GEORGE TOWN, 13 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menggunakan strategi baharu dalam usaha mengembalikan keyakinan dan sokongan pengundi di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.
Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata pihaknya akan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial untuk mendekati pengundi, dan perkara itu telah pun dibincangkan dalam mesyuarat parti komponen peringkat negeri awal bulan ini.
"BN sentiasa berusaha menawan sokongan pengundi di negeri ini dan membuat persiapan berlipat ganda untuk menghadapi pilihan raya umum nanti," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan Pulau Pinang, di sini Sabtu malam.
Mengulas sikap kerajaan DAP Pulau Pinang yang sering menuding jari terhadap BN apabila membabitkan isu di negeri itu, Teng menganggap kerajaan negeri mempunyai pentadbiran lemah kerana gagal menyelesaikan isu tanpa mengaitkan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu.
"Saya pelik, sudah lapan tahun (kerajaan DAP Pulau Pinang) memerintah...nampaknya mereka tidak ada perancangan," katanya. - BERNAMA

Pewaris Melayu kata : BN harus tackle isu semasa yang bagi impak besar kepada kedudukan BN pada masa sekarang, populariti BN dah tercalar teruk dan penerimaan orang muda kepada BN merudum. Penulis percaya situasi boleh berubah dalam masa terdekat sebelum PRU14, PM Najib Razak harus buat sesuatu.