200 penyokong Jerit kerumun Parlimen

18/12/2008 12:25pm

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Kira-kira 200 penyokong Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang terdiri daripada remaja dan kanak-kanak hadir ke perkarangan Parlimen pada 10.40 pagi tadi.

Difahamkan, mereka berkayuh menggunakan basikal ke Parlimen.

Ahli-ahli Parlimen dari pakatan pembangkang iaitu R. Sivarasa dan Tian Chua menyambut kedatangan para penyokong Jerit di sini hari ini. - Utusan


PEWARISMELAYU kata :

Baguslah, sebagai salah satu usha menyokong tindakan salah seorang ahli parlimen pembangkang yang juga berkayuh ke parlimen, satu masa dahulu. Releven ke apa yang dilakukan oleh geng - geng jerit ni? Bazir masa dan duit saja. Kasihan kepada kanak - kanak yang diperalatkan!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

31 Responses to 200 penyokong Jerit kerumun Parlimen

  1. Memanglah. La ni pembangkang bukan nak tolong rakyat, malah menyusahkan rakyat./

    BalasPadam
  2. Sewaktu pengayuh-pengayuh Jerit dan ahli-ahli parlimen menuju ke pintu masuk kawasan Parlimen, penyokong mereka bersorak dan menyanyi di sepanjang jalan.

    Ahli-ahli parlimen pembangkang yang menyambut mereka antaranya Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor), Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Charles Santiago (DAP-Klang), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

    Polis, yang asalnya melarang kumpulan itu berbasikal ke Parlimen, mengiring sebuah lori yang mengangkut basikal-basikal aktivis Jerit dari Taman Tasik Perdana yang terletak berhampiran ke satu simpang jalan ke bangunan tersebut.

    Mereka kemudiannya dibenarkan berbasikal ke bangunan tersebut seorang demi seorang.

    Menjelang 12.20 tengah hari, sejumlah 120 pengayuh dan penyokong mereka diizinkan memasuki bangunan Parlimen dan mereka kemudian menikmati hidangan tengah hari di situ selepas majlis menyerahkan memorandum.

    Dokumen yang memuatkan enam tuntutan itu diserahkan kepada kepada wakil kerajaan dan pembangkang di Dewan Serbaguna Parlimen.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T Murugiah menerima bagi pihak kerajaan, dan Saifuddin Nasution mewakili ketua pembangkang pada 12.50 tengah hari tadi.

    Tuntutan kumpulan pengayuh basikal ini, antaranya, perumahan selesa untuk rakyat, mengawal harga barangan, penggubalan akta gaji minimum RM1,500 dan menghentikan penswastaan air, hospital dan pendidikan.

    BalasPadam
  3. Wah, mereka masih mahu menjerit apabila berhadapan dengan kerajaan. Mereka menuntut sesuatu daripada kerajaan dengan cara menjerit.Dan mereka berharap lebih kuat mereka menjerit, kerajaan akan mendengar permintaan mereka. Jika kerajaan mahu menunaikannya, anda tak perlu menjerit pun. Tetapi apa yang berlaku jeritan itu bukan sahaja menyakitkan telinga, tetapi memekakkan telinga. Anda mahu kerajaan mendengar apa yang anda mahu katakan, tetapi bagaimana kerajaan dapat mendengarnya jika anda menjerit ke arahnya?

    BalasPadam
  4. WAH WAH,SHIT PUN TERINGIN NAK JOIN SAMA TAPI SAYANG SEKALI OTAK MASIH BERKARAT DGN SHIT!!!!!!!!Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit)bukannya menjerit la....."Sebelum berbicara adakah patut dasar PPSMI diteruskan atau tidak, kita tanya pengubal, perancang kurikulum negara.

    1) Mengapa perancang kurikulum tidak menilai keberkesanan PPSMI yang akan dilaksanakan itu? tiba-tiba sahaja, tanpa melalui prosedur yang sah, tanpa melalui peringkat penilaian fasa percubaan, dengan akal yang maha bijak, perancang kurikulum ini terus melaksanakan PPSMI fasa kajian lapangan.

    Yang nyata, dasar yang diperkenalkan pada tahun 2003 adalah dasar gopoh gapah dan salah satu skim cepat kaya kroni-kroni BN.

    2) Kajian, penilaian telah dibuat selepas PPSMI ini dijalankan, saban tahun melibatkan penilaian keatas guru dan murid. Nyata, hasil penilaian tersebutPPSMI adalah GAGAL TETAPI kerajaan barisan nasional menghalalkan kegagalan tersebut,menyembunyikan hal sebenar dari pengetahuan rakyat. Maka lahirlah murid seperti robot atau murid dapat keputusan UPSR sains dapat A tapi tidak tahu isi kandungan/kemahiran sains.

    Sebagai perancang kurikulum yang maha bijaksana, mengapa mereka mahu dasar PPSMI ini diteruskan juga walaupun GAGAL? bukankah peranan kurikulum menentukan samaada dasar kurikulum itu diteruskan atau tidak.

    Objektif atau matlamat utama dasar PPSMI ini dilaksanakan adalah semata mata memperkayakan wang poket mereka sahaja.

    Selepas kita persoalkan peranan penilai kurikulum, maka kita persoalkan Menterinya pula

    Menteri Pelajaran, Hishammuddin tidak menghadiri persidangan meja bulat ke lima dan kali ke lima berturut-turut beliau tidak hadir. Tak perlu lah kita persoal siapa yang sepatutnya hadir persidangan tersebut jikalau Menteri yang bertanggungjawab sendiri tidak hadir.

    Nyata sifat penakut Hishammuddin sukar dikikis. Jika setiap kali kesatuan guru seperti NUTP misalnya ingin bersemuka dengan beliau bagi membawa isu/permasalahan guru, nyata sekali beliau sukar untuk menghadirkan diri.

    BalasPadam
  5. Sultan Selangor dukacita pihak eksploitasi kanak-kanak

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita terhadap pihak yang sanggup mengeksploitasikan kanak-kanak dalam menjalankan kempen dan aktiviti mereka.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, titah Sultan Selangor itu disampaikan kepadanya sebelum baginda berangkat ke luar negara pada kelmarin.

    Katanya, baginda amat mengambil berat berhubung perkara itu dan mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melakukannya.

    "Baginda merasa dukacita di atas perkembangan yang berlaku ini, tuanku ingin perkara ini dihebahkan kepada semua khususnya rakyat Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

    BalasPadam
  6. href="https://istanbulolala.biz/">https://istanbulolala.biz/
    OLR7EO

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .