5 berita pelik selepas seminggu Pakatan Harapan menang PRU14


Image result for ph menang pru14

SEJURUS selepas berakhir Pilihan raya Umum ke-14, suasana kelam-kabut sekejap dan kemudian kembali sedikit tenang selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Sepanjang beberapa hari selepas itu, proses pentadbiran berjalan dengan pelantikan timbalan perdana menteri dan tiga menteri kanan dalam Kabinet.

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan juga bersedia untuk menyambut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan diampunkan dan dibebaskan.

Berikut ialah 5 berita pelik dan menarik sepanjang seminggu selepas 9 Mei.

1. Daim Kata Mahathir Jadi PM Dua Tahun

Dalam wawancara dengan akhbar Singapura, The Straits Times, Tun Daim Zainuddin berkata Mahathir akan jadi PM selama dua tahun lagi, dan adalah satu tindakan bodoh kalau menyerahkan jawatan PM dengan segera kepada Anwar. Nampaknya semakin sukar untuk berlaku transisi yang licin dari Mahathir ke Anwar. - Baca lagi

2. Mahathir Kata Lim Guan Eng Mesti Bersihkan Nama

Lim Guan Eng yang dinamakan sebagai menteri kewangan masih tidak sah menjawat jawatan kedua penting dalam Kabinet itu. Pelantikan ketua DAP itu sejak awal sudah menimbulkan keresahan orang ramai kerana kes korupsinya masih berjalan di mahkamah. Kenyataan Mahathir seolah-olah berdolak-dalik atau “u-turn” dalam melantik Guan Eng.- Baca lagi

3. PPBM Kuasai Kerajaan Negeri Ditawan

Negeri-negeri dimenangi PH hanya Melaka yang PAN dilantik sebagai menteri besar, manakala PKR terus terajui Selangor. Johor, Perak, Kedah semua mendapat menteri besar dari PPBM. Ini mungkin persetujuan pembahagian negeri dan persekutuan antara komponen PH, tetapi sudah merisaukan PKR dan PAN.

4. Penyokong Mahathir Tidak Mahu Anwar Jadi PM?

Di media sosial, ada satu gelombang kecil menyokong kuat Mahathir kekal sebagai PM untuk satu tempoh yang lebih lama, dan pada masa yang sama menunjukkan rasa marah pada Anwar dan penyokongnya kerana mendesak agar Mahathir segera berundur. Gelombang ini semakin hari semakin besar di kalangan netizen PH.

5. Akta-Anti Berita Tidak Benar Tidak Dimansuh?

Perdana Menteri Mahathir semasa menjawab soalan wartawan tidak menyebut yang akta berita palsu yang baru diluluskan sebelum PRU14 itu dimansuhkan, tetapi berkata definisi berita palsu itu akan ditafsirkan semula. Penyokong tegar kebebasan bersuara tanpa had dalam PH telah mula tunjukkan sikap tidak setuju dengan pendirian Mahathir itu. Baca lagi

Sumber :  Mynewshub.cc

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .