PAS TERKELIRU – ANTARA ISLAM ATAU KUASA

Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu telah memberikan pelbagai perspektif kepada semua orang .. tak kira penganalisis politik, rakyat, raja dan sesiapa saja. Apa yang paling menimbulkan kecelaruan di minda rakyat (pengundi) ialah kedudukan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.????…

Kehadiran PAS dalam menceriakan gabungan yang bergelar PAKATAN RAKYAT telah menimbulkan kesangsian di kalangan ahli PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan ini sehingga menyebabkan PAS kini hilang KUKU dalam usaha menegakkan ajaran ISLAM di bumi MALAYSIA ini. Bukankah taat kepada SULTAN merupakan ajaran ISLAM ….. tetapi KARPAL SINGH berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran ISLAM. Sudah pasti… pada pemikiran KARPAL SINGH… PAS hanya mementingkan kuasa pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh bila-bila masa saja dijadikan budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.

Tak hairanlah aku kalau PAS hanya menTOKONGkan diri sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa media yang membesar-besarkan isu KARPAL SINGH ini. Tak abis-abis cara PAS menangkis dakyah … pasti media yang disalahkan. Bukankah PAS mahu supaya media mendedahkan kenyataan atau lapuran yang benar dan telus. Inilah kenyataan yang dibuat oleh KARPAL SINGH yang secara telusnya disiarkan oleh media..

Takutkah PAS kepada DAP..sehingga sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam PAKATAN RAKYAT. Memanglah PAS hanya benar-benar berkuasa di KELANTAN…

Di empat negeri lain PAS diibaratkan sebagai seorang BURUH KASAR, menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh DAP. PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri PAKATAN RAKYAT. Secara tak langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.

Bagaimana cekap dan cerdiknya DAP PERAK yang telah memainkan isu MELAYU dan SULTAN. MB PERAK yang ala –ala benggong telah dijadikan boneka dan menjadi alat bagi mencetuskan kemarahan orang melayu. Aku amat yakin ini adalah penrancangan yang licin oleh KARPAL SINGH dan kawan-kawan dalam DAP untuk menguji kesetiaaan orang melayu kepada SULTAN dan RAJA mereka.

Selagi PAS masih dibuai dengan mimpi indah memerintah PERAK, KEDAH dan KELANTAN .. selagi itulah DAP akan meneruskan agendanya menghilangkan hak MELAYU dengan menjadikan PAS sebagai KUDA TUNGGANGAN nya. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada PAS. ISLAM bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini…. Mereka hanya mahukan kerusi.

Kalau dah GILA KUASA.. beginilah jadinya….



petikan dari pedas berapi

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .