Kit Siang mahu saman Hadi

PULAU PINANG 28 Jan. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kerjasama dengan DAP sebagai angkuh dan beremosi.

Lim Kit Siang

Beliau menyifatkan Abdul Hadi tidak memahami situasi sebenar apabila memberi maklum balas sedemikian terhadap keinginan DAP mahu kembali bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pi­lihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Berikutan penolakan Ahli Par­­limen Marang itu, Kit Siang berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya membuat kajian supaya dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap Abdul Hadi yang mendakwa be­liau sebagai anti-Islam.


"Kamu (me­dia) siar dahulu kenyataan saya berhubung perkara ini, kemudian saya akan mengadakan lebih banyak sidang akhbar untuk menjawab," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam Abdul Hadi berkata, Pas tidak akan kembali menjalinkan kerjasama dengan DAP disebabkan dasar parti itu yang tidak menyokong usaha Pas yang mahu mengukuhkan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pembentangan rang undang-undang berkaitan di Parlimen.

Mengulas lanjut, Kit Siang berkata, beliau sudah menjangkakan reaksi Abdul Hadi yang akan menolak kerjasama yang dicadangkan.


"Saya gembira kerana akhirnya beliau membuka mulut, jadi saya boleh menjawab tuduhan bahawa DAP tidak selesaikan masalah rakyat di sini sedangkan kami menerima sokongan yang semakin kukuh di Pulau Pinang melalui peningkatan undi yang diterima wakil rakyat kami," ujarnya.


Secara sinis Kit Siang berkata, Abdul Hadi perlu sedar bahawa beliau hanya menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal sahaja sebelum kalah pada 2004.

"Pas menang ketika itu adalah disebabkan faktor reformasi yang dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.


Sumber : UTUSAN

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .