Harga minyak naik akibat duit Petronas habis diboroskan kerajaan BN???

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.

Presiden PRM, Hassan Karim berkata, kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekali gus akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.

Rakyat kini menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun, kata Hassan.

"Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik," katanya.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna, kata Hassan.

"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.

"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.

Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.

"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?" soalnya.

PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara.

"Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya. _

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Harga minyak naik akibat duit Petronas habis diboroskan kerajaan BN???

  1. sebenarnya..memang dana petronas banyak digunakan untuk subsidi..sebagai contoh subsidi diberi kepada pangisi2 minyak dan dimalaysia stesen minyak petronas mencakupi 30peratus sahaja.bagi stesen2 minyak selain petronas seperti esso,shell dll harga dijual tetap sama dengan stesen petronas.jadi petronas terpaksa tanggung subsidi kepada syarikat minyak asing juga.

    selain itu, umum mengetahui kita juga banyak membelanjakan untuk sektor pertanian seperti padi dan sebagainya.kita juga banyak padi,tapi terpaksa import kerana kos beras kita adalah tinggi dan kerajaan memberi subsidi harga neras dimalaysia agar boleh berdaya saing dengan beras import.
    selain itu gaji2 kakitangan awam juga dibayar menggunakan dana petronas ini(bukan dana petronas semata2, tetapi dalam bentuk cukai yang perlu dibayar petronas kepada kerajaan).

    dan memandangkan minyak negara akan habis dalam 5thn lagi,adalah penting dana petronas itu digunakan untuk membina satu kawasan perindusatrian dan melengkapkan infranstruktur agar boleh manrik pelabur2 asing melabur dimalaysia seterusnya dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih kepada penduduk malaysia. selain itu, dana petronas boleh juga digunakan untuk membantu petani2 dan memajukan sektor pertanian untuk menjadikan malaysia pengeluar pertanian terbesar..

    selain itu, dana petronas sebelum ini telah pon disalahguna oleh tun mahathir sewaktu beliau menjadi PM untuk menutup lubang sana sini perniagaan anaknya mokhzani yang sentiasa menemui kegagalan dalam dunia perniagaan. selepos bersara jadi PM, Tun M dilantik menjadi penasihat petronas dan hasilnya syarikat anaknya iaitu mokhzani skali lagi mendapat untung apabila diberikan tender oleh petronas.kini mokhzani muncul antara 40rang terkaya dimalaysia dengan menerajui kencana petroleum tak sampai 4tahun beroperasi. macam tak percaya,orang yang sering gagal dalam perniagaan kini muncul antara yang terkaya dalam tempoh tak sampai 4 tahun..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .