(Suara TV) – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merayu agar masyarakat Melayu melupakan seketika permusahan dengan DAP bagi melawan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
Menurut Dr Mahathir beliau sedar ramai orang Umno yang terkilan dengan tindakannya untuk bekerjasama dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika sidang akhbar 'Deklarasi rakyat' Jumaat lalu.
"Ramai ahli UMNO yang rasa terkilan dan tidak senang melihat Kit Siang dan DAP berada diatas pentas yang sama dengan UMNO dan pemimpinnya, yang lama dan yang baru. Kenapakah ahli dan pemimpin UMNO sanggup bersama dengan DAP dan Kit Siang?
"Amat sukar bagi ramai dalam kedua-dua parti yang bermusuh ini menerima bahawa mereka yang menghadiri dan menandatangani deklarasi menolak Najib, menghadiri bukan sebagai ahli dan pemimpin parti politik atau gerakan, tetapi mereka hadir sebagai "citizen", rakyat Malaysia yang khuatir akan kesan buruk perlakuan Najib sebagai Perdana Menteri" katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Menurut Dr Mahathir, beliau terpaksa mengambil tindakan tersebut kerana kerana tidak mempunyai pilihan lain untuk memastikan Perdana Menteri berundur.
"Oleh itu tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang terpaksa membelakangkan pertubuhan dan perjuangan mereka supaya suara mereka dapat diperdengarkan kepada semua. Mereka perlu bertindak sebagai "citizen" (rakyat) dan bukan lagi sebagai parti atau badan-badan tertentu.
"Kesedaran inilah yang menyebabkan mereka yang bermusuh membelakangkan permusuhan buat sementara. Mengutamakan parti masing-masing bermakna menyokong dan mengekal rejim Najib," tegasnya lagi.
Bekas Perdana Menteri itu membangkitkan apa yang berlaku kepada umat Islam di Timur Tengah, yang gagal melupakan perbezaan sesama mereka bagi menentang musuh bersama.
Si tua celaka haramjadah...
BalasPadamGila babi apa kau ni