Kenapa Nik Aziz Takut untuk perpaduan Melayu?

Penulis tahu apa yang terkandung dalam kepala otak si Mursyidul Am Pas ini. Ini hanya andaian dan pendapat daripada penulis.

  1. Nik Aziz amat takut akan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Setelah susah payah berpakat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Perak, Kedah dan Selangor, Nik Aziz berjanji memberikan komitmen yang tinggi dalam pakatan longgar mereka itu. Nik Aziz amat takut jika Anwar kata Pas tak sedar diri, Pas tak tahu malu dan Pas tak tahu bersyukur. Itu sebabnya Nik Ajis takut sangat nak laksanakan kerajaan perpaduan UMNO - PAS.
  2. Dalam kepada otak Nik Aziz, beliau berfikir kerjaan perpaduan tersebut mengakitbatkan pembubaran dua parti politik, iaitu UMNO dan Pas dan hanya menubuhkan satu parti Melayu. Tapi, penulis menolak andaian ini kerana bukannya Nik Ajis tak tahu yang kerajaan perpaduan tajaan Hj Hadi macam mana. Saja orang tua tu takmau tahu.
  3. Nik Aziz takut jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan Selangor. Kalau di Kedah, Pas memenangi 16 kerusi Dun dan BN hanya mendapat 14 kerusi. Jika Pas dan UMNO bergabung, pastinya kerajaan Pakatan Rakyat Kedah akan jatuh dan kerjaan baru, kerajaan perpaduan UMNO - Pas akan tertubuh. Insyaallah, jika jadi kerajaan perpaduan tersebut, satu kerajaan negeri Melayu dan Islam akan ditubuhkan.
Banyak lagi faktor yang Nik Ajis takut akan terjadi jika kerajaan perpaduan UMNO - Pas terjadi. Kerusi yang disandang oleh beliau sebagai MB Kelantan pun takut tergugat. Almaklumlah, Pok Nik nak bawak jawatan MB Kelantan ke syurga. MB Kelantan sampai mati. 

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Kenapa Nik Aziz Takut untuk perpaduan Melayu?

  1. Pandangan saya MB Nik Aziz (MBNA) tidak setuju kerajaan perpaduan ini mungkin di sebabkan dia tidak di libatkan awal dlam proses ini. Sebagai seorang mursidul am pas yang mempunyai super power beliau sepatutnya initiated proses ini, bukan orang lain..

    Begitu juga beliau telah membuat komitment pada PR utk bersma dan adalah tidak adil utk meninggalkan mereka walaupun perpaduan melayu jadi tarohan.. Kan pas dah kata melayu tak penting yang penting islam... Rupanya ramai ahli pas tak sedar kaum melayulah yang memperjuangkan islam termasuk mereka juga bangsa melayu.. Kalau mereka di lahirkan bukan bangsa melayu,, hahahah belum tentu lagi>>

    BalasPadam
  2. Orang tua tu patut pencen jadi menteri besar dan segala pangkat dia tu...jadi ulama yang ikhlas berdakwah lagi bagus...Dr. M pun tau bila nak berenti. Bak kata berenti sebelum kenyang.

    BalasPadam
  3. ASSALAMUALAIKUM,....MENGULAS MENGENAI KERAJAAN PERPADUAN UMNO-PAS PD HAKIKATNYA MEMANG DI ALU2KAN,TAPI APA YG MENJADI KERAGUAN DATO TUAN GURU NIK AZIZ,SAYA RASA ADALAH DISEBABKAN APA YG BERLAKU DLM 1970AN DAN 1990AN DI MANA PAS TELAH DIPERMAINKAN APABILA PAS MASUK BN TAHUN 1971 DAN DITENDANG KELUAR PD 1974. PAS BERPECAH 3;PAS, HAMIM DAN BERJASA. DLM PRU 1978,PAS KALAH,UMNO BERKUASA DI KELANTAN.KEMUDIAN BERGABUNG DGN S46PD 1990AN,SEKALI LAGI DITINGGALKAN, APABILA S46 MASUK UMNO.... DGN PAKATAN,PAS MENDAPAT KEMENANGAN BESAR,BAIK DI PARLIMEN MAU PUN DI DUN,DAPAT MENERAJUI 3 KERAJAAN NEGERI;KELANTAN,KEDAH DAN PERAK(selepas mana UMNO mengambil alih balik).JADI,DLM HAYAT POLITIK PAS,ADALAH LEBIH BAIK DLM PR DARI DLM BN... MMG BENAR GABUNGAN UMNO-PAS,BOLEH MENGUATKAN KUASA POLITIK ORG MELAYU,TAPI APA CARA YG UMNO BOLEH BUAT BAGI MENDAPATKAN KEPERCAYAAN PAS,SEDANGKAN DLM BN DULU UMNO TENDANG PAS DAN EPISOD PERAK,MENTERI BESAR DARI PAS PUN DITENDANG & BERLAKU KEMELUT POLITIK MUNGKIN SEHINGGA PRU 13 NANTI 2012/2013!!! JADI MCM MANA NK DAPATKAN PAS CAYA PD UMNO??? SAYA RASA UMNO SKRG HINGGA PRU13 KENALAH MUHASABAH DIRI SEDALAM2NYA,JGN DALAM "STATE OF DENIAL",TAK MAU DENGAR KEHENDAK RAKYAT.UMNO KENA BUAT TOTAL OVERHAUL,BUKAN SAJA TOP OVERHAUL!! CARILAH PEMIMPIN2 MUDA YG BERWIBAWA,UMUR 35-48 TAHUN DARI 3 JUTA AHLI UMNO SUPAYA UMNO BOLEH DI RE BRAND KAN DGN PERNAMPILAN BARU SUPAYA RAKYAT KEMBALI CAYA BAHAWA UMNO TIDAK KORUP,RAJIN BERKHIDMAT DAN KATA DIKOTA....JIKA TIDAK BERKEMUNGKINAN UMNO CUMA BOLEH MENANG 40-50 KERUSI SAJA... SKRG INI PUN,KALAU DILIHAT PD MAJORITI 140 KERUSI BN VS 82 KERUSI PR DIDEWAN RAKYAT,JUMLAH UNDI MAJORITI ADALAH 50000 UNDI SAJA.CUBA FIKIR DLM TAHUN 2013 NANTI DGN PENAMBAHAN PENGUNDI MUDA SEBANYAK LEBIH 1JUTA ORG,BOLEH TAK UMNO DAN BN BERTAHAN??? BN PUN SKRG KECOH JUGA DGN MCA MENGUGUT NK KELUAR BN(ikut poll opinion ONG TEE KIAT),GERAKAN PUN BEGITU. MIC & PPP PULA DGN KEMELUT DALAMAN. PARTI2 SABAH DAN SARAWAK TUNGGU DAN LIHAT UNTUK BERGABUNG DGN SIAPA YG MENANG.....JADI TOUGH UNTUK UMNO. DENGAN PAS AJE LAH HARAPAN MASA DEPAN,JADI JANGAN DIPERKECILKAN PENGARUH DATO TUAN GURU...HE'S THE POWERFUL KINGMAKER!

    BalasPadam
  4. UMNO SKRG DIPERSIMPANGAN.IMEJ UMNO DAH BYK TERCALAR DARI PERBUATAN SENDIRI JUGA...SEBELUM PARAHNYA BERLANJUTAN,APA YG PATUT DIBUAT?? MUHASABAH DIRI,BUAT SWOT ANALYSIS & TUBUHKAN KERAJAAN PERPADUAN DGN PAS...TAPI KENA LAH UMNO DAPATKAN OK DARI ORG KUAT,ORG KUAT PAS,TAK GITU??JADI KENAPA NAK DI MARAHEN TOK GURU DATO NIK AZIZ?? NASIHAT NIK AZIZ,POWERFUL,CAN MAKE OR BREAK CADANGAN KERAJAAN PERPADUAN!!!!SO DONT PLAY PLAY.. TAPI SAYA RASA,UMNO KENA BAIKI IMEJ,BUAT RE BRANDING,SUPAYA MENJELANG 2012/2013,UMNO BERSEDIA.....BUAT TALENT SEARCH,CARI PEMIMPIN2 MUDA DARI 35 KE 49 TAHUN UNTUK MENGAMBIL ALIH PUCUK PIMPINAN YG STRATEGIK... OVERHAUL UMNO,TOP OVERHAUL JIKA TAK TOTAL OVERHAUL...!!baru lah umno boleh menghadapi PRU13 dgn yakin...

    BalasPadam
  5. Luka lama takkan dibiarkan berdarah kembali.Sekali dah kene dulu cukupla...no turning back...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .