KANGAR, 23 Sept (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang menyiasat beberapa ahli politik berikutan dakwaan lompat parti serta tawaran jawatan dan kedudukan kepada mereka, kata Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan di sini hari ini.
Menurutnya beberapa ahli politik termasuk Anggota Parlimen telah dipanggil untuk memberi keterangan setelah BPR menerima beberapa laporan berhubung perkara itu.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan pidato pencegahan rasuah pra-universiti peringkat negeri Perlis di sini, Selasa.
Beliau enggan menyatakan jumlah mereka yang disiasat dengan alasan ia masih di peringkat siasatan.
"Kita tengah memantau semua dakwaan ini dan saya akan dedahkan apabila siasatan selesai," katanya.
Mengenai pidato itu, Ahmad Said berkata ia bertujuan mencegah gejala rasuah dengan mendidik pelajar menghayati nilai murni.
-- BERNAMA

PewarisMelayu kata:
Kenapa BPR siasat ahli politik yang nak lompat saja? siasatlah orang yang menaja katak-katak tu lompat. baru betul.. Ataupun nak tunggu si Raja Katak tu jadi PM baru nak siasat? Siasat jugak la Budak Berkaca mata PKR, siasat jugak duit mana yang diorang guna untuk perbelanjaan Detektif Katak ke Taiwan. Semua tu kena siasat BPR.. Bentang kepada rakyat.. Baru puas hati!
Salam
BalasPadamJangan lupa siasat AAB kerana menyalah guna kuasa untuk mengekalkan kuasa seperti yang dilaporkan.
Siasat jangan tak siasat, mana-mana yang menerima habuan jutaan ringgit untuk melompat parti. Budaya ini harus di hapuskan.
BalasPadamTeruskan tugas mu BPR, jadikan negara ini bebas rasuah.
BalasPadamSiasatlah wahai BPR.... jangan bagi mereka bermaharajalela memberi suapan kepada YB-YB katak tersebut, jangan jadikan Malaysia ini negara lompat si katak lompat.
BalasPadam