PAS rampas kerusi Parlimen KT

KUALA TERENGGANU 17 Jan. – Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.35 malam, Wan Ahmad Farid memperoleh 30,252 undi manakala Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam memperoleh 32,883 undi.

Seorang lagi calon yang bertanding atas tiket Bebas, Azharudin Mamat hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan. Undi rosak 665.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar. Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, calon BN, Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Pewaris Melayu kata:
Rakyat masih tak serik - serik memilih pemimpin yang salah. Mereka tak jadikan PRK P.44 dahulu sebagai pengajaran. Biar masa menentukannya.

Sumber: Malaysiakini dan Utusan Malaysia

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Sign boad di Kedah juga mahu dipolitikkan?

ALOR SETAR: Ejaan rasmi nama bandar Alor Star diubah balik kepada ejaan asal iaitu Alor Setar mulai sekarang.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata mesyuarat Exco yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini meluluskan perubahan ejaan itu atas permintaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ejaan asal Alor Setar diubah kepada 'Alor Star' semasa Datuk Seri Syed Razak Syed Zain menjadi Menteri Besar Kedah pada lewat 1990an dan ia dikekalkan sehingga Barisan Nasional (BN) Kedah kalah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan, Azizan berkata mesyuarat Exco bersetuju mengubah semula ejaan itu mengambil sempena nama pokok 'setar' dan perubahan ejaan itu tidak membabitkan kos besar bagi menukar papan tanda atau perkara yang berkaitan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Syed Unan Mashri Syed Abdullah akan mengeluarkan arahan rasmi kepada semua PBT dan jabatan kerajaan untuk mengubah ejaan itu dalam urusan rasmi dalam tempoh terdekat, katanya.

Azizan berkata Jabatan Kerja Raya akan diarah menukar papan tanda dengan menggunakan ejaan itu dalam masa terdekat.

Tahun lepas, kerajaan Kedah pimpinan PAS turut menukar nama Langkawi kepada 'Langkawi Permata Kedah'. BERNAMA

SUMBER

Pewaris Melayu : Alahai Ustaz Azizan, tak ada modal lain ke, asyik - asyik nak sebut kerajaan yang lepas.. Tak paham betul..

Posted in , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

MB Nizar "syok" dapat KERETA baru!

 Perak mula terima Camry ganti Proton

IPOH 9 Jan. - Kerajaan negeri Perak menerima sembilan daripada 16 buah kereta baru jenis Toyota Camry 2.4 yang dibeli bagi menggantikan kereta keluaran nasional Proton Perdana V6 Executive hari ini.

Kesemua kereta yang berharga RM160,000 sebuah itu bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta pertama jenis itu dilihat memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini kira-kira pukul 10 pagi dengan nombor pendaftaran AFD 33 berwarna hitam.

Kereta-kereta tersebut dibawa masuk secara berperingkat-peringkat oleh jurujual UMW Toyota dan diletakkan di kawasan letak kereta berbumbung bagi kenderaan Exco dan pegawai kanan terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, enam buah lagi kereta berkenaan akan diterima pihaknya secara berperingkat-peringkat oleh pihak penjual.

''Kita telah menerima sembilan buah kereta Toyota Camry 2.4 hari ini untuk digunakan oleh ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

''Mana-mana Exco yang kereta mereka (Proton Perdana V6 Executive) sebelum ini mengalami kerosakan teruk hingga menyebabkan kita banyak mengeluarkan belanja untuk membaikinya akan menerima kereta itu (Proton Camry 2.4) dulu," katanya kepada pemberita di bangunan SUK di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kereta-kereta rasmi sebelum ini yang sudah berusia empat tahun sembilan bulan adalah menjadi keutamaan untuk ditukar dengan kereta baru.

Jelas beliau, bagi kereta-kereta ahli Exco atau pegawai kanan termasuk kereta rasminya sendiri yang hanya mengalami sedikit kerosakan akan digantikan kemudian.

''Jadi yang mana selalu rosak akan dapat kereta dulu, manakala yang sudah dihantar untuk diperbaiki perlu tunggu.
''Macam kereta saya walaupun telah rosak, tetapi ia masih boleh digunakan. Barangkali kereta saya adalah yang terakhir untuk ditukar kerana ia masih boleh berjalan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa harga sebenar bagi sebuah kereta Toyota Camry 2.4 adalah lebih rendah berbanding kereta Proton Perdana V6 Executive jika kerajaan tidak mengenakan cukai.

''Kenderaan lama (Proton Perdana V6 Executive) kita tukar ganti dengan penjual yang berharga antara RM30,000 hingga RM40,000 sebuah.

''Jadi, kalau kerajaan tidak kenakan cukai dan ditolak pula dengan nilai tukar ganti itu, harga Toyota Camry 2.4 adalah lebih murah berbanding Proton V6 Executive iaitu sekitar RM80,000 sahaja," katanya.
Katanya lagi, pembelian kereta berkenaan dibuat secara tender terbuka.

Jelas beliau, mereka yang bakal menggunakan kereta tersebut ialah beliau sendiri, 10 anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Mufti Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri.UTUSAN

PEWARISMELAYU KATA :
Kecewa dengan sikap pemimpin sekarang ini. Kami nak pemimpin yang membela dan menyokong industri kereta kita, produk nasional, tapi tak boleh harap.



Ni berpunca dari MB Terengganu yang ego. Semua pemimpin atasan sama saja, baik pembangkang ataupun kerajaan!

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Dap lebih baik daripada Mca, Pas terus bergantung kepada Dap

KOTA BHARU 8 Jan. – Pas akan terus ‘bergantung’ kepada DAP dalam mewujudkan pakatan pembangkang yang kuat bagi mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) suatu hari nanti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, biarpun begitu, Pas masih bebas bersuara untuk menyatakan pandangan serta pendiriannya.

“Apa salahnya Pas bergantung kepada DAP, UMNO bergantung kepada MCA sudah berpuluh tahun, DAP bukan parti komunis, malah lagi baik berbanding MCA,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ketika ditanya tentang pendapat umum yang mengatakan suara parti tersebut terbatas dan terlalu tunduk kepada DAP terutama dalam isu hudud, Husam berkata:

“Apa pula yang terbatas, bagi contoh, hudud saya sudah sebut, itulah lebihnya pakatan pembangkang, kita bukannya jadi parti boneka macam BN.”

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meminta Pas supaya tidak tunduk dengan gesaan DAP yang mahu parti itu menghentikan cita-cita membentuk negara Islam dengan pelaksanaan hukum hudud.

Sebelum itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terus bertegas menentang pelaksanaan negara Islam dan hudud di negara ini.

Karpal juga meminta pemimpin Pas supaya menghentikan kenyataan dan pendirian untuk melaksanakan hukum tersebut sekiranya mahu terus berada dalam pakatan pembangkang kerana syarat itulah yang membolehkan mereka terus bekerjasama dalam pilihan raya umum lalu.

Husam berkata, sebagai contoh, tiada siapa yang membangkit isu hudud ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Katanya, BN hanya membangkitkan isu pembahagian hak milik kekal tanah kampung baru di Perak sebagai senjata untuk memburukkan pakatan pembangkang.

“Saya telah katakan ini lebih kepada isu perkauman kerana yang mendapat hak milik kekal ialah orang Cina sebab itu Majlis Tanah Negara (MTN) halang.

“Saya rasa ini isu perkauman dan orang Cina sedar perkara ini serta ia menjadi satu senjata yang berkesan di Kuala Terengganu nanti,” katanya.

Tambahnya, kerjasama dengan DAP amat penting kerana titik pertemuan perjuangan mereka adalah sama iaitu untuk keadilan.

2 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .