Archive for April 2019

Mahathir Repeats What He Said In 1985 About The Raja-Raja Melayu


(MMO) – Granting Rulers absolute power may lead to them advancing their personal interests instead of their states, Tun Dr Mahathir Mohamad said today.

News portal Malaysiakini reported that the prime minister highlighted the times the Malay Rulers ceded states to the British and the “selling off” of Singapore to the British.
“This is what happens if we give absolute power to the rulers. They may put their own interests before their states’.

“It has happened many times before,” Dr Mahathir was quoted as saying in a speech at the Perdana Leadership Foundation.

He reportedly said this was why Rulers were not given executive powers.
“It is to save the rakyat — for the rakyat to choose their own representatives, who can be voted out (of power) if they do not perform.”
The prime minister also reportedly criticised the Malay feudal mindset that believed the Malay Rulers could not be questioned even if they made mistakes or violated rule of law.
“Are we willing for this to continue? The rakyat is afraid of not serving the rulers, and when the rulers act beyond the constitution, it is the rakyat who become the victims.

“This is the problem we have now. If we are willing to lose democracy and the parliamentary system, then let’s stop having elections,” Dr Mahathir was quoted as saying.
His remarks came amid a verbal tussle with the Johor royal family over the appointment of a new Johor mentri besar to replace Datuk Osman Sapian who abruptly quit this week, less than a year in office.

Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin reportedly said earlier today that his party had two or three candidates for the post.

Posted in , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

MB Johor: Sultan tiada peranan - PM


KUALA LUMPUR 10 April - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertegas bahawa sultan tiada peranan untuk menentukan Menteri Besar Johor yang baharu sebaliknya parti pemerintah yang berhak berbuat demikian.

Ini adalah hal politik, sultan tiada peranan. Peranannya ialah untuk parti yang memenangi pilihan raya menentukan siapa patut mengetuai," kata kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-15 hari ini.


Semalam, Dr. Mahathir mengumumkan peletakan jawatan Osman Sapian sebagai Menteri Besar Johor.

Ia kemudian disusuli kritikan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang pemilihan calon Pakatan Harapan.

Tunku Ismail berkata, pemilihan Menteri Besar Johor ialah hak mutlak sultan. - UTUSAN ONLINE


Sultan berhak lantik MB, bukan parti pemerintah

KUALA LUMPUR 10 April - Sultan Johor mempunyai hak mutlak untuk melantik Menteri Besar negeri itu dan bukan parti pemerintah.

Peguam dan pakar undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, ia termaktub dalam Perkara 4(2)(a) Bahagian Kedua Perlembagaan Negeri Johor.



“Perdana Menteri dan parti pemerintah boleh mencadangkan beberapa nama untuk menggantikan Menteri Besar Johor tetapi hanya Sultan Johor yang berhak melantik.


“Sultan berada di atas parti pemerintah. Semua negeri begitu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.


Hari ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa parti pemerintah yang berhak melantik Menteri Besar Johor baharu dan bukannya sultan, susulan kritikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap Pakatan Harapan dalam isu itu semalam.


Sementara itu, Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali berkata, pandangan Dr. Mahathir itu mungkin didasarkan kepada pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri bawah Barisan Nasional (BN) dahulu di mana kedudukan kerajaannya sangat kuat sehingga istana akur kepada calon parti pilihan pemerintah.


“Namun sejak pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, terdapat beberapa keadaan di mana sultan tegas menurut kuasa budi bicara baginda misalnya yang berlaku tahun 2008 di Terengganu di mana Sultan enggan menerima Datuk Seri Idris Jusoh sebagai calon Menteri Besar pilihan kerajaan, sebaliknya memilih Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Kijal.


“Dalam kes Menteri Besar Johor sekarang, Sultan Johor mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik seorang Menteri Besar yang pada pandangan baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

Ketua Pembangkang mohon menghadap Sultan Johor, minta bubar DUN

(Utusan) JOHOR BAHRU 10 April - UMNO Johor akan mencadangkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pengerusinya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Ir. Hasni Mohammad berpendapat, cadangan itu merupakan langkah terbaik untuk Johor kerana tiada calon yang layak menjadi Menteri Besar daripada Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, jika Johor mahu terus bergerak ke hadapan sekali gus mencapai usaha menjadi kuasa ekonomi baharu negara, negeri ini memerlukan seorang Menteri Besar yang berpengalaman dan mampu mentadbir negeri ini.

“Saya akan menulis surat kepada Sultan Johor dan akan mohon menghadap baginda bagi mencadangkan supaya DUN dibubarkan. Saya akan tunggu baginda tuanku pulang ke negeri ini dalam masa terdekat.

“Langkah itu juga saya fikir akan membolehkan rakyat membuat pilihan yang tepat dan tidak lagi memilih barisan pemimpin kerana mahu mencuba-cuba, kita mahu lihat Johor terus maju ke hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Osman Sapian kerana mengambil tindakan bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. - UTUSAN ONLINE.

Posted in , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Osman Sapian: MB Johor paling singkat tempoh pentadbiran



JOHOR BAHRU, 9 Apr: Datuk Osman Sapian yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Johor semalam, merupakan menteri besar yang dipercayai paling singkat mentadbir kerajaan negeri ini iaitu tidak sampai 11 bulan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene pada 12 Mei tahun lepas, susulan kemenangan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei.

Osman, ketika dilantik merupakan Setiausaha PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor, menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai menteri besar.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

RUU kerajaan pinda Perlembagaan tak lulus



KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2019, yang dikatakan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak, tidak lulus di Dewan Rakyat malam tadi.

Kerajaan gagal memperoleh sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat untuk meminda Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan.

Seramai 138 daripada 221 wakil rakyat menyokong pindaan itu, dengan 59 orang berkecuali. Sejumlah 148 undi diperlukan untuk meluluskan pindaan Perlembagaan itu.

Posted in | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .