Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz


KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.
Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.
“Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.


“Kerajaan akan beli daripada syarikat tu, bayar, dan kita akan jual balik kepada peniaga yang terpaksa keluar itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memasak Bubur Asyura di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemunting, Beah, Bachok dekat sini hari ini.

Pengakuan itu mencetuskan polemik baru dalam politik dan kerajaan negeri Kelantan selepas krisis dalaman PMBK yang diterajui menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.
Semalam sebuah laman blog, Kikcdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.

Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta semata-mata untuk menjaga air muka Nik Abdul Aziz selepas beliau berjanji bagi memberikan aras tersebut kepada para peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.

Menurut blog tersebut, kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan jumlah sebenar tapak bazar itu hanya 0.6 hektar.
Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Pada 13 Disember lalu, Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mendesak PMBK memenuhi janji Nik Abdul Aziz kepada mereka berhubung dengan penempatan di premis yang baru.

Desakan itu dibuat selepas mereka hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya jumlah sebenar yang harus dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat terbabit, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata:

“Masih lagi dalam rundingan saya ingat. Terserahlah kepada jawatankuasa yang dilantik dan diketuai oleh timbalan saya (Datuk Ahmad Yakob).

“Kita akan menunaikan janji asal kepada para peniaga untuk mendapat premis di aras bawah,” ujarnya - UTUSAN

Pewaris Melayu kata : Nama pon bazar tok guru. Tengok la apa penyelewengannya?

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

4 Responses to Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz

  1. kawe kato doh dulu,nik a bukan padai perentoh ngeri,dio cumo panda dok ngato umno jo...

    BalasPadam
  2. Perh... macam mana rupanya bazaar bernilai RM 50 juta ye??? Ada sebesar stadium Bukit Jalil ke, atau lagi besar dari itu?? Mesti lepas ini N.Ajis akan canang ke seluruh dunia Kelantan semakin maju dibawah pemerintahan Tok Garu. Nilai sebuah pasaraya Tesco yang jadi benchmark kononnya Kelantan sudah maju pun baru bernilai ratusan ribu ringgit sahaja.

    Kenapa namakan Kerajaan Kelantan sahaja, siapa yang mengetuai kerajaan Kelantan tu??? Nak cuba lari dari kesilapan sendiri ke Tok Garu N.Ajis oooiiii.....

    BalasPadam
  3. Takkan ngaku jer mcm tu. Dulu kau cakap selipar kau pun org ambik utk buat berkat, apa lagi kau buat majlis utk lelong selipar, stokin, spender kau, kot lelong boleh sampai 50juta. Boleh byr balik kat Kerajaan Negeri.
    Dasar ulamak setan, sial,babi

    tak puas hati ,balas kat sini
    mainstream007@yahoo.com

    BalasPadam
  4. takkan rakyat kelantan boleh maafkan kesilapan tok guru mereka ni?

    dah jelas sekali nik aziz kena letak jawatan segera..


    sad ending utk pemerintah 'islamik' Nik Aziz selama ini..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .