Pusing kot lain pulak dahhh..

 Habuan seks ibarat sedekah satu kesilapan bahasa

IPOH 26 Sept. - Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Perak, Zulkifli Ibrahim (gambar) menyifatkan kenyataan seorang anggota parti itu bahawa habuan seks sama seperti menerima sedekah sebagai sekadar satu 'kesilapan bahasa yang tidak disengajakan'


''Barangkali itu mungkin kesilapan dari segi bahasa dan sebagainya tapi itu bukan maksud kita menjadikan seks itu sebagai satu sedekah.

''Saya boleh komen setakat itu sahaja,'' katanya pada satu sidang akhbar ketika ditanya mengenai kenyataan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan, kepada sebuah akhbar bahawa dia melakukan hubungan seks dengan seorang wanita China disebabkan diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Seorang lagi anggota parti itu di Perak, Fairul Azrim Ismail, juga mengakui melakukan perbuatan itu tetapi turut mendakwa diperangkap oleh BPR.

Dalam sidang akhbar itu, Zulkifli meminta Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) menyiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 berhubung laporan yang dibuat kepada jabatan itu oleh Zul dan Fairul Azrim pada 23 September lepas bahawa mereka telah diperangkap oleh BPR untuk melakukan hubungan seks masing-masing dengan wanita dari China.

Peguam Mohd. Asri Osman, yang mewakili Zul dan Fairul Azrim, ketika ditanya pada sidang akhbar itu tentang logiknya tindakan mendesak JAIP membuat siasatan itu sedangkan kedua-dua anak guamnya menerima habuan seks itu secara sukarela selain telahpun membuat pengakuan mengenainya, belaiu sekadar menjawab:

''Itulah sebabnya kita mahu JAIP menyiasat secara objektif.''

Fairul Azrim pernah ditahan oleh BPR berhubung dakwaan rasuah dan seks membabitkan sebuah projek pembangunan di Seri Iskandar dekat sini tetapi dilepaskan pada 21 Ogos lepas.

Zul pula bersama-sama juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Ruslan Sahat, dan dua anggota Exco kerajaan negeri Perak dari PKR, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd. Radzi, serta bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Bota juga dari PKR, Kapten (B) Usaili Alias, sedang menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan serentak selama tiga hari bermula 11 Februari tahun depan di Mahkamah Sesyen di sini.
- Bernama

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Pusing kot lain pulak dahhh..

  1. Cakap biar terang :-)



    Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
    Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





    Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .