Merdeka?

Semalam kita telah menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke - 51. Sambutan daripada rakyat untuk tahun ini amat hambar dan mengecewakan penulis.

Penulis meragui maksud "kemerdekaan" bagi Anwar untuk tahun ini. Pengertian kemerdekaan untuk tahun ini amat berlainan daripada tahun-tahun yang lalu.

Bagi orang muda, golongan belia dan penyokong pembangkang, mereka tidak lagi menghayati kemerdekaan yang sebenarnya; iaitu merdeka daripada penjajahan penjajah hampir 500 tahun yang lalu.

Mereka lebih terpengaruh dengan slogan Anwar yang mahu memerdekakan Malaysia dan rakyat daripada pemerintahan Barisan Nasional yang ada sekarang. Mereka lebih ghairah untuk menjatuhkan kerajaan daripada mempertahankan negara daripada dijajah semula oleh penjajah.

Ini semua peranan Anwar, memutar belitkan fakta dan sejarah negara kita untuk menutup mata dan hati penyokongnya dan rakyat negara ini untuk membenci kerajaan yang sedia ada bagi mencapai impiannya ke Putrajaya. (rampasan kuasa melalui pintu belakang)

Oleh kerana Anwar berjaya dalam misi "dari Permatang Pauh ke Putrajaya" semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, penyokong dan rakyat yang terpengaruh dengan ayat manis Anwar, mereka tidak lagi menyambut hari Kemerdekaan negara kita yang disambut setiap tahun. Tiada lagi kibaran Jalur Gemilang dikediaman, tiada lagi kibaran Jalur Gemilang dikenderaan pada tahun ini, jika ada sekalipun, kita boleh kira dengan jari, berapa ramaikah yang mengibarkan Jalur Gemilang.

Jalur Gemilang tidak lagi dihormat sebagai satu bendera kebangsaan, anak didik Anwar; Kickdefella secara terang-terang menghina bendera kebanggaan kita dengan menerbalikkannya pada tahun ini, sebagai tanda "protes" kepada kerajaan. Kenapa bendera kita dihina sebegitu rupa oleh rakyat sendiri?

Perutusan Anwar semperna kemerdekaan ke - 51
Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka.

Pewarismelayu kata:
Persetujuan (perlembagaan) negara kita sudah termaktub dan diterima pakai oleh semua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu,Cina,India,Iban,Kadazan, mereka dah mengaku Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera, YDP Agung sebagai simbol insitusi beraja di Malaysia dan mengesahkan Ketuanan Melayu. Tidak perlu kita memperbaharui persetujuan itu, kita hanya perlu mempertahankan persetujuan yang telah dibuat oleh datok nenek kita 50 tahun yang lalu tanpa mengubah sedikitpun isi kandungannya.


Yang jelas sekarang,kita perlu membuang individu yang mahu merosakkan dan mengubah perjanjian yang dibuat 50 tahun lepas, sama ada menghapuskannya dari muka bumi ini atau individu tersebut dibuang negara! Setelah 'petualang' tersebut dihapuskan dari muka bumi Malaysia ini, amanlah kembali kehidupan kita dan kita akan dapat menghirup udara kestabilan politik di Malaysia. Insyaallah!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Merdeka?

  1. salam

    yer saya sokong saudara..kita sepatutnya mempertahankan perjajian tersebut dan hak orang melayu dan maruah insititusi beraja.. di zaman rasulAllah, apabila orang orang kafir melanggar perjanjian yang dibuat..oerang lah jawabnya..inshaallah Allah bersama-sama dengan kita ameen

    BalasPadam
  2. Tulisan saudara dilihat sepeti menganggap Malaysia ini milik saudara sendiri.. Sedarlah, saudara tidak mampu hidup dgn perjuangkan ketuanan bangsa ciptaan inggeris ini(UMNO)

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .