Memaparkan catatan dengan label MB Kedah. Papar semua catatan

UMNO memang anti Islam sebab runtuh surau gantikan dengan masjid! Pas pembela Islam runtuhkan surau dan gantikan dengan shopping complex!

Salam to all,


Sakit hati penulis baca tulisan Idris Ahmad di Harakahdaily Online, sebagai jawapan kepada 7 sebab kenapa rakyat kena pilih UMNO dan Barisan Nasional oleh  YAB Perdana Menteri semasa ulangtahun UMNO ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari. 


Perenggan yang amat menyakitkan hati ialah : 


Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak  Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini  angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Kepala hotak hang Idris! 


Sejak dari 20 tahun dahulu Pas dapat tadbir Kelantan sampai harini Nik Aziz mengaku hangpa baru bina berapa butir masjid je dinegeri Kelantan, macam tu ke gaya pejuang agama


Dari dulu sampai sekarang, ISLAM, ISLAM, ISLAM hanya dibibir tapi perlaksanaannya tiada! Sejak Pas kawan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan, Pas hanya ikut saja telunjuk orang lain sampai sanggup nak runtuh surau warisan untuk meneruskan tapak projek pusat beli belah! 


Apa ni Pas!!


Madrasah Salihiah, Kanchut di sini, yang dipertahankan waris-waris pemilik asal tapak madrasah itu, akan dirobohkan dalam masa terdekat bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central bernilai RM500 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak perobohan madrasah itu akan terus dilakukan kerana warisnya hanya memfailkan injunksi yang mempertikai penjualan tanah wakaf tersebut.

"Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf telah menerima pampasan lebih RM1.4 juta. Kita akan teruskan rancangan merobohkan madrasah ini walaupun warisnya memfailkan semula injunksi.

"Sebuah surau yang memuatkan hampir 400 orang akan dibina sebagai ganti di samping tapak baru masih dicari bagi membina semula madrasah tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.



Pewaris Melayu kata : Campak buang la serban membusut dan janggut yang panjang tu. Simpan janggut dan lilit serban konon nak claim Islam dan warak tapi kata kat orang 2x5 sahaja. Depa lagi teruk!

Posted in , , , , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

Sign boad di Kedah juga mahu dipolitikkan?

ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.

Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.

Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. BERNAMA

SUMBER

Pewaris Melayu : Alahai Ustaz Azizan, tak ada modal lain ke, asyik - asyik nak sebut kerajaan yang lepas.. Tak paham betul..

Posted in , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .