Saya masih ahli Umno, tunggu pengumuman Khamis ini - Muhyiddin Yasin

(Sinar Harian) KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin berkata, beliau masih ahli Umno meskipun jawatan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno telah digantung pada Jumaat lalu.

Bercakap kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba penerbangan dari  Vietnam hari ini.

Muhyiddin menambah, segala perihal yang melanda beliau kini akan dijelaskan pada Khamis ini.

"Saya akan adakan sidang media dua hari lagi (Khamis) di mana saya akan jelaskan semua perkara yang berkaitan dengan penggantungan saya, kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang lain yang perlu saya jelaskan.

‎"Sementara itu saya masih berada di dalam umno," katanya.

Terdahulu Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat lalu sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden Unmo Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong beliau kerana hadir menyambut beliau di KLIA pada hari ini.

"Saya ucap terima kasih, kepada sahabat yang datang memberi sokongan kepada saya hari ini," katanya.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .