Tinggal beberapa hari lagi untuk calon-calon yang menyertai pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk berkempen. Masa yang terakhir ini akan digunakan sehabis mungkin untuk meraih undi daripada penduduk untuk keluar mengundi dan mengundi pemimpin pilihan mereka.
Penulis amat gembira akan proses demokrasi negara kita yang berjalan dengan aman dan lancar, tetapi penulis amat berkecil hati kepada sesetengah pihak yang tidak mengamalkan demokrasi dengan sepenuhnya. Terjadilah pelbagai siri pergaduhan dan lain-lain lagi yang menggugat kelancaran proses berkempen. Disini penulis sempat memuatnaik gambar terbaru "bahang" pilihanraya kecil Permatang Pauh (p.44)
Mereka mengharapkan kerajaan BN jatuh dan tumbang. Adakah Pakatan Rakyat dapat menandingi Barisan Nasional?
Terdapat khemah jentera parti Gerakkan membantu UMNO untuk memperkasakan jentera parti Barisan Nasional
Kereta Tokoh-tokoh Pemimpin Dunia ini selalu berlegar - legar disekitar Parlimen Permatang Pauh.Penulis mengambil gambar kereta ini dihadapan Wisma Adil, bersebelahan SMK Penanti Bukit Mertajam.
PEMBOHONG!Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut penulis apabila melihat kali pertama poster Anwar yang dipaparkan sebagai "Hero" rakyat dan pembela Melayu. Banyak sungguh duit PKR membuat papantanda sebegini disekitar Parlimen Permatang Pauh. Di anggaarkan PKR memasang hampir 50 poster sebegini disekitar Permatang Pauh.
Kehangatan Pekan Kecil Penanti yang dibanjiri oleh bendera dan poster kedua-dua belah pihak. Tidak kelihatan pun poster atau bendera daripada AKIM.
rakan-rakan freemason kat Malaysia ni ramai yang bantu dia, kalau seorang hulur 1juta.kaya dia. boleh kumpul berpuluh juta ringgit.
BalasPadamKalau tak hulur anwar boleh report kat abang dia di peringkat tinggi.
2004 PRU 11. Pkr kelihatan cukup sengkek. tetapi dalam PRU 12 dan di Ptg Pauh, jelas sekali keadaan berbeza.