Archive for Disember 2008

Bagus dan tidak bagus

Pas tetap perjuangkan hudud

24/12/2008 4:53pm

ALOR STAR 24 Dis. - Pas tidak akan melupakan perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana ia adalah satu tuntutan dalam agama Islam dan asas perjuangan parti itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun Pas telah menyertai Pakatan Rakyat ini tidak bererti parti itu telah mengabaikan hukum hudud.
"Isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang hanya sekadar isu pilihan raya terutama menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari ini.
"Isu ini dah lama dan ia di korek kembali setelah lama ditutup," katanya ketika di temui di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Utusan

Apa yang penulis nak puji disini, semangat yang ditonjolkan oleh MB Kedah dalam mempertahankan matlamat asal Pas iaitu mahu melaksanakan hukum Hudud di negeri mereka. Kita tunggu dan lihat, apa perkembangan Pakatan Rakyat yang seterusnya.

Yang tidak bagus pula, orang Umno yang kecewa kerana dihukum, lalu mengajak ahli - ahli lain menyertai Pas.

Zahar bersama 28 ketua cawangan UMNO sertai Pas

24/12/2008 12:52pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.
Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. - Utusan.

Aduhai. Inilah standat politik orang Melayu dan Malaysia. Nak kata kan orang Umno berperangai begini, tak juga. Ada juga ahli parti pembangkang menyertai parti BN. So, apa yang penulis hairan dengan tindakan Datuk Zahar, dia seolah - olah tak ikhlas dalam perjuangannya.

Tak perlu nak menyertai parti lain, cukuplah dalam perjuangan parti sendiri. Adakah dia akan disambut sebagai hero dalam parti Pas? Kita tunggu dan lihat. Hukuman yang setimpal kepada orang sebegini, jangan terima kembali kemasukannnya kedalam Umno, kelak.!





Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Saman Oh Saman

Teresa saman Utusan, Khir Toyo RM30 juta

23/12/2008 12:54pm

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman RM30 juta terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo dan Utusan Melayu (M) Berhad.
Saman itu difailkan atas dakwaan memfitnahnya berhubung isu azan dalam blog bekas Menteri Besar itu dan artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertajuk `ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor’ pada 9 September lalu. – Utusan
Aduhai, Tak habis - habis lagi si Teressa berKok kok ni. Ini semua dendam yang membara dalam diri dia kepada Utusan dan bekas MB Selangor. Politik memang kotor.

Utusan, bekas KP diperintah bayar RM120,000 kepada Mahfuz

23/12/2008 11:04am

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Khalid Mohd. membayar ganti RM120,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana memfitnahnya.
Utusan Melayu dan Khalid didakwa memfitnah beliau dalam artikel bertajuk `Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan’ di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. – Utusan

Tak mengapalah, Encik Mahfuz. Anda sudah menang, bergembiralah. Penulis juga tidak suka artikel yang memfitnah antara satu sama lain.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Macam - Macam : Khairy - Husam - DAP

 
KOTA BHARU 21 Dis. – Setelah lama tidak menyentuh mengenai hukum hudud, Pas memberi jaminan untuk melaksanakannya di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu. BACA LAGI
Penulis gelak besar apabila menonton Buletin Utama semalam ekoran Debat Khairy Jamaludin dan Husam Musa yang diadakan di gelanggang pihak lawan

Apa yang penulis hairan, adakah benar kenyataan Husam Musa tersebut akan menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat (baca : Pekena Rakyat) memerintah kelak? Ini merupakan MODAL si Husam Musa untuk meraih pengundi di PRK Kuala Terengganu pada bulan hadapan.
Ketika penulis membaca dan melihat sedutan berita tersebut, terlintas terus dalam fikiran penulis. Apakah reaksi si abang tiri kepada Pas, DAP? Adakah respon DAP ekoran kenyataan Husam Musa tersebut? Ternyata, tak sampai 24jam, abang tiri Pas, sudah mengaum - ngaum diseberang sana..
"Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.
"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia," kata Lim lagi.
"DAP tidak bersetuju an membantah cadangan itu," katanya hari ini, lapor Bernama.
 "PAS perlu merujuk kepada semua parti komponen yang berada di bawah Pakatan Rakyat.

"Tak eloklah sekiranya mereka membuat keputusan sendiri," beliau dipetik sebagai berkata.

Lepas itu, apa reaksi rakyat? Penulis nak habaq kat sini, Rakyat bukan bodoh, wahai pemimpin Pas!! Sahabatlah lagi dengan DAP, cakap pun jadi serupa DAP la.. Alahai, macam macam!! Cakap tak serupa bikin, macam ni la jadinya!

Posted in , | 2 Comments
Jom komen di Facebook!

200 penyokong Jerit kerumun Parlimen

18/12/2008 12:25pm

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kira-kira 200 penyokong Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak hadir ke perkarangan Parlimen pada 10.40 pagi tadi.

Difahamkan, mereka berkayuh menggunakan basikal ke Parlimen.

Ahli-ahli Parlimen dari pakatan pembangkang iaitu R. Sivarasa dan Tian Chua menyambut kedatangan para penyokong Jerit di sini hari ini. - Utusan


PEWARISMELAYU kata :

Baguslah, sebagai salah satu usha menyokong tindakan salah seorang ahli parlimen pembangkang yang juga berkayuh ke parlimen, satu masa dahulu. Releven ke apa yang dilakukan oleh geng - geng jerit ni? Bazir masa dan duit saja. Kasihan kepada kanak - kanak yang diperalatkan!

27 Comments
Jom komen di Facebook!

Tak puas hati harga minyak??

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Hrkh) - Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45). BACA LAGI

PEWARISMELAYU KATA:
Heloo apek! Apa you nak kecoh - kecoh! Harga minyak turun 10sen semalam pun nak complain lagi ke? Tak reti bersyukur ke Guan Eng? Penulis tak paham la dengan geng pembangkang Malaysia sekarang, harga minyak dah turun banyak dari harga sebelum RM2.70 pun masih bising lagi.

Penulis rasa apabila minyak sudah diturunkan harganya, mana - mana pihak tidak akan bising lagi, tetapi ada juga yang menyalak! Tak apala, kenyataan Guan Eng ini hanya diterbitkan di Harakahdaily yang kurang mendapat sambutan. Tak heran la sangat..


Posted in , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Maaf

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Penulis ingin meminta maaf kepada semua pengunjung dan pembaca blog Pewaris Melayu kerana blog ini selalu mengalami perubahan Templat. Ini adalah kerana sistem storan blogger mempunyai masalah dan ia selalu menyebabkan blog ini berubah bentuk dan menyebabkan info dan maklumat terbaru tidak dapat disampaikan.

Salam Hormat,
Pewaris Melayu

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Dewan Rakyat panas bila pembangkang cuba tepis dakwaan terbabit rasuah

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi panas seketika apabila seorang penyokong kerajaan bertikam lidah dengan wakil pembangkang berhubung dakwaan rasuah.

Ia berlaku berikutan kenyataan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) bahawa tidak ada seorangpun termasuk pembangkang yang tidak terbabit dengan gejala rasuah.

“Saya tidak menuduh mana-mana parti. Masalah rasuah ini bukan masalah Barisan Nasional saja malah dunia. Rasuah ini membabitkan semua pihak tak kira ahli politik, swasta atau orang kampung,” katanya. - Bernama
PEWARISMELAYU - Macam mana ni, depa dok tuduh ahli BN saja yang korap, ahli PKR PAS DAP depa puji kata tak ada rasuah. Mana adil macam ini, suka suka hati saja label orang lain benda yang buruk buruk. Cermin diri tu dulu, baru la sesedap hati dan mulut mengata orang lain.

Posted in | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Keputusan kes klip video Lingam kekal


KLIP video Lingam yang menjadi kes mahkamah.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak boleh dicabar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, semalam memutuskan penemuan dan cadangan dalam laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan 'klip video Lingam', tidak boleh dicabar.

Hakim Datuk Abdul Kadir Musa membuat keputusan itu selepas menolak permohonan lima individu yang dikaitkan dengan salah laku dalam siasatan berkenaan untuk menyemak semula hasil penemuan suruhanjaya terbabit.

Lima individu terbabit ialah peguam, Datuk VK Lingam; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; hartawan, Tan Sri Vincent Tan dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta Tun Mohd Eusoff Chin.

Kelima-lima individu itu memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman terhadap hasil penemuan suruhanjaya berkenaan. Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut dikaitkan dengan mereka dalam laporan itu tidak mengemukakan permohonan semakan semula.

Abdul Kadir ketika membacakan keputusan setebal 22 muka surat itu bersetuju dengan bantahan awal dikemukakan Peguam Kanan Persekutuan, Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya itu bahawa penemuan suruhanjaya berkenaan tidak boleh disemak semula.

BACA LAGI

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Dimanakah KETUANAN MELAYU?

Penulis amat "terbakar hati" dengan sepanduk seorang hadirin yang menghadiri Kongress Keadilan yang lepas.
Kemanakah KETUANAN MELAYU di Majlis Kongress PKR? Adakah kesemua orang Melayu PKR telah menafikan Ketuanan Melayu dan mengangkat KETUANAN RAKYAT?
Apa yang telah dilakukan oleh orang Melayu PKR didalam parti mereka? Kemanakah perasaan cintakan bangsa? Adakah mereka mahu negara kita di-republik-kan seperti Singapura?

Posted in , | 8 Comments
Jom komen di Facebook!

Minyak jatuh bawah AS$44 setong

SINGAPURA: Harga minyak di Asia menjunam lagi, terendah dalam masa empat tahun apabila mencatat bawah AS$44 setong hari ini.

Pada sesi dagangan petang di Kontrak Hadapan New York, harga minyak 'light sweet crude' bagi penghantaran Januari naik 39 sen kepada AS$44.06 setong - selepas paras terendah AS$43.39.

Paras itu adalah terendah sejak Januari 2005. Niaga minyak mentah Brent North Sea bagi Januari pula meningkat 33 sen kepada AS$42.61 setong, tinggi sedikit pada dagangan pagi iaitu AS$42.13. - AFP

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

PEWARISMELAYU : Adakah ini petanda kemelesetan ekonomi?

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

SERONOKNYA GUAN ENG

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

 Kain rentang haram diturunkan: Pegawai penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menurunkan kain rentang yang memaparkan potret Ketua Menteri, Lim Guan Eng, milik sebuah syarikat percetakan di Jalan Megazine, Georgetown, selepas didapati tidak mempunyai permit dan melanggar syarat, semalam. Operasi itu diketuai Yang Dipertua MPPP, Datuk Zainal Rahim Seman. Difahamkan, kain rentang itu dipasang jam 2 petang kelmarin dan diturunkan selepas MPPP menerima arahan daripada kerajaan negeri. Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik, berkata tindakan berkenaan adil.
 
PEWARISMELAYU KATA : Apakah yang digelakkan oleh Lebai Guan Eng ini? Adakah dia seronok menjadi Ketua Menteri? Banyak isi yang tersurat sebalik gambar tersebut.

Posted in , | 9 Comments
Jom komen di Facebook!

PAKATAN RAKYAT nakkan Ariff Shah?

 SUMBER : HARAKAH DAILY ONLINE

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata sepatutnya Dato' Ariff Shah telah lama menyertai Pakatan Rakyat kerana beliau terkenal dengan sikap 'baik pekerti' di kalangan rakyat berbanding Adun Umno yang lain.

PEWARISMELAYU : Untuk pengetahuan semua ahli PAS, kesemua ADUN dari UMNO memang baik - baik belaka. Bukannya Ariff Shah seorang sahaja.

"PAS alu-alukan perpindahan parti oleh Dato' Ariff Shah tetapi mestilah berhati ikhlas untuk bersama Pakatan Rakyat yang nyata lebih mengutamakan hak rakyat yang ditindas oleh BN dulunya, " kata selepas di temui di majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada para Huffaz oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Seminar Komplek Penyayang.

PEWARISMELAYU - Alahai, ini ke berita yang dikeluarkan oleh harakah? Persis ayat budak - budak di sekolah menangah saja. Benarkah PAKATAN RAKYAT LEBIH MENGUTAMAKAN HAK RAKYAT DARIPADA KERAJAAN BN? Fakta kah ini? Tergelak penulis membacanya. Patutlah Harakah tidak dapat menandingi Utusan Melayu. 

"PAS yakin jika beliau tidak lari lagi( berpindah parti) beliau pasti kalah atau dicantas daripada terus menduduki kerusi Seberang Jaya kerana kerusi itu diintip oleh Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh, Dato' Abdul Jalil Abdul Majid sejak pilihanraya umum lalu. Inilah masa terbaik untuk beliau menyertai Pakatan Rakyat, " tegasnya.-Hrkh_ 

PEWARISMELAYU - Benarkah? Ini merupakan satu hasutan, menyuruh Ariff Shah segera melompat kepada Pakatan Rakyat. Benarkah Ariff Shah akan terus kekal lama di Seberang Jaya jika dia menggunakan tiket Pakatan Rakyat?

Contohilah politikus yang lain. Sesal dahulu pendapata, sesal kemudian tidak berguna lagi. Sekali je masuk PKR, taubat orang UMNO takkan terima balik dia masuk kedalam UMNO. Contohlah Ibrahim Ali.

Posted in | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Zaid tidak akan sertai pembangkang

SUMBER : MALAYSIAKINI

Datuk Zaid Ibrahim yang dipecat daripada Umno kelmarin berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat ini.

Beliau juga mempertikaikan pemecatan mendadaknya daripada parti itu kerana tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan.

PEWARISMELAYU KATA : Nak pertikai apa lagi Datuk Zaid? Sudah terang lagi bersuluh. Tak payah la nak beri penjelasan. Rakyat tak buta la Datuk 

"Saya juga tidak tahu sebarang kesalahan yang saya telah lakukan.

"Saya tidak menghadiri majlis makan malam DAP atau Kongres PKR untuk memprovokasi sesiapa," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. 


"Saya sekadar hendak mendengar atas jemputan rakan-rakan, tapi itulah sikap Umno. Ia melihat provokasi dan musuh di mana-mana."

PEWARISMELAYU : Apa tujuannya anda pergi ke majlis tersebut? Hebat sangat ke Datuk sampai PKR pun nak menggunakan khidmat Datuk dan jemput Datuk?

Bagaimanapun, Zaid berkata, beliau tidak terperanjat dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno memecatnya.


PEWARISMELAYU : Yela, dia dah tahu apa salahnya, sebab itulah dia tak terperanjat.


Beliau menambah, beliau tidak akan membuat sebarang rayuan di mahkamah berhubung kes pemecatannya kerana "kalau menangpun, ia adalah kemenangan tanpa makna kerana orang sudah tidak suka".

PEWARISMELAYU : Ingat orang suka kot orang yang mengkhianati parti yang tercinta. Baik tiada daripada ada. Tak akan rosakkan organisasi parti dan nama baik parti. 

Katanya, selepas ini, beliau akan memberi keutamaan kepada Yayasan myFuture yang ditubuhkannya.


Zaid juga berkata, beliau tidak merasakan pemecatannya berpunca daripada kehadirannya dalam program parti pembangkang tersebut.
 
Sebaliknya, kata beliau, Umno yang tidak menerima idea perubahan yang dibawanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali semula ke Umno jika dipelawa berbuat demikian, Zaid menjawab ringkas: "Bukan Umno sekarang".

PEWARISMELAYU : Adakah Zaid marah akan Pak Lah berhubung pemecatannya dari UMNO? Dulu dia tak ingat, Dr M pun pecat dia.

Beliau juga ditanya sama ada beliau dimaklumkan secara rasmi mengenai pemecatannya itu.

Menurut Zaid, beliau tidak menerima  sebarang surat dan beliau mengetahui mengenai pemecatannya melalui laporan akhbar.

Bagaimanapun, katanya, pada malam dia dipecat, beliau menerima SMS dari seorang temannya yang menyebut  'Zaid dipecat'.

Ditanya sama ada beliau akan terus menghadiri program anjuran pembangkang selepas ini, Zaid berkata:

"Kamu akan terus melihat saya dalam program pembangkang, NGO dan kalau Umno sekali pun, saya akan hadir".

Tetapi, secara berseloroh, Zaid menambah: "Orang yang jemput saya itupun akan dipecat".

Zaid turut ditanya siapakah yang menghalang idea-idea perubahan yang dibawanya dalam Umno.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu tertentu tetapi berkata: "Saya tidak ada sokongan".

Sementara itu, Zaid mengucap terima kasih kepada PKR, DAP dan PAS yang mempelawanya menyertai parti-parti tersebut.

PEWARISMELAYU : Datuk Zaid ni sudah glamor. Dia umpama PISANG PANAS yang mahu dibeli oleh Pakatan Kencing Rakyat. Kalau Zaid nak masuk DAP sekalipun, rakyat tak kisah dan tak akan menangis langsung kerana dia tak membawa apa- apa makna dalam UMNO, BN dan Kerajaan. Hanya bekas Menteri sahaja.

Posted in | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Nik Aziz tetap mahu bukan Islam sertai Pas

03/12/2008 6:21pm

KOTA BAHARU 3 Dis — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi melontarkan cadangan membuka keanggotaan parti itu kepada bukan Islam walaupun ia tidak dipersetujui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya Pas perlu memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam yang mulai menerima baik parti itu sehingga ada yang telah menubuhkan Kelab Penyokong Pas serta turut berkempen untuk calon parti itu pada pilihan raya umum lalu. “Bukan Islam pun dah mula undi Pas, kenapa kita tak boleh beri peluang kepada mereka. Politik ini untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Nngeri di sini hari ini.

Pada muktamar Pas yang lepas, Abdul Hadi menolak cadangan berkenaan dan berkata penerimaan golongan bukan Islam untuk menyertai Pas mungkin mengambil masa yang lama kerana ia melibatkan perlembagaan parti yang antaranya menetapkan syarat keanggotaan seperti beragama Islam, berakal dan akil baligh.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu nanti, Nik Aziz berharap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, dipilih semula menjadi calon parti itu. - Bernama

PEWARISMELAYU KATA :

Apa guna taruk nama Parti Islam Se-Malaysia kalau ahlinya ada orang bukan Islam?
Kita tukar saja lah nama parti kepada Parti Ajaran Sesat ataupun bak kata ABE Mie, Parti Angkut Sampah!

Posted in , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

ARIFF SHAH - Tak ada hasrat keluar UMNO

Photobucket
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tidak berhasrat untuk keluar dari Umno untuk menyertai parti lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini.

arif shah omar shahMenurutnya, perkara itu dinyatakan oleh Arif Shah kepadanya dalam pertemuan mereka semalam.

Beliau berkata, Arif telah memperjelaskan kepadanya bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai parti lain.

"Dia juga akan kekal sebagai ahli Umno dan menjadi wakil rakyat Umno," kata Abdullah.

Perdana menteri memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.
Baru-baru ini akhbar melaporkan bahawa Arif Shah kecewa dengan tindakan Ketua bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Majid dan Umno bahagian itu yang didakwanya seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politiknya dalam Umno.

Arif shah yang mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, dilaporkan berkata beliau dipelawa menyertai PKR selepas mendakwa diketepikan oleh Abdul Jalil.

Arif Shah juga kalah kepada Abdul Jalil dalam pemilihan jawatan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, November lalu.

Manakala Abdul Jalil pula menafikan dakwaan Arif Shah bahawa beliau diketepikan oleh ketua bahagian tersebut.
Manakala Setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim pula berkata, pihaknya akan mendengar penjelasan dua pemimpin kanan Umno Permatang Pauh itu berhubung pertelagahan antara mereka.

Azhar berkata, beliau sudah berjumpa dengan Abdul Jalil semalam dan akan akan menemui Arif Shah selepas ini..

MALAYSIAKINI

Posted in , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

SURAT TERBUKA KEPADA YB ARIFF SHAH

Kepada YB Ariff Shah, penulis amat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB kerana ini merupakan kenyataan yang amat pedih sekali yang dikeluarkan dari mulut pemimpin Melayu yang berkarisma seperti YB.

YB, Kenapa YB bersikap sedemikian? Ingatlah YB, apakah yang ingin diperjuangkan oleh YB selama ini? adakah YB tidak ikhlas dalam perjuangan YB selama ini? YB hendaklah menjadi pejuang bangsa , agama dan negara. Bukanlah perjuangan untuk diri sendiri. Penulis amat kecewa dengan kenyataan YB.

YB, ingatlah perjuangan PM kita, Abdullah Badawi pada tahun 1987/88. Dia tetap sabar walaupun dia dipecat daripada kabinet ketika menjadi Menteri Luar dan dituduh menjadi ahli Team B yang diketuai oleh Ku Li.

Kesabaran Pak Lah patut dicontohi dan KEIKHLASANnya untuk membela RAKYAT , BANGSA , dan AGAMA. Jangan cepat gelap mata dengan tawaran yang diberikan oleh orang lain. Tawaran itu tidak seberapa dan tidak setanding dengan perjuangan untuk memartabatkan BANGSA, dan AGAMA.

Disaat BANGSA kita dipertikai dan diperlekeh oleh bangsa asing, adakah patut YB berundur daripada perjuangan mempertahankan HAK dan KEISTIMEWAAN kita di tanah air sendiri.
INGAT YB, kami merupakan rakyat yang mengundi YB pada pilihanraya Umum yang lalu dan kami memilih YB disebabkan YB mahu memperjuangan hak - hak kami dan parti kami.

Jangan kerana sedikit tekanan, anda mahu mengalah dan mahu berundur dari parti yang memartabat bangsa kita. YB, janganlah jadi pengkhianat parti dengan menyertai pakatan pembangkang!

YB, sudah terang dan bersuluh, pakatan pembangkang yang ada bukanlah mahu mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa kita di Tanah Melayu sendiri, YB lihatlah barisan 'pengkhianat parti' yang berada didalamnya? Adakah YB mahu rekod bersih dan nama baik YB dicemari dengan menyertai pakatan pembangkang tersebut? Buat baik berpada - pada, buat jahat jangan sekali.

YB, kami, orang - orang Melayu amat memerlukan wakil rakyat seperti YB dan anggaplah segala dugaan ini sebagai satu hikmah, mungkin ada sebabnya ia berlaku. YB, pangkat dan darjat tidak kekal lama, perjuangan kita masih belum selesai. Jangan mudah mengalah YB!

Diakhir sekali, penulis mahu YB memikir kembali dan menarik balik kenyataan yang sudah YB keluarkan. Kepada semua pemimpin UMNO dan BN, ingatlah! Bersatu lah kita semua. Susah senang kita tetap akan bersama. Kalau sayangkan Tanah Melayu, sayangkan Bangsa dan Agama kita, bersatulah! Pangkat dan darjat tidak akan membawa kita kemana mana.

YB, saya amat bangga berbakti kepada jentera parti semasa YB bertanding dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang lepas.

Ingatlah rakyat yang menyokongmu
Anak Permatang Pauh, Pewaris Melayu
2 Desember 2008

5 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .