuk menyatakan kebenaran dirumah Allah dan dihadapan Al-Quran.

Jangan berdalih, apa yang Saiful lakukan adalah mengikut Islam dan dia tidak ke gereja atau kuil. Polis adalah tuntutan dunia. Tuntutan Islam telah dilakukan petang tadi.

DS Anwar dakwa sumpah Al-Quran bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan petang tadi hanya satu gimik kotor politik UMNO. Mengulasnya hal itu Anwar berkata jika Saiful nak ikut cara Islam maka dia harus bawa kesnya ke Mahkamah Syariah dan tidak buat aduan pada polis. Katanya sehari selepas SPR umum tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh beliau didakwa di mahkamah dan kini sehari sebelum penamaan calon angkat sumpah ini diadakan.

Inilah yang dikatakan Anwar menggunakan kuasa politik untuk mempertahankan diri. Apa saja kesalahan yang beliau lakukan akan beliau salurkan kepada politik dan kaitkan dengan UMNO. Jika Anwar membunuh sekali pun semua akan disalurkan sebagai UMNO mahu memfitnah beliau.

Itulah sebabnya, Wan Azizah terpaksa tergesa-gesa mengosongkan kerusi setelah tahu kertas siasatan kes Anwar berjubur dengan Saiful selesai dan telah diserah kepada peguam negara. Jauh mana Anwar mahu lari. Bangkai gajah tidak akan dapat disembunyikan walau sebesar padang bola tikar yang menutupnya.

Anwar menghina Islam lagi. Anwar menghina Al-Quran Anwar menghina rumah Allah dan yang paling keji Anwar menghina umat Islam. Seoalah-olah sumpah di rumah Allah sumpah di hadapan Al-Quran sumpah orang Islam boleh dipersendakan.

UMNO tidak takut jika Anwar ke Parlimen. UMNO tidak pernah takut dalam mana-mana pilihanraya. Umno pernah kalah di Lunas kepada PKR tetapi UMNO tidak akan persendakan Islam.

Anwar munafik ini. Akan mendapat pengajaran dari Allah SWT. Semoga Allah SWT berikan petunjuk kepada munafik ini. Kalau anak jantan ada telor. Bersumpahlah Anwar anak Ibrahim. Agar roh allahyarham ayahanda mu aman disisi Allah SWT. Ingat pesanan allahayrahamah ibu mu sebelum hembus nafas terakhir, wahai Anwar munafik.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Cerita ‘menantu’ dalam PAS

APABILA Badan Pencegah Rasuah (BPR) masuk menyiasat isu perlantikan Ir. Ariffahmi Abdul Rahman sebagai COO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat macam tidak dapat menerima kehadiran BPR.

Lantas, Menteri Besar Kelantan itu dipetik sebagai berkata; kenapa bila ada surat layang, terlalu cepat BPR masuk menyiasat isu perlantikan Ariffahmi sedangkan banyak lagi isu rasuah menteri-menteri dari Barisan Nasional (BN) tidak pun diambil perhatian oleh BPR.

Pembelaan Nik Aziz terhadap Ariffahmi kerana Ariffahmi yang sebelum itu merupakan Ketua Sektor Hartanah dan Pengurus Projek Bandar Baru Tanjung, adalah menantunya yang selama ini, Pas mengambarkan Umnolah parti yang mengamalkan ‘kronisme’.

Tidak kedengaran pula suara-suara Ketua Penerangan Pas, Mahfudz Omar dan Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengenai Nik Aziz yang mengamalkan kronisme, melantik menantu sendiri menjadi COO dalam PMBK.
Sebenarnya, Pas memang mengamalkan kronisme. Begitu juga dengan PKR dan DAP. Jika tidak, bagaimana anak kepada Karpal Singh, Pengerusi DAP, boleh meletakkan anaknya, Gobind Singh Deo boleh diletakkan bertanding dan menang di Parlimen Puchong?

Ipar kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah menang Ketua Dewan Muslimat Pas. Dr. Hatta Ramli adalah sepupu kepada Subky Abd Latif. Adun Panchor, Nik Amar Nik Abdullah adalah anak kepada Allahyarham Nik Abdullah Arshad, bekas MP Pengkalan Chepa.

Satu contoh paling baik untuk dilihat, seorang lagi anak Karpal, Jagdeep Singh Deo diletakkan bertanding di DUN Datuk Keramat Pulau Pinang(di bawah Parlimen Jelutong).

Lim Kit Siang yang bertanding di Parlimen Ipoh Timur, anaknya Lim Guan Eng bertanding di DUN Air Putih di bawah Parlimen Bukit Bendera dan isterinya Betty Chew, bertanding di Kota Laksamana, di bawah Parlimen Kota Melaka.

Dalam PKR, selain isteri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail bertanding di Permatang Pauh, anaknya Nurul Izah, bertanding di Lembah Pantai.

Ini adalah antara contoh, di mana kronisme tidak dapat dipisahkan dari parti-parti pembangkang. Namun, apabila mereka menyerang kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar menang di kerusi Parlimen Rembau, seolah-olah hanya dalam Umno sahaja wujud calon-calon yang ada kaitan dan persaudaraan dengan pucuk pimpinan.

Apa jawatan Gobind dan Jagdeep Singh dalam DAP yang menyebabkan kedua-duanya dapat bertanding dalam pilihan raya?

Nik Aziz tidak perlu melenting dan gusar dengan kehadiran BPR menyiasat isu perlantikan Ariffahmi sebagai COO PMBK jika perlantikan itu mengikut peraturan dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang .
Mahfudz dan Sallahuddin perlulah lebih berani menegur kepimpinan Pas dalam isu kronisme jika dia mahu terus menyerang Umno yang sering didakwanya mengamalkan perkara yang sama, sedangkan Khairy adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, selain dari jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau.

Sejarah membuktikan, semua Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia diletakkan bertanding dalam pilihan raya. Antaranya, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Allahyarham Hashim Safin, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir dan Datuk Mohamed Rahmat (sekarang Tan Sri).

Apa isunya apabila Khairy diletakkan bertanding di Rembau? Sepatutnya mereka yang hendak menyerang Datuk Seri Abdullah kerana isu ini, melihat politik ini secara lebih luas dengan ‘menyaksikan Karpal Singh’ meletakkan anak-anaknya bertanding. Anwar Ibrahim juga turut berbuat demikian. Lim Kit Siang sudah lama melakukannya, selain dari sejarah membuktikan sepasang suami isteri, Allahyarham Tan Sri Kadir Yusof pernah menjadi menteri kabinet bersama-sama isterinya, Tun Fatimah Hashim.

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Anwar menikus lagi memilih kandang sendiri

Why should i be charge , for what ….they have gone to one month of fishing expeditions and they didn’t got any fish …….kata Anwar Ibrahim. Bukan mereka tidak dapat tangkap ikan sebenarnya, ikan itu sendiri tahu bahawa ikan itu telah pun terperangkap dan tunggu ditarik ke darat sahaja. Malah masa membuat kenyataan itu , ikan itu juga sudah terasa bahawa dia sudah termakan kail.

Inilah sebenarnya senjata terakhir untuk Anwar melepaskan diri dan ini juga telah dirancang bersama dengan isteri tersayang dan Wan Azizah terpaksa melepaskan jawatan dalam keadaan yang kelam kabut bagi membantu menyelamatkan suami dari didakwa kelak . Sebenarnya , pihak berkuasa tidak ada mengumumkan apa-apa lagi, cuma kertas siasatan terhadap Anwar Ibrahim telah selesai dan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Anwar bagaikan sudah tahu apa yang akan terjadi setelah surat ini diserahkan kepada peguam negara lantas tergesa-gesa mengumumkan perletakan jawatan Wan Azizah untuk memberikan laluan kepada suaminya untuk bertanding di Permatang Pauh. Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Wan Azizah menang besar dengan majoriti 13,388 dalam PRU12. Dalam pilihanraya 2004, Wan Azizah menang tipis dengan majoriti 590 undi. Sebelum ini, Anwar sebut nak bertanding di Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Kuala Kangsar.

Sekiranya peguam negara memutuskan Anwar perlu di dakwa, mereka akan menggunakan isu bahawa kerajaan sengaja mahu menghalang beliau untuk bertanding pada pilihanraya kecil di Permatang Pauh nanti. Anwar mahu membakar kemarahan rakyat dan akan berlindung dan berperisaikan pengaruh politik untuk menyelamatkan diri dari di dakwa. Anwar terlalu takut pada kali ini untuk menghadapi dan berhadapan dengan perbicaraan mengenai isu liwat yang telah dibuat oleh bekas PEMBANTU KHAS beliau sendiri.

Anwar yang sebelum ini mengintai Kulim Bandar dan Bandar Tun Razak sebenarnya hanyalah wayang kulit semata-mata kerana mahu membuktikan bahawa beliau boleh bertanding di mana-mana sahaja. tetapi hakikat sebenarnya Anwar bukan lah anak jantan seperti yang dikatakan oleh Datuk Noh Omar. Anwar terpaksa bertanding dikubu kuat nya kerana takut kalah. Jika beliau benar-benar berani mengapa beliau tidak meminta Menteri Besar Selangor mengosongkan kerusi Parlimen dan Azizah juga akan terselamat dan ianya tidak akan memberikan sebarang kesan kepada Menteri Besar Selangor kerana Tan Sri Khalid masih mepunyai kerusi DUN bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Menurut Datuk Syed Hamid , Menteri dalam negeri berkata seolah-olah ada perbicaraan menerusi media jika wartawan terus malaporkan mengenai kes ini sedang pihak berkuasa tidak pun mengambil semua laporan lagi. Biarlah ia melalui proses penyiasatan oleh pihak berkuasa, Anwar tidak lagi bersalah dan tidak lagi didakwa selagi dia tidak di dakwa dan tidak didapati bersalah.

Posted in , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .