Serah memo kepada Sultan Perak esok

''Saya harap perarakan yang bermula dari Masjid Ubudiah ini akan menjadi peringatan kepada kumpulan tertentu yang sering mempersoalkan hak istimewa orang Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi memberitahu, perarakan akan bermula pada pukul 9.30 pagi dan peserta dijangka tiba di Dewan Santapan Istana Iskandariah pada pukul 10 pagi.

Menurut beliau, Sultan Azlan sudah memberi perkenan untuk menerima semua peserta masuk mengadap dan perarakan itu juga mendapat kelulusan polis.

''Pada majlis itu, semua peserta akan melafazkan sumpah taat setia kepada Sultan Perak dan institusi Raja-Raja Melayu dan saya sendiri akan mempersembahkan memorandum kepada Sultan Azlan," katanya. BACA LAGI

- Pandangan Peribadi Penulis -

Bagi pendapat peribadi Penulis, penulis secara jujur tidak bersetuju dengan langkah segelintir pihak yang mahu mengadakan perarakan, tidak kiralah ianya HALAL atau HARAM, tapi apa yang penulis kesal, budaya "perarakan" ataupun "demonstrasi" bukanlah budaya tulen rakyat Malaysia.

Kita ada hari perarakan tahunan contohnya Hari Kemerdekaan, Maulidur Rasul dan lain-lain lagi.. Jika mahu menunjukkan sokongan, buatlah cara lain. Mengadakan perarakan mungkin akan mengganggu pihak ke-tiga.

Apa-apa pun, penulis menyokong tindakan president Gagasan Melayu Perak (GMP), kerana Ketuanan Melayu di Malaysia dicabar dan diperlekeh oleh orang Melayu sendiri.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to Serah memo kepada Sultan Perak esok

  1. Apa arak-arak ni? Arak haram wooo!

    BalasPadam
  2. BUNGARAYA MENEMPELAK,
    Beginilah keadaan yang akan berlaku diseluruh Malaysia jika Bangsa Melayu tersingkir dari persada politik negara. Hanya Raja-Rajanya tempat mengadu. Raja-Rajapun pada ketika kita kecundang tidak akan boleh berbuat apa. Nasib lah Perak hanya sebuah negeri dalam Malaysia. Jika ia sebuah negara maka waris kepimpinan melayu dinegara Perak tersebut itu akan lenyap perlahan demi perlahan.
    INGATLAH WAHAI PEJUANG DAN AKAR UMBI MELAYU. JANGANLAH KAMU LEKA DENGAN KESERONOKAN LIBERLISASI YANG KONONNYA BAIK UNUTK PERJUANGAN BANGSA MU. KEPADA SAYA MACAMMANA LIBER ATAU DEMOKRASIPUN MALAYSIA JIKA MENJAHANAMKAN BANGSA SAYA, IA AKAN DINYAHKAN DARI MINDA KU INI.

    BalasPadam
  3. Salam,

    perlukah kita buat perarakan untuk buktikan kesetiaan kita pada agama.... nanti kena pula label macam tindakan HINDRAF.....

    Sumandak mohon fikir semula segala tindakan sebelum kena pada hidung sendiri

    BalasPadam
  4. sumandak,
    penulis pun tak suka perarakan2 ni..

    sama la macam hindraf..
    2x5

    BalasPadam
  5. 'Barangsiapa memperjuangkan assabiyah, dia duduk di jalan yang sesat dan barangsiapa mati di jalan assabiyah, dia bukan dikalangan ummatku' ini adalah pesanan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Assabiyah ditakrifkan oleh para ulama sebagai bangsa atau kaum. Oleh itu, bagi memuliakan bangsa, Islam wajib ditegakkan. Tidak boleh diperjuangkan bangsa bagi memartabatkan agama. Ianya adalah bidaah yang menyesatkan. Kembali kepada Islam, pasti Allah memuliakan kumpulan orang itu tanpa mengira bangsanya.

    BalasPadam
  6. malaysia dah lama mengamalkan ketuanan melayu,hak-hak bumiputera..dan adakah keuntungan untuk segelintir pihak sahaja? kita tgk siapa orang paling kaya dimalaysia. top 10 orang paling kaya pun cuma sorang je melayu.

    itu pun mereka masih mendesak DEB dihapuskan..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .