Rafizi! cukup-cukuplah…

KALAULAH tidak berwaspada dengan putar belit pembangkang, nescaya kerajaan pasti 'terjerat', sebelum terkulai hilang kuasa.

Rafizi Ramli

Trend spin atau putar belit yang dilakukan pakatan pembangkang semakin menular dalam setahun dua ini sehingga mencemaskan dan mengelirukan banyak pihak. Dijangkakan kian agresif dalam dua tahun mendatang ini.


Banyak sudah kes spin sebegini. Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tian Chua, malah Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin apabila kena saman, sekadar ungkapkan permohonan maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Barang kali dia menyesal? Tak tahulah.

Tambah menghairankan lagi, Rafizi terutamanya apabila diheret ke mahkamah dan disoal peguam, barulah bersuara bahawa kenyataannya mengenai isu 'lincin' hanyalah jenakanya atau berseloroh.


Patutkah begitu? Kebiasaannya apabila kedudukan perkara sebenar diperjelaskan, tidak akan ada sebarang maklum balas daripada pembangkang. Kalau adapun, menafikan jauh sekali. Mahu 'ditokok tambah' lagi ada.


Malangnya, putar belit itu 'melekat' bagaikan gam dalam fikiran sebilangan orang. Damage has been done.


Kita rakyat Malaysia pastinya masih segar dengan isu dakwaan Pe­nasihat PKR, Anwar Ibrahim pada kempen pilihan raya umum lalu bahawa warga Bangladesh ko­nonnya dijadikan 'pengundi hantu'. Tetapi sehingga kini tiada langsung permohonan maafnya. Terbukti bohong semata-mata.


Sandiwara pembohongan 16 September 2008, masih ingatkah? Ketika itu ada kalangan wakil pembangkang sendiri telah dibohongi kononnya sejumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan me­lompat sudah lebih daripada mencukupi.


Yang di-Pertuan Agong pula dikatakan kononnya sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk pakatan rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan. Malah baginda dikatakan sudah berkenan dan merestui 'YB Permatang Pauh' sebagai Perdana Menteri keenam. Dikatakan nombor plat kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6.


Rakyat digula-gulakan manakala wakil rakyat pembangkang disogok cerita kononnya Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh pakatan rakyat.


Ada bertanyakan penulis, Rafizi ini 'gempak dan gertaknya' sahaja yang lebih.

Jika dipulangkan kembali paku buah keras, mampu pula dia 'pu­sing' balik 360 darjah terhadap para pengkritiknya.


Terbaharu, Rafizi sedang berdepan dengan persoalan yang dibangkitkan ramai terutama netizen bahawa mengapa dia masih memiliki simpanan hampir RM500,000 dalam akaun Tabung Haji? Sedangkan dia sendiri 'amat percaya' institusi itu sudah rugi sejak 2014, rizabnya negatif dan tidak mampu bayar dividen. Adakah dia sedang menikmati bonus yang baru diumumkan?


Ini perlu dijawab oleh Rafizi.


Hakikatnya, berhadapan de­ngan kebenaran bagi pembangkang sesuatu yang menyakitkan. The truth hurts.


Kerana itu kita dapat melihat reaksi mereka terhadap segala program yang dijayakan kerajaan bagaikan tindak balas chimpanzee dalam sarkas kerana kebenaran itu telah 'menusuk' mereka.


Rafizi!, kamu cukup-cukuplah.


Sumber : Utusan

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Rafizi! cukup-cukuplah…

  1. Maaf ya...bukan rafizi tapi hj rafizi

    BalasPadam
  2. secara asas nya kita rakyat msia di galakkan utk menyimpan di tabung haji adalah kerana rukun islam yg ke 5,klu x pun iya adalag galakkan utk menyokong institusi islamic finance.bukan lah mengejar dividen.mengapa perlu di persoalkn simpanan rafizi?rezab TH semakin menyusut dan ini di nasihati oleh BANK NEGARA.adakah admin ingin mengatakan TS Zeti hanya bersandiwara?x perlu di ceritakan ttg achievement Tokoh Bank Negara.ingat apa rafizi katakan jika semua pendeposit mengeluarkan duit mereka,belum pasti TH bole melakukannya.
    admin perlu belajar sedikit ttg kedudukan kewangan seperti aset dan rizab simpanan.panjang klu sy nk huraikan.
    Iya selepas amaran diberikan oleh BNegara tiba2 TH mengumumkan dividen.tahukan admin bagaimana TH bole berbuat demikian?fahmkah admin ttg revaluation asset?
    Harini TH yg dipimpin oleh jamil dan azeez (tidak berpengatahuan ttg menguruskan GLC dan kewangan) bole menarik nafas lega,ttp ingat admin ia x kn lama.jika TH terus menutup lubang,lama2 para pendeposit spt admin ni akan faham apa financial impact pada TH.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .