Archive for Julai 2017

Bersabar ada hadnya- Siew Keong

KUALA TERENGGANU 21 Julai- Langkah Gerakan menyaman Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertujuan menghentikan fitnah berterusan terhadap parti itu dan bekas pemimpinnya, Tan Sri Koh Tsu Koon yang masih dijaja sebagai modal politik.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong yang menyelar tindak -tanduk Guang Eng berkata, pihaknya sudah sekian lama bersabar namun isu yang sengaja  dimainkan bagi menyebarkan kebencian kepada Tsu Koon, parti dan kerajaan harus berakhir.

 "Beliau (Guang Eng)  kemudian membuat kenyataan laman sosial Facebook beberapa hari lalu  mendakwa kononnya tindakan Gerakan yang mahu memfailkan saman adalah   double standard'.

"Malah mengejek dengan menyiarkan gambar lama ketika saya sedang makan dalam mempromosikan minyak sawit bagi menangkis tuduhan kononnya tidak baik untuk kesihatan,"ujarnya.

.Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Terengganu Kali Ke-36 di sini hari ini.

 Gerakan mengambil tindakan saman ekoran fitnah dan fakta tidak tepat yang dilemparkan sejak tahun 2012 berhubung penjualan tanah Seri Tanjung Pinang dan Lebuh Raya Jelutong di sini oleh kerajaan negeri ketika Tsu Koon menjadi Ketua Menteri.

 Katanya, Gerakan berdasarkan kes yang kuat, baharu sahaja mahu memfailkan saman buat pertama kali, malah Tsu Koon tidak pernah saman sesiapa sepanjang 20 tahun sedangkan Guang Eng dalam  telah banyak menyaman  pelbagai pihak.

 "Kita tidak mahu membuang masa dengan menyaman. Tetapi tidak adil bagi parti kita dan Tsu Koon dengan membiarkan fakta-fakta salah ini (terus dimainkan). Kita telah lama bersabar.

"Beliau (Guang Eng) menyaman pelbagai pihak termasuk media, jadi sekarang bagaimana beliau kata tidak beri beliau hak bersuara? Gerakan baru sekali saman. Tapi beliau kata kita 'double standard,' katanya.

Katanya Gerakan telah menghantar notis kepada Lim dan saman akan difailkan di mahkamah dalam tempoh terdekat. - UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

ROS berkeras arah DAP akur

PUTRAJAYA 20 Julai - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak berganjak daripada keputusan yang mahu DAP akur dengan arahan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pendirian jabatan itu tidak berubah kerana pemilihan semula CEC akan memboleh­kan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Beliau berkata, sekiranya DAP gagal berbuat demikian, CEC parti itu tidak akan diiktiraf dan kesannya, jawatankuasa itu tidak boleh berfungsi secara sah.

"ROS tetap kekal dengan keputusan itu dan kita tidak akan berubah. Jika mereka tidak mengadakan pemilihan semula, CEC DAP tidak boleh berfungsi secara sah dan ini juga memberi implikasi.

"Ini bermaksud, apa-apa keputusan yang dibuat oleh CEC DAP dan pemegang jawatannya juga akan dikira tidak sah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

DAP semalam terus berdegil untuk tidak mengadakan pemilihan semula CEC parti itu dengan alasan arahan yang dikeluarkan oleh ROS adalah berdasarkan berita palsu.

Setiausaha Agung DAP yang masih belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng berkata, arahan ROS juga mengarut untuk dipatuhi oleh parti itu memandangkan tempoh jawatan untuk anggota CEC 2013 akan tamat.

Mohammad Razin berkata, ROS pada Isnin lalu telah menghantar surat kepada DAP yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC dan memberi tempoh 14 hari untuk memberi maklum balas rasmi kepada pihaknya.

Beliau berkata, arahan ber­kenaan dikeluarkan berikutan ROS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Di­sember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.

"Sekiranya dalam tempoh 14 hari itu yang bermula Isnin lalu DAP tetap tidak memberi maklum balas secara rasmi kepada pihak ROS, kita akan ambil tindakan lain berlandaskan Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Katanya, jika DAP mahu sebarang penjelasan lanjut berhubung arahan itu, mereka perlu hantar surat secara bertulis dan pihak ROS akan menjawabnya secara bertulis.

Walau bagaimanapun, Mohammad Razin menegaskan, ROS masih menganggap DAP sebagai sebuah parti yang sah di sisi undang-undang dan pihaknya tidak berniat sama sekali untuk membatalkan parti tersebut setakat ini.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Dr. Mahathir berusaha jatuhkan Najib – Mukhriz



KUALA LUMPUR 13 Julai - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersetuju dengan kenyataan peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos bahawa bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 2015 sehingga kini berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mukhriz bagaimanapun membetulkan kenyataan tersebut de­ngan mengatakan usaha itu mungkin bermula sejak 2014 lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu turut bersetuju dengan kenyataan serta cadangan Jahaberdeen bahawa usaha Dr. Mahathir dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyingkirkan Najib merupakan suatu perkara yang diketahui umum dan tersebar luas dalam media sosial dan media arus perdana.

Menjawab soalan susulan berhubung niat Dr. Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Mukhriz membetulkan perkataan 'komplot' yang digunakan oleh Jahaberdeen.

"Bukannya komplot tetapi kedua-duanya mempunyai niat bersama," ujarnya ketika memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan beliau terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mukhriz selaku saksi plaintif pertama turut bersetuju dengan kenyataan Jahaberdeen yang mewakili Tengku Sariffuddin bahawa Dr. Mahathir kecewa de­ngan pencapaiannya dalam pentas politik.

Saksi itu juga diajukan soalan mengenai responsnya dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar luar negara pada 22 April 2016 bahawa beliau tiada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

"Ketika wawancara itu saya masih ahli UMNO. Tetapi keadaan dulu dan sekarang, sudah berbeza," kataya.

Diminta menjelaskan apakah yang dimaksudkannya, Mukhriz menjawab: "Soalan yang dita­nyakan dalam wawancara tersebut tentang apa yang dilakukan oleh ayahanda saya, pernah hendak mengangkat saya menjadi Perdana Menteri. Apabila soalan itu ditanyakan, maka saya jawab, tuduhan itu palsu (apabila dikatakan itu yang menjadi alasan untuk Dr. Mahathir mengutuk Perdana Menteri)."

Saksi itu kemudian memberitahu mahkamah, jika jawapan tersebut mengelirukan, beliau memohon untuk memperjelaskannya.

Katanya, pada 22 April 2016, ketika diwawancara, beliau ada mengatakan dia tidak bercita-cita menjadi Perdana Menteri bagi menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Namun begitu beliau berkata, hasrat dan niat yang suci untuk menjadi Perdana Menteri bukan suatu kesalahan.

Mukhriz bagaimanapun tidak bersetuju dengan soalan peguam yang mengatakan, seorang pembaca yang munasabah tidak meng­anggap perkataan tersebut sebagai memfitnahnya.

Dalam saman bertarikh 3 Mei 2016, bekas Menteri Besar Kedah itu selaku plaintif mendakwa te­lah difitnah oleh Tengku Sariffuddin melalui dua kenyataan akhbar yang diterbitkan pada 23 dan 26 April 2016 dan didakwa disiarkan secara meluas oleh media, portal berita dan laman sosial Facebook menggunakan nama PMO Malaysia.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya hari ini telah memfailkan notis permohonan secara ex-parte (se­belah pihak) untuk mendapatkan kebenaran bagi mengkomitkan Najib atas dakwaan menghina mahkamah.

Permohonan itu dibuat atas enam alasan antaranya, berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat Perdana Menteri yang secara jelas merujuk kepada pihak plaintif yang boleh terjumlah sebagai satu tindakan untuk mencampuri urusan mahkamah secara salah dan tidak wajar walhal saman tersebut telah ditetapkan untuk perbicaraan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung esok dengan Dr. Mahathir akan tampil sebagai saksi plaintif.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Pas bertanding di semua kerusi di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pas akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di negeri ini dalam Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) dengan keyakinan dapat meningkatkan jumlah kerusi bagi membolehkannya menerajui negeri.

Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu, Datuk Husain Awang berkata,meskipun kali ini kemungkinan semua kerusi akan melibatkan persaingan tiga penjuru, namun ini tidak dilihatnya sebagai faktor yang boleh melemahkan parti.

"Kita telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan keadaan. Sama ada dua atau tiga penjuru, tidak menjadi soal," tegas beliau tanpa merujuk jumlah kerusi yang disasarkan dapat diperoleh.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusi mesyauarat Badan Perhubungan Pas negeri dan mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2017-2019.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahari Mamat yang sebelum ini Pesuruhjaya Pas kini menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya I.

ADUN  Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri II dan bekas anggota Exco kerajaan negeri, Yahaya Ali selaku Timbalan Pesuruhjaya III.

Peluang terbaik Pas untuk kembali menguasai kerajaan negeri adalah semasa Pilihan Raya Umum lalu ketika memenangi 14 kerusi dan satu kerusi oleh PKR manakala Barisan Nasional memperoleh 17 daripada keseluruhan 32 kerusi.

Husain yang merupakan bekas Yang Dipertua DUN tidak menolak kemungkinan akan kembali bertanding pada PRU-14 dan menyifatkan barisan kepemimpinan yang baharu dibentuk dengan gabungan pelbagai latar belakang dan peringkat usia sebagai persediaan untuk mengambil alih kerajaan.

Mengulas mengenai rombakan beberapa barisan kepimpinan Pas negeri oleh Pas Pusat baru-baru ini, Husain menafikan kononnya mempunyai kaitan dengan permasalahan dalaman parti seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Tiada sebarang krisis, tiada perpecahan dan perebutan jawatan yang berlaku dalam Pas berkaitan rombakan kepemimpinan itu. Ia bagi perkukuhkan lagi jentera parti," katanya.-UTUSAN ONLINE


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Melangkah 92 tahun Tun Mahathir perlu muhasabah diri

KUALA LUMPUR 10 Julai - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meraikan ulang tahun kelahiran ke-92 tahun hari ini diminta bermuhasabah diri terhadap segala tindakan beliau.

Penganalisa politik, Prof. Madya Dr. Jeniri Amir berkata, Dr. Mahathir yang pernah menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun perlu merenung diri sedalam-dalamnya terhadap tindak tanduk beliau yang mencetuskan kontroversi.

"Sudah baiknya Dr. Mahathir muhasabah diri. Merenung diri beliau sedalam-dalamnya, sejujur-jujurnya apa yang sebenarnya berlaku.

"Adakah orang lain yang salah atau dirinya yang salah. Hanya dengan itu saya fikir dia boleh membetulkan langkah-langkah meniti senja," kata Dr. Jeniri ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Menurut Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) itu, tindak-tanduk Dr. Mahathir terutama terhadap bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini begitu bertentangan semasa beliau menerajui negara.

"Apa yang kita lihat pada hari ini segala kenyataan dan tindakannya jelas bertentangan dengan apa yang telah beliau lakukan dan keluarkan ketika menjadi perdana menteri.

"Waktu dia mahu memecat Anwar dia telanjangkan segala-galanya. Segala kata-kata yang telah diluahkan, dijilatnya kembali. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya kenyataan beliau tidak boleh dipercayai," kata Dr. Jeniri.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam kenyataan kepada The Guardian ketika ke London baru-baru ini dilaporkan menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau mendapat pengampunan diraja.

Jelas Dr. Jeniri adalah satu tragedi sekiranya perubahan sikap Dr. Mahathir terhadap Anwar merupakan cara untuk beliau meminta maaf kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

"Kalau itu betul alangkah sedihnya.  Ini satu tragedi sebenarnya kepada bangsa kita.

"Kalau betul apa yang dia lakukan itu satu yang tidak betul, maka Dr. Mahathir bukan sahaja harus memohon maaf kepada Anwar tetapi perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan mendedahkan apa sebenarnya yang beliau lakukan pada tahun 1999," tegas Dr. Jeniri.

Tegas Dr. Jeniri, segala tindak tanduk Dr. Mahathir ketika ini telah menghancurkan integriti beliau sebagai negarawan.

"Saya fikir integriti dan wibawa beliau sebagai negarawan sudah hancur dan musnah bukan kerana orang lain tetapi oleh Dr. Mahathir sendiri.

"Jadi sudah tiba masa untuk rakyat mempertikaikan dan mempersoalkan segala kenyataan beliau kerana kalau apa yang dilakukan Dr. Mahathir ketika ini ditelan bulat-bulat oleh rakyat, saya fikir ini bukan sahaja merosakkan politik kita tetapi boleh mengelirukan rakyat," kata Dr. Jeniri.-UTUSAN ONLINE

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

RoS directs DAP to hold fresh CEC elections

KUALA LUMPUR: The Registrar of Societies (RoS) has no intention of deregistering DAP, but the party must hold fresh elections for its central executive committee (CEC), said director-general Datuk Mohammad Razin Abdullah (pic).

Mohammad Razin said in a statement Friday that RoS will be issuing a directive to the party to hold a re-election for the 20 CEC members.

The decision was taken following a recent meeting Mohamad Razin had with Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, who is also Home Minister.

"He (Dr Ahmad Zahid) proposed that any action taken by RoS should be based on the Societies Act 1966 and DAP's constitution.

"I want to stress that RoS recognises DAP as a valid party in the eyes of the law. We have no intention whatsoever to deregister DAP," said Mohammad Razin.

Mohammad Razin said some DAP members had expressed their unhappiness over the re-election process of CEC which was held on Sept 29 2013.

He said based on the complaints, ROS believes that the re-election process of the CEC members and main office bearers was not legally carried out.

The DAP held an election in December 2012 involving 2,576 delegates from 865 branches. Due to complaints of irregularities in this election, a re-election was held in September 2013.

Mohammad Razin explained that the 2013 re-election process should have been carried out based on the 2012 list of delegates who were authorised to attend and vote.

He said it was important for DAP to hold fresh elections to ensure that CEC members are voted in legally.

"Only legal and authorised CEC members can vote for the main officer bearers," he said.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Persamaan jijik PAN-DAP perlu disedari

(UTUSAN) KUALA LUMPUR 4 Julai - Walaupun kepemimpinan Parti Amanah Negara (PAN) adalah dari dalam kalangan ahli Pas suatu masa dahulu, namun pengaruh dan penguasaan DAP ternyata lebih mengatasi parti itu.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, sebagai contoh berdasarkan perlembagaan Pas, pemegang jawatan tertinggi parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan diikuti tiga orang Naib Presiden serta 18 AJK Kerja Pas Pusat dipilih dalam Muktamar Tahunan Pas setiap dua tahun.

Katanya, mengikut Perlembagaan DAP, pemegang jawatan tertinggi iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, disusuli lima Naib Pengerusi, Setiausaha Agong dan Bendahari pula dilantik oleh 20 Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat yang dipilih dalam Kongres Kebangsaan parti diadakan setiap tiga tahun.

"Apabila meneliti Perlembagaan PAN ternyata pemegang jawatan tertingginya dipilih mengikut kaedah diguna DAP iaitu 25 Ahli Jawatankuasa Tertinggi dipilih dalam Kongres Kebangsaan setiap tiga tahun sekali bagi melantik Presiden, Timbalan dan tiga Naib Presiden.

"Apakah persamaan kaedah pemilihan pemimpin tertinggi PAN dengan DAP itu satu kebetulan atau agenda terancang? Hakikatnya PAN lebih mirip DAP dan jauh menyimpang dari acuan Pas. Apakah parti sebegini layak diberi kepercayaan memartabatkan Islam di Malaysia," katanya dalam kenyataan akhbarnya di sini semalam.

Menjelas lanjut, Zein Isma berkata, walaupun Perlembagaan DAP jelas bertentangan dengan syariat Islam, namun apakah PAN bersama parti-parti Pakatan Harapan yang lain mampu menghalang agenda besar DAP untuk mensekularkan Malaysia?

Menurutnya, DAP boleh diibaratkan sebagai 'abang sulung' dalam Pakatan Harapan, manakala adik-adiknya masih baharu, muda dan tidak kuat hanya diperlukan untuk membantu merealisasikan agenda 'abang long'.

Dengan sinis beliau mempersoal, sekiranya abang sulung membiayai kewangan adik, apakah adik berani melawan kehendak abangnya?

"Begitu ironinya hubungan PAN dengan DAP, apabila dirujuk Fasal 2 Perlembagaan DAP, matlamat perjuangannya mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi merangkumi kebebasan dalam beragama daripada diancam undang-undang yang bersifat menindas dan akta berunsur diskriminasi.
"Oleh itu, amat jelas DAP menentang keras pindaan akta RUU355 kerana perjuangannya kekal menyokong kebebasan beragama dan mahukan hak supaya orang Islam juga bebas menukar agama," tegasnya.

Atas sebab itu tegas Zein Isma yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang, DAP menolak keras cadangan memperkasa kedudukan Mahkamah Syariah di Selangor.

Justeru katanya, adalah wajib bagi umat Islam di negara ini perlu menolak perjuangan DAP kerana matlamat perjuangannya nyata bertentangan dengan tuntutan Islam.

"Namun amat pelik apabila ada orang yang kononnya ahli agama bergelar ustaz khususnya dalam PAN dan PKR, tetapi terus menyokong dan bersekongkol dengan DAP.

"Apakah ada perjuangan yang lebih mulia darjatnya daripada menjaga kesucian agama dan memartabatkan kedudukan Islam di kedudukan paling tinggi di negara ini," katanya. - UTUSAN ONLINE


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Almarhum Tunku Abdul Rahman 'makan hati’ kerenah Dr. Mahathir


MUKADIMAH

SEJAK dahulu lagi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad penuh dengan kerenah dan sikapnya yang kontroversi serta sukar dikawal sesiapa.

Gelagat bekas Perdana Menteri itu seolah-olah suatu seni politik 'sapu sahaja, janji boleh'- yang setara dengan inti pemikiran politik Machiavelli yang berteraskan kekuasaan.

Ikuti babak-babak yang pernah dicetuskan Dr. Mahathir semasa beliau berurusan dalam parti dan kerajaan dalam 10 siri yang dilaporkan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLI JALIL.

SESIAPA pun elok merenung kembali sejarah dan mengambil iktibarnya.

Politik 'pusingan U' atau u-turn Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad amat menyedihkan. Dalam usia menjengah 92 tahun, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah dicanai dengan pui­sinya yang amat dingati - Melayu Mudah Lupa.

Beliau kini menjalin hubungan dengan pengasas dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang mengganggu gugat kestabilan negara.

Bukan itu sahaja, sanggup pula bersekongkol kembali dengan penyangak matawang, George So­ros yang menaja himpunan jalanan haram, Bersih 5.0.
Dahulu menyelar Penasihat DAP, Lim Kit Siang orang nombor satu paling rasis di Malaysia tetapi kini boleh berdakap dan duduk semeja.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sama sahaja seperti yang pernah dilakukannya terhadap bapa Kemerdekaan Negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman (Tunku).

Orang Melayu dan rakyat negara ini tidak pernah lupa bahawa semua Perdana Menteri yang lain pernah 'dibuli' oleh Dr. Mahathir melainkan Tun Abdul Razak.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu menikmati kemerdekaan pada 1957, Dr. Mahathir terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik.

Ada pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah tindakan Tunku untuk mengadakan perjanjian pertahanan dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.

Namun, apabila diteliti semula rupanya Dr. Mahathir bukanlah tidak berpuas hati dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya sendiri dengan Tunku.

Krisis hubungan antara Tunku dan Dr. Mahathir yang sebelum ini menjadi rahsia umum telah terdedah begitu meluas apabila surat yang ditulis Dr. Mahathr kepada Tunku tersebar luas dalam kalangan rakyat. Sebelum itu, di permulaannya nampak agak tenang namun disebaliknya sedang mengalir air yang keras, deras dan bergejolak.

Surat Dr. Mahathir itu menyentuh berkenaan sikap Tunku Abdul Rahman dalam menghadapi peristiwa 13 Mei dan juga cara Tunku menjalankan pemerintahan negara.

Bagi Tunku sendiri, surat Dr. Mahathir kepadanya yang tersebar luas di seluruh negara telah memusnahkan seluruh pengorbanannya terhadap bangsa dan negara sejak 17 tahun lalu.

Ini mendorong Tunku untuk memberi kata dua kepada UMNO iaitu, pilih "saya atau Dr. Mahathir".

Kata dua itu disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Razak ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Si Taman pada 12 Julai 1969. Menteri Besar Selangor Harun Idris waktu itu berkata: "Kalau begitu buat apa panggil mesyuarat ini, buang sahajalah Dr. Mahathir".

Pandangan ini disokong oleh Ketua Kaum Ibu UMNO iaitu Tan Sri Fatimah Hashim dan juga Pengerusi Pemuda UMNO Negeri Kedah, Syed Nahar Shahabuddin.

Mesyuarat MT ketika itu turut dihadiri oleh Dr. Mahathir sendiri tetapi beliau mengundurkan diri apabila isu mengenainya dibincangkan.

MT mengambil keputusan memecat Dr. Mahathir pada 12 Julai 1969. Sehari selepas pemecatannya, kerajaan telah mengambil tindakan mengharamkan surat Dr. Mahathir kepada Perdana Menteri.

Sesiapa yang memiliknya boleh dikenakan penjara satu tahun atau denda $1,000 atau ke­dua-duanya sekali. Mereka yang didapati menerbit, mencetak atau menyebarkannya pula akan dihukum penjara 3 tahun, atau denda $2,000 atau kedua-duanya sekali.

Setelah mendapati barisan kepimpinan parti yang menyokongnya berserta tindakan negara terhadap surat Dr. Mahathir, barulah Tunku mencu­rahkan perasaan marahnya kepada Dr. Mahathir.

Dalam akhbar Mingguan Malaysia, 20 Julai 1969, Tunku berkata, surat Dr Mahathir "telah memusnahkan seluruh pengorbanan saya terhadap negara dan bangsa yang saya lakukan sejak 17 tahun lalu."

Menurutnya, surat itu telah menyebabkan berlakuknya tunjuk-tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya, kolej Islam dan Institut Teknologi Mara. Katanya: "Amat menyedihkan sekali sekeping surat yang memerlukan masa 10 minit menulisnya telah memusnahkan khid­mat saya selama 17 tahun".

Penyiaran berita temubual Tunku di Mingguan Malaysia (wartawan yang terlibat adalah Zainuddin Maidin, kini penyo­kong kuat Dr. Mahathir menentang Najib) mendapat bantahan orang ramai.

Malah Zainuddin sendiri memberitahu, beliau mendapat beberapa panggilan dari orang tak dikenali yang membantah penyiaran berita mengenai Tunku yang disifatkan sebagai cubaan me­nimbulkan simpati orang ramai.

Perkara ini menunjukkan sokongan orang Melayu terhadap Tu­nku.

Setelah dipecat selama 21 bulan, Dr. Mahathir berceramah mengecam UMNO di pentas Pas.

Beliau juga mempertikaikan pemimpin UMNO sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah Pas (Business Times, 19 Jun 1995).

Pada 1982, ketika Tunku masih hidup, beliau dikatakan tergores hati dengan Dr. Mahathir apabila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh Tunku kepada British diambil balik oleh Dr. Mahathir.

Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku mengangap tuntutan itu sebagai suatu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku, suatu ketika dahulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu itu pula beliau dituduh seolah-olah telah menjual negara kepada British.

Semasa pemerintahan Dr. Mahathir, Tunku mengkritik ba­nyak tindakan Dr. Mahathir yang disifatkan sebagai membebankan rakyat. Ketika itu, isu-isu sama sahaja dibangkitkan - negara ba­kal muflis, kos sara hidup tinggi, rasuah, dan kronisme.

Malah lebih teruk pada masa itu, Ketua Hakim Negara dan Lima Hakim Mahkamah Persekutuan telah dipecat. Walaupun Dr. Mahathir mendakwa ia bukan keputusan eksekutif, namun akhirnya pada 2008, kerajaan telah membayar ex gratia kepada keenam hakim ini.

Antara kata-kata Almarhum Tunku ketika itu:

"There is no law, no justice, no freedom of speech. Anybody who speaks out goes to prison. So he has got all the members of the opposition in prison… This is what worries me and all the responsible citizens of this country, no matter what race they come from. We are all worried.

Sebesar mana jasa Dr. Mahathir pun tidak sama dengan jasa Tunku. Almarhum mengorbankan harta, takhta dan segala-galanya untuk kemerdekaan negara.

Tidak seorang anak Tunku pun menjadi bilionair atau jutawan seperti mana anak-anak Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir tidak sepatutnya kecewa apabila ramai pemimpin dan ahli UMNO marah kepadanya kerana bekerjasama dengan Kit Siang, Brown dan Soros untuk menumbangkan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ini kerana itulah budaya yang beliau ajar kepada ahli UMNO sejak dahulu supaya mengutamakan parti, negara dan rakyat daripada kepentingan diri.


Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Kenyataan Ramasamy berbaur hasutan

PULAU PINANG 30 Jun - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menempelak Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy ekoran ke­nyataan yang di­buat berhubung isu kontrak pengendali kantin Politeknik Seberang Perai (PSP).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, kenyataan Ramasamy yang mengaitkan isu itu dengan 'dasar pro-Melayu terang-terangan' Kerajaan Persekutuan boleh dianggap sebagai suatu bentuk hasutan.

Menurutnya, kenyataan sedemikian jika tidak dibendung boleh mewujudkan salah faham dan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini.

"Saya sarankan Ramasamy tidak mengambil kesempatan untuk mengemis laba politik dengan cubaan untuk meniup sentimen kemarahan kaum India yang ber­agama Hindu terhadap Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam dalam si­dang akhbarnya, Ramasamy seperti dila­porkan por­tal berita didakwa berkata, ramai bukan Melayu ma­sih percaya kontraktor ma­kanan dalam isu kontrak pengendali ma­­kanan kantin PSP merupakan mang­sa diskriminasi kaum dan agama.

Isu itu bermula selepas permohonan seorang pengusaha makanan India, G. Gobi Krishnan untuk mendapatkan satu ruang gerai dalam kontrak menyewa dan mengurus kantin di PSP tidak berjaya.

Jawatankuasa Sebut Harga PSP yang membuat penilaian menolak sebut harga Gobi Krishnan bersama tiga penender Melayu lain kerana tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam borang permohonan.

Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, sebagai Exco kerajaan negeri, Ramasamy seharus­nya lebih bertanggungjawab dan boleh menghubungi pihak pe­ngurusan PSP secara rasmi untuk mendapatkan penjelasan sebenar.

Kata beliau, tindakan memang­gil sidang akhbar dan membuat pelbagai tuduhan liar serta tidak berasas terhadap beberapa individu serta mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap PSP bukan tindakan yang wajar.

"Saya memuji tindakan Pemuda MIC negeri yang mengambil inisiatif berjumpa dengan Pengarah PSP untuk mendapatkan penjelasan.

"Ini merupakan satu tindakan berdasarkan pemikiran yang terbuka dan sangat rasional," katanya.

Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .