PENANTI : Letak calon ataupun berdiam diri?

Akhirnya, UMNO Bahagian Permatang Pauh digerakkan untuk meninjau masyarakat Penanti berhubung penyertaan parti tersebut dalam pilihan raya kecil yang diadakan kelak. Baguslah begitu, penulis amat gembira apabila pengerusinya iaitu Dato Jalil menjalankan tugas beliau untuk menggerakkan jentera parti.
Penulis baru sahaja melintasi bangunan UMNO Permatang Pauh yang sudah dihiasi dengan bendera - bendera dan sepanduk yang dipasang disekitar bangunan tersebut. Diharap, langkah pertama UMNO untuk berjuang pada pilihan raya kecil kali ini (jika ia diadakan) akan membuahkan hasil dan akan menghasilkan kejayaan buat UMNO dan BN.
Kita semua perlu bersabar menunggu keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin ini untuk mengetahui kedudukan Dun tersebut. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali!

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

6 Responses to PENANTI : Letak calon ataupun berdiam diri?

  1. kalau lawan BN kat penanti, apa pulak la rahsia besar yg nak didedahkan

    hari tu kat bukit gantang, kalau menang nak bongkar 1 rahsia. dah menang.. tak der apa2 pun.. sebaliknya dia yg terus berahsia

    ada lagi ke yg percaya?

    BalasPadam
  2. kenapa bkt gantang menang?.. kerana dapat banyak sokongan cina?

    kenapa banyak dapat sokongan orang cina?
    kerana sebelum pilihanraya, parti pas dah bagi tanah yang amat luas kat orang cina bkt gantang. ini bukan top secret. tapi buat nak gembar gembur keburukan sendiri kan? nanti hilang undi melayu?. tapi kenapa umno tak gemburkan hal ni? kerana nanti umno akan dianggap racist.

    biaselah tu. kalau orang melayu pertahan bangsa. ianya racist. kalau orang bukan melayu .. itu namanya demokrasi.

    demokrasi kepala hotak ko.

    tunggu lah lagi beberapa tahun. kalau ikut progress mcm ni,

    orang melayu gigit jari. (kecuali melayu yang sedar dengan keadaan ni, terus kumpul tanah kumpul harta.. pedulik lah politik bangang kat msia ni janji cucu cicit dan keturunan aku nanti selamat ada tanah kat negara sendiri). tapi orang melayu tak berape berharta (kebanyanya lah kan sekarang) - gigit jari ye. berterima kasihlah kepada penyokong melayu pr.

    orang bukan melayu - yeeeeha.. dapat lagi!!!

    BalasPadam
  3. Harap admin letak kata2 yg saya petik dr buku " UMNO dan Malayan Union " dan buku " Onn Ja'afar:Pejuang Terbilang,Pengasas Sebuah Negara Bangsa " keluaran MPH Publishing.Boleh beli kat kedai buku MPH dan Popular.


    " Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu "

    " Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam genggaman orang Melayu pada hari ini "


    Moga dpt menyemarakkan jati diri bangsa kita..

    BalasPadam
  4. harap2nya kita akan kalah selepas berjuang.

    bukan kalah sebelum berjuang.

    namun keputusan PM perlu kita hormati walau apa jua ia sekalipun.

    kerana ia keputusan ketua yang perlu ditaati.

    BalasPadam
  5. kat penang dulu BN bagi banyak mana tanah kat cina.. tak kecoh pun....??? kenapa tak kecoh??? takut racist?? last2 penang tergadai.. padan muka...

    BalasPadam
  6. bloggers pakatan rakyat.. contoh terbaik dan paling biasa,, macammana orang melayu pr lebih benci kat bn daripada sayang kepada bangsa sendiri. kerana marahkan bn, hancurkan bangsa. padan muka penang tergadai?.. ko nak padan muke ngan bn ke? sebenarnye ko tengah padankan muka kat muke engko sendiri.. baguslah. sekepala lah dengan kepala pr. taksub nak jatuhkan bn. maruah bangsa dijual di gadaikan. ape bahalulnye. nasiblah sape suruh masuk politik. semua buruk baik orang siasat. pas dan umno pun perang politik dulu sebelum pakatan rakyat ditubuhkan. tapi takdelah sampai nak menggadaikan bangsa dan agama. politik politik jugak. tapi jangan sampai membahayakan masa depan anak cucu.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .